Google+ Followers

Saturday, May 18, 2013

Cybertroopers Pembangkang Dan Anwar Akan Ditangkap !!!


Akhirnya SPR telah membuat laporan Polis dan ini adalah satu tindakan yang tepat pada masanya. Sampai bila SPR nak 'tunduk' dengan fitnah dan penipuan Anwar dan kuncu-kuncunya. Sudah berapa kali pilihanraya kecil dan umum yang dijalankan oleh pihak SPR semuanya telus dan tiada sebarang penipuan.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya tidak akan terlepas. Fitnah dan penipuan Anwar dan kuncu-kuncunya harus 'DILENYAPKAN'. Dah bagi betis nak peha pulak, inilah perangai manusia yang tak pernah kenal erti bersyukur dengan pemberian dari Yang Maha Esa.

Apakah keadilan yang dibawa oleh Anwar, jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya? Pemikiran kolot seperti ini yang rakyat Malaysia nak angkat sebagai pemimpin. Rakyat Malaysia harus berfikir menggunakan otak bukan berfikir menggunakan lutut. Kalau benar ada penipuan yang SPR bawakan pada PRU13 kenapa Anwar sehingga sekarang tak berani nak tampil ke hadapan tunjukkan bukti dan serahkan ke muka pengadilan. Tak percaya mahkamah, bukankah mahkamah juga yang 'Bebaskan' beliau dalam kes memburit Saiful..!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus. 

Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil. 

Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.

Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu.


Sumber