Sunday, April 28, 2013

Khas untuk pengundi P125 Putrajaya: Hati-hati LANUN sedang menjarah kejiranan anda!



 
 
Hari ini kami ingin mengulas janji-janji Husam Musa  dan Pas kepada pengundi Putrajaya jika beliau menang:
 
 
1) Rumah mampu milik kepada semua: Janji ini hanyalah tinggal janji kerana PM dan BN telah membuktikannya terlebih dahulu melalui PR1MA dan PPA1M. Malah pengundi juga perlu bertanya kepada Husam, sepanjang beliau menjadi Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, berapa buah rumah mampu milik yang beliau telah bina untuk rakyat negeri tersebut?
 
2) Elaun Khas RM 500 sebulan untuk setiap guru: Penjawat awam yang berjumlah hampir 2 Juta orang, bukan hanya terdiri daripada guru. Apakah skim-skim perkhidmatan yang lain tidak penting kepada Pakatan Haram Pembangkang? Mengapa hanya guru yang menikmati elaun jika mereka menang? Adakah kerana mereka boleh menjadi agen penyebaran dakyah mereka selama 24 jam di sekolah-sekolah dengan pemberian elaun ini? Lagi pun, guru-guru sendiri telah menikmati pelbagai kemudahan dan pembaikan skim mereka sepanjang 4 tahun PM Najib mentadbir negara, dan jika mereka benar-benar serius, semua guru-guru di negeri-negeri pembangkang sudah pun lama menikmati elaun ini. Bukankah Penang dan Selangor itu negeri-negeri yang kaya? Jangan bagi alasan mereka tidak mampu.
 
3) Mengahapuskan tol: Ini merupakan janji yang tidak bertanggungjawab. Atau dengan kata lainnya, mengambil duit rakyat miskin, untuk menampung keperluan orang kaya. Kenapa kami kata begitu? Cuba fikirkan kembali, adakah semua rakyat Malaysia menggunakan lebuhraya bertol ini? Bagaimana dengan rakyat yang tinggal di negeri-negeri yang tiada tol langsung seperti Kelantan, Sarawak, Sabah dan Perlis serta yang tinggal di kampung-kampung? Adakah wajar mereka turut sama-sama menanggung dan membayar cukai yang akan digunakan untuk melunaskan pampasan kepada semua pemegang konsesi lebuhraya? Lagi pun, PM Najib sendiri telah memastikan tiada sebarang kenaikan tol sepanjang perkhidmatan beliau, malah beberapa lebuhraya seperti Grand Saga dan Shah Alam telah menikmati penghapusan/penurunan tol. Negeri-negeri pembangkang ada hapus tol kepada rakyat mereka?
 
4) Harga minyak diturunkan: Mudah untuk bercakap yang dengan turunnya harga minyak, maka harga barangan juga turun. Cuba kita ingati kembali, selepas DS Najib ambil alih tampuk pentadbiran negara, beliau telah menurunkan harga minyak kepada RM 1.90 seliter dan kekal sehingga kini walaupun harga minyak dunia meningkat beberapa kali. Adakah harga barangan turut turun sejurus penurunan harga minyak tersebut? Jawapannya tidak, dan anda tahu mengapa? Kerana ekonomi dikuasai oleh penyokong DAP sendiri! Lagi pun, harga minyak bukannya kita yang tentukan, tetapi kuasa-kuasa besar OPEC. Jadi, jika mereka janji untuk turunkan harga minyak, sebenarnya subsidi minyak itu yang akan dinaikkan. Dari mana puncanya untuk menampung kenaikan subsidi minyak ini? Sudah tentu daripada cukai pendapatan. Jadi sekali lagi, adakah adil, rakyat yang tidak menggunakan minyak dengan banyak (yang menaiki motorsikal, dan kereta kecil) menampung cukai subsidi harga minyak bagi mereka yang menggunakan minyak dengan banyak (iaitu golongan kaya dan memiliki kenderaan mewah)? Dan soalan terakhir, adakah harga minyak di negeri-negeri pembangkang lebih murah? 
 
5) Harga kereta diturunkan: Menarik bagi baru mahu membeli kereta, tetapi tidak adil kepada yang sedang menanggung hutang kereta dan tidak memiliki kereta. Adakah ini juga bermaksud mereka akan membayar beza hutang kereta kepada bank kerana harga kereta terpakai yang semakin murah? Sebagai contoh, jika seorang pemilik kereta mempunyai sebuah WAJA yang nilai semasa RM 50K dan sedang menyelesaikan ansuran di bank, secara tiba-tiba harga semasanya turun menjadi RM 30K. Bank tidak akan mengurangkan hutang anda begitu sahaja, jadi siapa yang membayar untuk beza hutang tersebut? Pakatan Haram Pembangkang? Dan soalan yang lebih penting, dari sumber mana mereka akan menampung segala kos janji mereka ini? Cukai pendapatan rakyat? Adakah adil kepada mereka yang hanya menggunakan motorsikal? Adakah kereta lebih murah di negeri-negeri Pakatan Haram pembangkang?


 
Selebihnya, adalah janji-janji yang telah pun dilaksanakan oleh BN dan telah lama dinikmati oleh rakyat. Tidak malukah menjanjikan perkara yang telah pun terlaksana oleh orang lain?
 
Jadi, janganlah kita memperbodohkan diri kita dengan mengundi kaki penipu seperti Husam Musa ini! Cuba nilaikan apa yang mereka buat selama 5 tahun di 5 buah negeri yang mereka rampas sebelum ini?!! Berapa peratus daripada janji-janji mereka ini yang telah menjadi dasar di negeri-negeri mereka?!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.