Sunday, April 21, 2013
PRU-13: Pembangkang goyah di DUN Rahang, Ampangan
Pakatan pembangkang Negeri Sembilan berada pada kedudukan yang goyah untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dan mempertahankan kerusi DUN Rahang dan Ampangan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Bekas Ahli Parlimen DAP Seremban, John Fernandez berkata, pakatan pembangkang akan melalui jalan sukar memenangi DUN Lenggeng kerana calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu, Datuk Ishak Ismail sudah dikenali di kalangan pengundi.
"Ishak sudah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tiga penggal," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Pada PRU-13 kali ini, selain Ishak, DUN Lenggeng menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar dan calon Bebas, Zulkifli Abdullah.
John yang telah meninggalkan DAP dan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum kali ini memberitahu, pakatan pembangkang juga goyah untuk mempertahankan DUN Rahang dan Ampangan yang dimenanginya pada 2008.
Katanya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Rahang, M.K. Arumugam tidak dapat berkhidmat kerana masalah kesihatan.
"Di Ampangan, ADUN PKR, Rashid Latiff tidak begitu aktif membantu rakyat," ujarnya.
Pada pilihan raya umum kali ini, kedua-dua calon itu digantikan oleh Timbalan Ketua Wanita DAP kebangsaan, Mary Josephine Prittam Singh bagi kerusi DUN Rahang dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas bagi DUN Ampangan.
Sumber ...Akbar tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.