Mungkin di kalangan sesetengah penyokong pembangkang, mereka agak teruja mendengar dan membaca pelbagai propaganda murahan PR yang mendabik dada bakal menang selesa dalam PRU-13 seterusnya menjadi Kerajaan Pusat pada keesokan harinya.
Hakikatnya, kebenaran amat pahit untuk ditelan apabila hasil tinjauan pendapat yang dilakukan sendiri oleh jentera PR menunjukkan gabungan tidak berdaftar itu bakal tewas teruk selain menyebabkan 11 orang pemimpin utamanya kalah di kawasan yang ditandingi.
Info ini didedahkan sendiri oleh sebuah blog pro PR, suarapakatanrakyat.com yang menyenaraikan semua 11 kerusi yang berisiko besar untuk kalah termasuklah 7 daripadanya merupakan kawasan yang dimenangi PR pada PRU 12 2008. Sumber asal maklumat ini datangnya dari pusat operasi PR di Tropicana.
11 kawasan yang dimaksudkan itu ialah Parlimen Putrajaya, Pulai, Pokok Sena, Shah Alam dan Pendang yang ditandingi pemimpin utama PAS, manakala bakinya ialah kawasan Parlimen ditandingi pemimpin utama PKR iaitu Kuantan, Lembah Pantai, Ampang, Padang Serai dan Bukit Katil. Satu lagi ialah Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP).
Maklumat yang didedahkan ini bagaimana pun tidaklah begitu mengejutkan kerana sebahagian besarnya memang diketahui umum sukar untuk dimenangi oleh PR apatah lagi di saat mood dan trend sokongan rakyat tika ini yang cenderung bersama BN.
Di mana-mana saja majlis atau program PR diadakan, kemeriahan sebenar sukar dirasai memandangkan rata-rata hadirin bukannya orang tempatan sebaliknya merupakan penyokong kerahan yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat semata-mata untuk menunjukkan PR masih berpengaruh.
Pendedahan oleh suarapakatanrakyat.com ini boleh dianggap satu pengisytiharan mengaku kalah. Itu secara umumnya.
Apa pun, ini bukan maksudnya BN sudah boleh goyang kaki kerana masih banyak yang perlu dilakukan samada untuk mengekalkan momentum sekarang atau pun bagi meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada BN sementara menantikan tiupan wisel penamat PRU-13 yang masih berbaki beberapa hari lagi. - Ziad Hasani
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.