Google+ Followers

Friday, April 5, 2013

Bidaah JUBRI Pada Rakyat Isu Saman

 Writ saman dan pernyataan tuntutan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemilik laman blog, Papagomo yang didakwa menyiarkan perkataan dan imej berunsur fitnah, masih belum dapat diserahkan kepadanya.
Saman itu difailkan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung dakwaan yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu dalam video seks sejenis dengan seorang lelaki.
Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Anwar kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 April ini bagi pengurusan kes saman tersebut.
Pada pengurusan kes kali kedua saman itu di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong.
Menurut Mohd. Afiq, pihaknya akan menyerahkan writ saman itu dalam masa dua minggu sebelum tarikh pengurusan kes itu.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfailkan saman itu dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, secara nyata atau tersirat menyatakan individu dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan adalah Anwar.

Sumber Utusan Melayu 
 
ULASAN ....
Terang lagi bersuluh sikologi di main kan jubri atau helah pada rakyat bahwa dia manusia yang benar dengan alasan dia difitnah . Maka timbul lah helah saman sedang kan dia sendiri dalam dilema untuk menyaman si gomo.Apakah kes saman ini boleh di selesai dalam tempoh yang pendek?. "Sudah tentu tidak. Dan apakah jubri berani membenar kertas siasatan di jalan kan dengan pilihanraya ke 13 dalam  kemuncak berkempen. Sudah lah jubri wayang kamu dah penghujung jalan.