Google+ Followers

Wednesday, April 3, 2013

Mana Wang Mamali Oi pas !!!


BALING : Berikutan sikap pemimpin Pas terus membisu untuk menyatakan kebenaran, bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengulangi kenyataannya mencabar mereka berdebat tentang wang Tabung Memali.

Zainon atau nama penanya CN Al-Afghani berkata, Pas perlu menyahut cabaran dengan membuka gelanggang untuk membincangkan tentang penyelewengan wang tabung tersebut yang dianggarkan berjumlah berjuta-juta ringgit.

"Ke mana hilangnya wang Tabung Memali perlu dijawab oleh pemimpin Pas kerana rakyat khususnya mereka yang menderma dari seluruh negara mahu tahu," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam tadi.