Khamis, April 11, 2013 |
Patutla Chegu Bard kena tendang. Rupa-rupanya sebab tak sebulu dengan mamat ni.
11 April 2013 Telok Kemang - Satu sidang Media telah diadakan AMK Telok Kemang pada pukul 4 petang tadi yang dihadiri sendiri oleh Shahmugam Timbalan Ketua AMK Telok Kemang dan beberapa AJK Cabang Telok Kemang yang sekeras-kerasnya menolak Dato Kamarul Bahrin (Mantan MP Telok Kemang 2008-2013) untuk bertanding di kawasan yang menjadi rebutan di antara BN dan PKR ini.
Dalam kenyataan media yang dihadiri lebih 40 AJK dan Ahli AMK Cabang Telok Kemang menggesa Pimpinan PKR Pusat melakukan reformasi terhadap senarai calon sebelum ianya diputuskan. Mereka juga menggesa supaya PKR Pusat khususnya kem Azmin Ali dan Dato Seri Anwar untuk mendengar cadangan dari PKR Cabang dan bukannya meletakkan sahabat handai dan saudara mara pimpinan tertentu.
AMK Telok Kemang juga mencadangkan agar BadrulHisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegubard yang ditolak oleh PAS Pulau Pinang di Sg Acheh untuk bertanding mewakili PKR di Telok Kemang.
Antara tetamu yang hadir adalah Kali Dass AJK AMK Telok Kemang dan K Batumalai -AJK AMK Telok Kemang serta Nazrul Ismail. Ada di antara mereka yang hadir berpendapat bahawa sekiranya Dato Kamarul Bahrin bertanding, PKR akan kehilangan kerusi parlimen Telok Kemang.
Baca seterusnya di sini : http://myhomesoil.blogspot.com/2013/04/terkini-negeri-sembilan-sidang-media.html
*Lepas PRU 2008, PKR makin bergolak sebab semua pemimpin berebut nak jadi ketua. Yang mendapat tempat sekarang ini adalah golongan yang rapat dengan Anwar seperti mamat kat atas ni. Golongan REFORMIS yang bermatian perjuangkan Anwar semasa dalam penjara semakin dicampak jauh-jauh. Habis madu, sepah dibuang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.