Sunday, May 5, 2013

Hanya Doa Ku







Bismillahirrahmanirrahim.....


Ya Allah, Ya Tuhan Kami.
Setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad SAW.


Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa para pemimpin kami, dosa guru-guru kami, dosa saudara-mara dan sahabat kami, juga dosa kaum Muslimin dan Muslimah di seluruh tanah air tercinta ini.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meminta hanya keredhaan-Mu dengan sesungguh-sungguhnya agar terpeliharalah negara kami daripada kepimpinan yang Engkau murkai. Peliharalah negara ini daripada kacau-bilau dan kesengsaraan disebabkan tangan-tangan manusia yang inginkan kuasa menuju kehancuran kepada umat Islam dan orang bukan Islam yang bernaung di negara ini.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Berikan kemenangan kepada pemimpin yang Engkau kehendaki, pemimpin yang akan membela nasib umat Islam dan semua rakyat di Malaysia, pemimpin yang berpegang teguh dengan syiar-Mu.

Ya Rabbul Al-amin,
Berikan ketenangan kepada hati-hati yang sengketa, hati-hati saudara kami yang memusuhi sesama Islam kerana perbezaan ideologi politik agar mereka mampu menerima setiap ketentuan-Mu dengan redha dan tabah. Semoga dipanjangkan lagi silaturrahim sesama kami biarpun kami menyokong kepimpinan berbeza.

Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Bukakan pintu persaudaraan dan permuafakatan sesama umat Islam dan rakyat Malaysia. Semoga negara ini terpelihara dengan keamanan dan kesejahteraan berkekalan sehingga ketibaan hari yang Kau janjikan, hari pembalasan dan pengadilan. Semoga kami beroleh kekuatan untuk saling membantu mengembangkan Syiar-Mu di Bumi tercinta ini.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.