Google+ Followers

Monday, April 29, 2013

Wayang opera Dap...



Kor Ming (dua, kiri) dan Kula (tiga, kiri) ketika sidang media, semalam.
IPOH – DAP Perak menawarkan RM5,000 kepada orang ramai yang berjaya membantu polis menangkap dalang yang menyebabkan kebakaran di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Jelapang, baru-baru ini.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, taktik kotor dengan membakar dan meletakkan bom adalah penghinaan kepada demokrasi.

Menurutnya, rakyat mahukan pilihan raya yang aman dan beretika agar demokrasi negara ini dihormati serta disegani di dunia.

“Semua pihak mengutuk tindakan sedemikian yang sengaja menimbulkan huru-hara. Perkara ini perlu ditegah dan dihentikan dengan segera.

“Kami sedia menawarkan RM5,000 untuk membantu BN mencari individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” katanya di Bilik Gerakan Dun Kepayang, semalam.

Hadir sama, calon Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran.

Sebelum ini, dua bilik gerakan BN di Jelapang dibakar dalam kejadian berasingan melibatkan kerosakan peralatan untuk berkempen.

Kor Ming (dua, kiri) dan Kula (tiga, kiri) ketika sidang media, semalam.