Friday, April 5, 2013

Petikan Soal Jawab Bukti Nik Aziz Sesat 4


8.     Soalan : Satu ketika dulu semasa UMNO menjadi kerajaan di negeri Kedah berlaku kemarau panas hingga memusnahkan semua tanaman padi. Ketika itu ada penceramah PAS berkata bahawa Allah telah turun bala ke atas rakyat negeri Kedah kerana tidak mengundi PAS. Beberapa tahun selepas kejadian itu, berlaku lagi kemarau panas semasa PAS menjadi kerajaan di negeri Kedah. Penceramah PAS yang sama berkata bahawa Allah hendak menguji rakyat negeri Kedah. Apa komen saudara Airborne ? mana satu yang betul ?. 

Jawapan : Itu penceramah upahan PAS. Penceramah lidah bercabang dan tiada pendirian. Penceramah seperti itu memang banyak dalam PAS. Penceramah hanya cari makan dalam politik PAS. Jangan percayalah.

9.     Soalan : Apa hukumnya seorang pemimpin tertinggi PAS di negeri Perak membakar lilin bertakafur seperti orang beragama Buddha di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh pada satu ketika dulu di mana Nik Aziz kata tak apa, dan ia dibenarkan oleh Islam kata Nik Aziz. Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan : Hukumnya adalah haram dan mesti bertaubat. Jika perkara sama dilakukan oleh pemimpin UMNO sudah pastilah Nik Aziz kata haram. Jika ia dilakukan oleh pemimpin PAS pastilah Nik Aziz kata “tak apa” untuk  membelanya. Itulah wajah-wajah Nik Aziz yang bertopengkan Islam. Jangan percayalah cakap Nik Aziz tu ! rosak nanti.

10.  Soalan : Semasa hari majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak oleh Dr. Zambry pada tahun 2009, terdapat rusuhan kecil dilakukan oleh penyokong PAS, dan ada yang baringkan badannya di atas jalan raya untuk menghalang kereta pembesar Perak bergerak. Katakanlah, jika mati dilanggar kereta ketika itu, adakah mati syahid? Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan : Tak adalah, itu “mati katak” namanya.

11. Soalan: Apa hukumnya penyokong-penyokong PAS di hari penamaan calon PRK yang memakai jubah dan berkopiah putih mengibarkan bendera DAP sambil melaung-laungkan ucapan takbir, sedangkan parti DAP ialah sebuah parti yang diterajui oleh orang-orang kafir dan secara langsung menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Apa hukumnya saudara Airborne?

Jawapan : Hukumnya adalah haram kerana berusaha untuk menaikkan imej serta kemenangan kepada parti DAP yang memang terkenal anti-Islam, anti-peruntukan masjid, anti-laungan azan waktu Subuh dan berbagai-bagai lagi.

12.  Soalan : Saya lihat imej Islam yang ada pada Nik Aziz, Haji Hadi dan Ketua Pemuda PAS Pusat sangat tinggi. Namun serban yang mereka pakai itu sangat berlainan di antara satu sama lain. Serban siapa yang lebih baik di antara mereka bertiga? Adakah itu sunnah Rasulullah s.a.w.?

Jawapan :
a.   Hari ini tidak siapa tahu macam mana bentuk serban Rasulullah s.a.w. Jika benar serban Nik Aziz, atau Haji Hadi atau pun Ketua Pemuda PAS Pusat itu benar-benar ada persamaan dengan serban Rasulullah, kenapa pula serban jenis itu langsung tidak dipakai oleh penduduk Madinah atau penduduk Mekah? Ketahuilah bahawa orang-orang Islam di kedua-dua Kota Suci itu sangat kuat atau sangat tebal mengamalkan sunnah Rasulullah.

b.   Serban 3 pemimpin PAS itu hanyalah serban biasa yang kita lihat dipakai oleh orang-orang Punjabi, atau Taliban di Afganistan atau orang-orang di sempadan negara Iran, Pakistan dan Afganistan atau di negara Somalia yang terkenal dengan lanun laut yang berjaya ditawan oleh Komando TLDM beberapa tahun yang lalu. Jika saya jadi komando TLDM ketika itu, saya tak akan bagi peluang kepada lanun itu. Saya tembak sampai hancur. Baik juga hati Komando TLDM kita tu ya! Itulah melambangkan Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Bukan seperti PAS, jadi askar komando kepada Jeneral-Jeneral DAP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.