Google+ Followers

Thursday, April 18, 2013

PKR Dan Pas Bercakar Di Perak





PKR Perak hari ini mempersoal tindakan PAS mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.



Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty berkata PKR bersetuju PAS bertanding di kerusi DUN berkenaan dengan syarat parti itu menggantikannya dengan kawasan DUN lain yang boleh menang.
Bagaimanapun, katanya sehingga kini keputusan masih belum dibuat berhubung perkara itu.
“Mengapa belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau menjelaskan daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di Perak, pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) masih sama seperti PRU-12 pada 2008 iaitu PKR (20), PAS (21) dan DAP (18).
Semalam, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain dalam satu ceramah di Air Kuning mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PRU-13 bagi DUN Changkat Jering.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Osman Mohd Jailu yang mewakili PKR menang di DUN Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.
Bagaimanapun, pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon Bebas.
Mohammad Nizar kini mewakili DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.
-Bernama

Lihat komen dari blog pro pembangkang yang marah ngan PKR Perak

Klik sini