Friday, April 12, 2013

Lepas PKR dan DAP, Pemimpin PAS Pula Perlu Dihadapkan Ke Muka Pengadilan #RCI Sabah.





MyMassa ada keluarkan artikel mengenai pemimpin DAP yang perlu di'RCI'kan di sini :http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-pemimpin-dap-mangsa-pertama-rci.html

MyMassa juga ada kemukakan bukti bahawa pemimpin PKR juga perlu di 'RCI'kan di sini :http://mymassa.blogspot.com/2013/01/malaysiakini-cuba-tutup-fakta-dan.html

Dalam artikel kali ini, MyMassa akan keluarkan bukti bahawa pemimpin PAS juga perlu di'RCIkan.




TEKA : WAJAH INDON KER WAJAH SABAHAN, DENGARKAN SUARANYA DI SINI INDON KER SABAHAN https://www.youtube.com/watch?v=bdkfkxN1E2k



PASPORT INDONESIA




"Tambuakarsaba di kasi tau yg keluarga si Lahirul Latigu ni dapat kelulusan Surat Beranak secara Daftar Lewat pada pertengahan tahun 1980-an. Selepas dapat kelulusan pada pertengahan tahun 1980-an, keluarga mereka berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara untuk keluarkan Surat Beranak masing-masing. Cuba kunuk ba kamu Tinguk dua surat beranak ni. Tahun berapa lahir tapi tahun berapa dikeluarkan oleh JPN?




Ertinya, sebelum dapat kelulusan Surat Beranak secara Daftar Lewat pada pertengahan tahun 1980-an, keluarga ini tiada Surat Beranak atau IC! Ertinya dorang satu keluarga ni berstatus keluarga PATI.



Jadi, macam mana si Lahirul Latigu ni mengaku dapat kerakyatan Malaysia secara automatik waktu dia lahir pada 19 Julai 1976? Waktu itu ibunya belum dapat Surat Beranak lagi jadi macam mana mau bilang ibunya warganegara Malaysia waktu itu?


Lahirul mengasitau dalam Sabahkini.net pada 10 September 2012 begini:


“mengikut Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:


"(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;"


"Dalam hal ini sudah cukup jelas bahawa saya adalah Warganegara Malaysia dan Anak Negeri Sabah kerana ibu saya adalah Anak Negeri Sabah berketurunan Murut."









Waktu si Lahirul lahir 19 Julai 1976, ibunya masih belum dapat Surat Beranak atau IC. Naa..jadi, siapa kunuk ibu yang berstatus warganegara waktu dia lahir? Mengkali dia ada ibu lain?

Suruh RCI siasat keluarga ini. Tambuakarsaba pasti ibunya pun bukan original Murut sebab ada orang gitau yang ibunya ni pun orang Indonesia tapi dikasi IC Projek!
Naa..Kesian ibunya yang tidak bersalah sebab gara-gara si Lahirul dia pun ikut susah.


Satu lagi, Tambuakarsaba mau suruh RCI check fail pendaftaran Lahirul di sekolah SK Bukau, SM St John, SMK Beaufort dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tambuakarsaba pasti bangsa si Lahirul tu Buton dan bukan Murut sebab bangsanya baru jak ditukarnya dalam rekod JPN!


Tambuakarsaba ada check di Jabatan Agama Sabah borang kahwin si Lahirul. Waktu dia kahwinpun bangsanya masih Buton. Itu yang dia tulis sendiri dalam borang permohonan kahwinnya.
Yang bikin terkejut lagi, waktu si Lahirul jadi Pegawai Kastam selama satu tahun, bangsanya dalam borang itu pun Buton juga.


Kalau ndak percaya, kenapa surat beranak adiknya bangsa Indonesia? Tambuakarsaba check di JPN adiknya sekarang bangsa Buton. Macam mana pula adik-beradik boleh jadi lain-lain bangsa? Memang ada yang ndak betul sama dokumen diri si Lahirul ni. Jadi, Tambuakarsaba minta RCI utamakan kes si Lahirul. Habis orang Islam di Sabah kena tipu.


(Artikel dari Sabah)
Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-ketua-pemuda-pas-sabah-pendatang.html

Nah. Nampaknya ketiga-tiga parti pembangkang mempunyai masalah dalam sejarah kewarganegaraan mereka.

Mereka bukannya asalnya dari bumi Malaysia. Kenapa pembangkang tidak bising dalam hal ini?

Beranikan Zairil, Badrulamin atau Lahirul menjadi saksi dalam RCI?

*Mereka ini dikatakan bakal calon mewakili pembangkang dalam PRU akan datang. Nampaknya calon pilihan raya bukan sahaja perlu tapisan SPRM, tetapi juga perlu lepas tapisan JPN untuk memastikan asal mereka adalah rakyat Malaysia. Jangan biarkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak sedar diri ini bermaharajalela.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.