Dari sehari kesehari Perkasa dilihat semakin menjurus kearah perjuangan yang lebih besar. Bermula dengan perjuangan kearah perkauman iaitu mempertahankan hak orang orang melayu diawal penubuhannya, kini dibawah kepimpinan wira perkasa saudara Irwan Fahmi kita dapat lihat wira perkasa telah mengorak langkah dengan membawa arus perjuangan orang orang muda melayu dalam memartabatkan agama Islam.
Keberanian saudara Irwan Fahmi menegur Najib Razak pada bulan ramadhan baru baru ini didalam perjumpaan tertutup di pejabat perdana menteri sudah heboh diperkatakan oleh umat melayu didalam whatsapp dan juga facebook.
Ditambah pula dengan terbongkar pula didalam mahkamah rayuan baru baru ini dimana kisah bagaimana Najib sendiri yang menandatangani kelulusan untuk membenarkan orang orang kristian menggunakan kalimah Allah didalam bible mereka telah benar benar mengecewakan umat Islam yang ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Bagi mereka yang berjuang demi wang ringgit dan jawatan sememangnya sudah dijangka mereka langsung tidak menghiraukan kalimah Allah digadaikan oleh najib semata mata mahu meraih undi pada PRU yang lepas. Klik sini
Agak mendukacitakan juga apabila isu kalimah Allah tiada langsung kedengaran untuk dipertahankan didalam mesyuarat mesyuarat cawangan umno yang sedang sibuk dijalankan sekarang. Adakah ahli ahli umno lebih sebuk dengan percaturan merebut jawatan sehingga terlupa untuk memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanahair? Klik sini
Nampaknya umat Islam di Malaysia sudah sepatutnya tidak menyandarkan harapan yang tinggi kepada umno dalam usaha untuk mempertahankan Agama.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan Saudara Irwan Fahmi yang mendesak supaya Najib wajar untuk melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO. Klik sini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.