Monday, April 8, 2013

NIK AZIZ KRITIKAL? KELANTAN BO LA WEIII...


Kelantan tak selamat lagi, bukan soal keselamatan tapi soal tampuk pemerintahan Nik Aziz yang tercata dalam sejarah pemerintahan yang paling lama dalam sejarah Malaysia yang direkodkan, 23tahun boleh dikategorikan bujang yang dah kawin dan boleh ada anak dah. Kelantan goyang beb, toksah ler nak tunjuk lakon karektor tenang dan beriman. 
Kalau dulu dia berpakat elok dengan adiknya sembahyang hajat mohon tuhan musnahkan umat Islam yang lain, hari ini sepatutnya dia jugak kena perhati dan teliti umat Islam yang dia doakan supaya ditimpa bencana dan kemusnahan itu sudahkah menemui ajal ataupun ditimpa celaka seperti yang dia mahukan.
Dia juga kena melihat dimana balasan tuhan itu turun nya kemana? yang dia doakan supaya ditimpa malapetaka nampaknya elok sihat adanya dan jangan buat tak nampak pulak bila sendiri pula yang terima tempiasnya, Jangan menolak takdir dengan pelbagai helah, terima dan ambil iktibar sepatutnya... Yang didoakan hancur semakin baik sebaliknya masih tak mengaku yang dia pulak kerap terganggu sihatnya..
    
Hari ini dengan doa dia dan adiknya pernah meminta supaya umat Islam UMNO di musnahkan terjawab, terima hakiki yang Allah swt berikan, yang diberi pembalasan begini sepatutnya dia ambil iktibar, pemimpin agama yang pernah dianjingkan kerana menyokong kerajaan hari ini bangkit menunjukan mereka mesti pertahankan kehendak Islam bukan seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Hari ini juga Allah swt memberi petunjuk kepada PAS dan Nik Aziz supaya tidak sesekali meletak hukum mengikut kehendak Parti, buatlah seteliti mana atau hebat mana, jangan lupa Allah swt yang menentukan, akhirnya pendokong Islam serta pemimpin umat Islam bangkit dan memperlihatkan cara yang sebenarnya... bukan solat hajat minta umat Islam yang lain musnah... Apa dah jadi?  
Hari ini kita boleh lihat kebangkitan rakyat Kelantan untuk menentang Nik Aziz. Mungkin bagi penyokong PAS totok, semua yang bangkit menentang Nik Aziz itu adalah anjing.

Semalam berlansungnya solat hajat perdana di Ketereh Kelantan yang mana kehadiran mencecah 5000 rakyat. Solat hajat ini dianjurkan oleh PENDITA yang mana kumpulan ini mula bangkit untuk menentang kemunafikan Nik Aziz.
Mungkin penyokong totok PAS terus merasakan yang hadir untuk solat hajat ini adalah anjing-anjing kerana tindakan mereka ini untuk menentang Nik Aziz.

Aku tidak kata yang Nik Aziz ini jahat, tetapi sifat jahat semakin menular dalam diri Nik Aziz. Kalau tidak mana mungkin Nik Aziz dengan sesuka hati boleh mengkafirkan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.