-
Seorang bekas ahli DAP cedera di bahagian kepala akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong parti pembangkang ketika meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan parti itu di Taman Nesa, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, bekas Setiausaha Publisiti Kecil DAP Taman Desa, A.K Murugan, mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul bertalu-talu oleh lebih daripada tiga lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.
Menurut Murugan, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa rakan berada kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah pembangkang.
"Ketika di sana saya bersama rakan-rakan yang lain bertindak meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan parti yang tidak prihatin dengan kaum India.
"Lokasi ceramah itu terletak berhampiran rumah, jadi saya ambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin DAP yang hanya tahu bercakap tapi tidak mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tambahnya, ketika masih berada di situ, dia didatangi sekumpulan lelaki yang memarahinya sebelum mereka mula bertindak kasar dengan memukulnya bertalu-talu menggunakan topi keledar.
Ekoran kejadian tersebut, dia membuat laporan polis di Balai Polis Skudai sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Beberapa jam sebelum kejadian, Murugan dan bekas Pengerusi DAP Taman Saga di Kulaijaya, V. Thulasi Das bersama kira-kira 25 masyarakat India mengadakan bantahan secara aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP.
Bantahan itu diadakan di hadapan lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau bersama pemimpin pakatan mengadakan mesyuarat membincangkan Deklarasi Gelang Patah sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.