Saturday, April 13, 2013

Dendam PKR, Video Skandal Terlarang Bekas Menteri BN Tersebar #GE13



Malam tadi politik negara digegarkan oleh video yang dikatakan milik pemimpin tertinggi pembangkang (Datuk M).

Barang baik ini milik siapa?

Seperti biasa, MyMassa suka untuk berkongsi sedikit sejarah politik tanah air. Ramai peminat politik tanah air mungkin terlupa  Datuk M pernah menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1977. Ketika itu PAS menyertai UMNO dan BN sebagai Kerajaan Perpaduan.

Dari permulaan penglibatannya dalam politik, bintang politik Datuk M cerah dan tidak pernah ketinggalan menjawat jawatan penting sama ada dalam parti atau Kerajaan. Semasa PAS memerintah Terengganu, pemimpin tersebut menjadi EXCO Kanan Kerajaan Negeri. Jawatan terkini Datuk M adalah Setiausaha Agung Parti Pembangkang.

Oleh kerana terlalu lama ditampuk kuasa, ianya menjadikan pemimpin tersebut BONGKAK KUASA (Arrogance of Power). Jarang baginya untuk mendengar pendapat atau nasihat orang lain kecuali Presiden partinya.

Umum mengetahui bahawa Terengganu didominasi oleh PAS sebagai pemimpin pembangkang terkuat di negeri tersebut dan PKR baru wujud selepas tercetusnya REFORMASI. Maka dalam konsep perkongsian kuasa, PAS terpaksa menyerahkan beberapa kerusi kepada PKR secara terpaksa.

Apa yang berlaku dalam persediaan PRU 13, PKR Terengganu mula mahukan kerusi lebih. Perkara ini menyebabkan kemarahan PAS Negeri tersebut. Antara pemimpin yang menjadi batu penghalang kepada PKR untuk bertanding lebih banyak kerusi adalah Datuk M. Tidak dinafikan pemimpin PKR Terengganu merupakan orang-orang kuat dalam parti tersebut seperti Azan Ismail (Bekas MP Indera Mahkota), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik) dan Fariz Musa (Timbalan AMK). Untuk menghalang pemimpin-pemimpin PKR ini, Datuk M telah menggunakan Presiden partinya untuk memberi amaran secara terbuka kepada PKR supaya jangan curi kerusi PAS.


Kerana PAS Terengganu terlalu degil dan tidak mahu menyerahkan kerusi kepada PKR, maka beberapa pemimpin tersebut terpaksa bertanding di luar Terengganu. Fariz Musa diarahkan untuk bertanding menentang DS Najib di Pekan dan Rafizi pula terpaksa ke Parlimen Pandan. Nasib Azan Ismail sebagai Ketua PKR Negeri masih terumbang ambing.

Oleh kerana terlalu terdesak kerana penamaan calon tinggal beberapa hari lagi, PKR terpaksa mengambil langkah drastik untuk menghapuskan Datuk M. Maka video yang sudah lama berada di tangan mereka mula disebarkan bagi menjatuhkan Datuk M.

Ringkasan Kes.

Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan: 
1) MO: Suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' M
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' M. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.
Sunber : HAPRAK

Sebagai penutup, MyMassa nak tegaskan di sini bahawa kerana politik orang sanggup buat apa sahaja. Dalam politik, hari ini kawan, esok boleh jadi lawan dan itulah yang terjadi kepada Datuk M yang dianggap PKR sebagai terlalu BONGKAK KUASA dan tidak boleh tolak ansur dalam pembahagian kerusi.


Kepada pembaca yang mahu melihat video tersebut dengan jelas, boleh ke sini : HAPRAK

*Jangan lupa, Datuk M pernah tolak HUDUD. Kalau ikut cakap penyokong PAS, orang yang tolak HUDUD akan dilaknat. Ternyata benar, pemimpin mereka dahulu yang terkena laknat tersebut.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.