Google+ Followers

Tuesday, April 30, 2013

Azmin Ali Di Aibb...

Sebagai seorang penduduk yang tinggal berhampiran Kelana Jaya, aku terpanggil untuk menghadiri sesi dialog bersama penduduk mengenai pembangunan tanah di padang bola Kelana Jaya bagi membina beberapa blok kondo mewah dan bangunan2 komersil . Sampai saja daad epan pintu masuk , kereta aku dah kena tahan . Pakcik RELA tu tanya dari mana ? Aku jawab dari Kelana Jaya untuk dengar sesi dialog , kemudian dia cakap ada bagi nama tak ? Aikk ?? Bagi nama ? Kemudian dia belek2 kertas yang ada list nama2 orang dan dia cakap kalau nama takde tak boleh masuk .. Cisss apasal diaorang takut sangat nak bagi orang luar join sekali dengar sesi dialog tu .



So aku park kereta kat tempat lain , kemudian buat bodo jalan depan pakcik2 RELA tu dengan beberapa orang. Pakcik2 tu tak tahan .. rupanya bila sampai di dewan ada satu lagi halangan , kena daftar depan pintu masuk . Masa tu aku nampak wartawan2 tengah menunggu di luar (termasuk wartawan TV3) , tiba2 ada sorang wakil penduduk yang ada dalam dewan bising2, dia buka pintu suruh wartawan2 ni masuk .. apa lagi gua pun mencelah je lah ! Rupa-rupanya dalam dewan dah panasss ... muka2 YB kat depan terkedu bila bertubi-tubi diasak oleh macam2 soalan dari penduduk . yang hadir malam tu bukan melayu je, cina ada dan india pun ada . Aku terdengar seoarang pakcik tu berkata .. "diaorang ingat kita ni bodoh ?" , ada beberapa group makcik2 pulak tak henti2 mengomel .



Kemudian konsultan berucap, cerita itu ini . Masa dok cerita perancangan itu ini pun penduduk belasah jugak. Semua suruh hentikan ja cadangan itu dan ini , yang penting hentikan projek pembangunan di padang bola PKNS tu. Tiba giliran konsultan trafik bila dia sebut buat masa sekarang masalah trafik di Kelana Jaya memang tak ada penyelesaian lagi . Bertambah-tambah la angin penduduk yang hadir tu .. depa kata kalau dah tau tak ada penyelesaian buat apa nak tambah lagi masalah , Paradigm mall yang baru dibuka tu pun dah bagi cukup pertambahan masalah pada diaorang . Masing2 garang beb .. muka YB PKR ,Nik Nazmi dan Azmin Ali masih 'cool' lagi .




Tiba giliran Azmin Ali berucap , dia mula 'start' buat cerita kononnya macam kerajaan PR ni membela rakyat , kata Azmin semua permasalahan yang ditimbulkan akan dibawa kepada pengetahuan Menteri Besar , dan untuk ambik hati penduduk dia cakap projek ni akan ditangguhkan . Dapatlah tepukan sikit ... tapi sorang penduduk ni potong 'stim' bila dia kata kat Azmin tak payah pusing sana pusing , bagi saja jawapan samada projek ni akan diteruskan atau tidak..Azmin berdalih dan berkata itu saja apa yang ingin beliau sampaikan dan terus mengambil balik tempat.

Pada satu ketika Azmin naik angin apabila salah sorang hadirin menjerit 'YB Jambannnn !!' Melompat dia bercakap jangan buat fitnahhh dengan nada yang agak tegas . Aku nak tergelak pun ada , dan bila melihat reaksi orang ramai yang hadir tersenyum sinis lagi lah aku nak tergelakk ! YB Nik Nazmi pulak kena 'sound' dengan penduduk apabila salah sorang yang hadir berkata kenapa YB membela pemaju yang beberapa orang saja bilangannya dan bukkannya penduduk disitu yang telah mengundi beliau untuk menjadi wakil mereka . Pheww memang panas.. patutlah diaorang beria sangat untuk menghalang wartawan dari masuk kedalam dewan tadi !




Sumber...