Saturday, May 4, 2013

Bukti Kit Siang Ada Di Kuala Lumpur Pada 13 Mei 1969..!!!





Setelah puas menghasut dan menyebar kebencian terhadap Melayu dalam ceramah-ceramahnya,Lim Kit Siang kini tersentap apabila menyedari bahawa tindakannya sedang diperhatikan.


Selama ini beliau telah terlepas pandang akan risikonya kerana hampir 100% hadirin di
ceramahnya adalah kaum Cina.

Melihat dari cara beliau berceramah, jelas kelihatan bahawa apa yang berlaku di dalam diri
Lim Kit Siang ketika insiden 13 Mei 1969, kembali berulang, iaitu terbawa-bawa oleh emosi
kebencian yang meluap-luap sehingga gagal memikirkan akibatnya. Kit Siang nampaknya telah meluahkan segala kebencian itu sepuas-puasnya di setiap ceramahnya di hadapan kaum Cina bagi mengajak hadirin agar turut merasainya.

Kit Siang lupa bahawa beliau berada di tahun 2013 dan bukannya 1969. Hari ini, segala apa
yang dikatakannya boleh dirakam dan dikongsi serta disebar kepada orang ramai.Justeru,kenangan 13 Mei kembali segar dan peringatan-peringatan mengenainya pun dimainkan secara meluas di internet.



Akibatnya, Kit Siang kini terpaksa bertungkus lumus memperbaiki keadaan. Sehari dua ini,
beliau lebih berhati-hati dalam memberi ceramah dan cuba sedaya upaya menafikan dirinya
antara pencetus insiden 13 Mei. Dalam satu ceramahnya, beliau terpaksa pergi lebih jauh dengan menafikan yang beliau berada di Kuala Lumpur ketika insiden tersebut demi untuk meyakinkan hadirin.


Kit Siang menyatakan bahawa beliau sebenarnya berada di Melaka pada ketika itu dan
hanya mengetahui mengenainya ketika berada di rapat umum di Kota Kinabalu.

Namun, sejarah tidak pernah menipu. Gambar Kit Siang ditangkap oleh polis ketika insiden
tersebut telah pun terpahat dalam laporan MAGERAN.

Sudah tentu penjelasan Kit Siang konon tiada di tempat kejadian adalah tidak konsisten dengan bukti bergambar yang dipaparkan oleh laporan MAGERAN.


Lebih-lebih lagi apabila Lim Kit Siang tidak dapat menafikan yang beliau turut ditahan di bawah ISA.

Sekiranya beliau tidak terlibat dalam rusuhan, bagaimana beliau boleh ditahan dibawah ISA?

Apapun, Kit Siang mungkin boleh menepis dan menafikan beliau terlibat, tetapi beliau tidak
mungkin boleh menafikan bahawa beliau adalah pencetus insiden tersebut.

Dengan hanya melihat cara Kit Siang berkempen hari ini, rasanya kita tidak perlukan bukti untuk mengesahkan penglibatan Kit Siang dalam tragedi berdarah itu.


Kata-kata Kit Siang sepanjang kempen hari ini dan sikapnya selama menerajui DAP sudah cukup bagi kita untuk meletakkan beliau di dalam tragedi 13 Mei itu.

Kini Kit Siang di dalam proses untuk mengulanginya. Semoga rakyat Malaysia, tidak kira dari
kaum mana pun jua akan lebih rasional dan matang dalam menilai kata-kata Kit Siang. Kita
pasti, kaum Cina sendiri tidak ingin tragedi itu berulang.



sumber..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.