Google+ Followers

Sunday, January 19, 2014

Filem Lucah Anak Rosmah Boleh Ditayangkan Di Malaysia?



KUALA LUMPUR 17 JAN: Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem ‘The Wolf Of Wall Street’ dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.



Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.



Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai ‘f-bomb’.

Pesta Seks Gay
Leonardo DiCaprio Menghisap Kokain di Punggung Wanita

Adegan Seks Leonardo DiCaprio dan Margot Robbie
Jonah Hill Lakukan Onani di Tempat Umum


Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.



Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan ‘tidak boleh ditonton’.



Filem ‘The Wolf Of Wall Street’ lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)


Sumber pjblogsport.com