Saturday, April 13, 2013

Apa tindakan pas bila nuar biadap main blangkang.......




BERA 12 April - Ahli Jentera Pilihan Raya Pas Parlimen Bera hari ini membantah tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon PKR yang akan bertanding di kawasan Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13. KLIK

Bantahan itu dilakukan kira-kira 50 anggota PAS yang menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Parlimen Bera.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mohd. Shahrul Mohamed berkata, kerusi Parlimen Bera merupakan kerusi sasaran PasPusat untuk dimenangi pada pilihan raya umum ini.

"Kerusi Parlimen Bera juga tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi antara PKR dan PASsejak tahun 2008 dan tindakan Ketua Umum PKR mengumumkan kerusi itu ditandingi PKR pada 9 April lepas, merupakan satu tindakan biadab," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jentera pilihan raya PAS kawasan itu kesal kerana pengumuman itu dibuat tanpa rundingan dan persetujuan PAS. KLIK

Anwar telah mengumumkan Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Kuala Lipis sebagai calon PKR di Bera. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.