Tiga wanita telah didakwa merogol lelaki dan menggunakan air mani mangsa untuk upacara ilmu hitam.
Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.
Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.
Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.
Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.
Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.
Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.
Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.
Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.
Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.
Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.
Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.
Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.
Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."
Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."
"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."
Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.
''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.
Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak RM1,215.
Dalam berita yang berasingan pula di HARARE, seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.
Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.
Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.
Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.
"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.
Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.
"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.
"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.
Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.
Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.
Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.
Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.
Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.
Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.