Sunday, April 28, 2013

Tektik Kotor Digunakan Oleh Pembangkang Semasa Berkempen??



Cara kotor pembangkang berkempen semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru menggunakan taktik mengeluarkan risalah palsu melibatkan calon BN bagi DUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim dan DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Pendedahan ini dibuat Dr Zambry sendiri setelah beliau menjumpai risalah tersebut diedarkan di Pangkor ketika tiba untuk membuat kunjungan ke seluruh bilik gerakan BN di Pangkor pagi tadi.

Menurutnya risalah palsu itu mengandungi kenyataan Rasidi yang lebih dikenali dengan Cikgu Shidi dan beliau sendiri yang bersifat provokatif.

"Dalam risalah itu cikgu Shidi dikatakan hanya mahu undi daripada pemuda UMNO sahaja untuk menang dan tidak memerlukan undi daripada ahli komponen parti.

"Saya pula dikatakan menyeru pengundi Melayu untuk keluar mengundi manakala tidak akan mengharap undi daripada komponen parti kerana tahun 2008 calon UMNO menang kerana undi Melayu dan tanpa bantuan parti komponen.

"Kenyataan paslu ini sangat provokatif. Ianya bersifat jahat dan sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program tinjauan mesar di DUN Pangkor bersama Datuk Kong Cho Ha yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut.
Dalam nada sinis, beliau menasihati pembangkang supaya menggunakan pendekatan yang lain untuk mendapat sokongan semasa tempoh berkempen ini kerana mengeluarkan risalah palsu itu lansung tidak profesional.

Beliau yang menerima risalah itu sebaik sahaja tiba di Pulau Pangkor berasa terkejut degan beberapa isi kandungan risalah itu yang menyebut kononya Rashidi

Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.