Thursday, April 18, 2013

Bicara Rakyat: Siapakah yang sudi mendengar rintihan rakyat marhain ini?


Seperti biasa sudah menjadi rutin harian aku untuk lepak di warung sebagai port untuk mendengar masalah masyarkat untuk ditulis didalam blog atau pun facebook. Biasanya aku akan cari orang yang aku kenal dan lepak sekali di meja dia. Dan kadang kadang tengah dok sorang sorang, ada pulak orang yang datang untuk duduk semeja ngan aku. Dan aku akan habiskan masa selama 1 ke 2 jam untuk berbual sambil mencatit keluhan mereka.

Tapi kali ni, belum sempat aku turun dari kereta dah ada orang panggil aku untuk duduk semeja ngan dia. Dari jauh dia dah menggamit aku. Dan dari jauh juga aku tengok muka dia dah merah padam. Aku syak ada sesuatu yg tak kena ni. Aku pun ceoat cepat mengunci pintu kereta dan bergegas ke mejanya.

Sebaik saja aku duduk dia terus bercakap. Hang tau tak? Dia mumulakan bicara. Tadi aku pergi ke syarikat insuran untuk renew insuran dan roadtax aku. Aku ingat harga insuran kereta buruk aku tu semakin kurang la dari tahun lepas, tapi rupanya semakin naik.

Tahun lepas insuran kereta aku cuma rm200 tapi tahun ni menginjak jadi rm300. Bila aku tanya pasal apa pulak jadi mahal sedangkan nilai kereta aku dah menurun. Staff insuran tu kata ini semua sebab Bank Negara dah tetapkan pada bulan september tahun lepas setiap kereta yang berusia lebih 10 tahun perlu diinsurankan sekurang kurangnya dengan nilai rm12ribu. Bila aku tanya balik kalau kereta aku accident boleh tak aku claim dengan nilai tu? Pompuan tu jawab " tak boleh" kalau nak claim nanti kena ikut nilai kereta semasa.

Wahhhhh.... Kawan aku menyambung semula sembangnya.... Untung la syarikat insuran ni. Kerajaan pulak macam saja nak bagi untung pada syarikat insuran tanpa hiraukan masalah rakyat. Kerajaan nak mencekik darah orang susah macam aku ni kenapa? Tanyanya pada aku... Aku dia, malas nak menjawab, takut nanti aku lak kena maki.

Tapi bila difikir fikirkan betul juga kata kawan aku tu. kenapa pula rakyat yang perlu tanggung kos insuran yang tinggi. Sedangkan kata kawan aku tu lagi, semenjak dia beli kereta pada tahun 1997 dia tak pernah claim apa apa pun dari syarikat insuran. Katanya lagi syarikat insuran dah buncit buncit perut makan duit dia bertahun tahun lamanya.

Kadang kadang aku fikir disebabkan perkara beginilah rakyat semakin benci kepada kerajaan. Kerajaan dilihat kurang sensitif dengan masalah rakyat. Hasil titik peluh rakyat diperah semata mata untuk membayar kepada perkara yang "tak perlu". Namun perkara yang "tidak perlu" ini dijadikan sebagai wajib kepada rakyat.

Kalau tak renew insuran maka tak boleh lah renew toadtax. Kalau takder roadtax maka akan disaman pulak oleh polis trafik. Tanpa kereta yg tak ber roadtax maka rutin harian seperti bekerja, menghantar anak ke sekolah dan membeli barangan dapur akan terganggu.

Kos hidup rakyat seolah olah sengaja dinaikkan semata mata untuk keuntungan satu pihak. Rakyat miskin terasa seperti ditindas oleh kerajaan yang mereka pilih sewaktu pilihanraya.

Siapakah yang sudi mendengar rintihan rakyat marhain ini?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.