Pemimpin Pas Perak Group Erdogan Sabotaj Pernikahan Anak Sendiri
Dalam memperjuangkan konon kononnya hudud dan islam rupa rupanya pas sendiri gagal untuk mentarbiyah pemimpin mereka sendiri. Mereka terlalu asyik mencari salah PM yang gagal untuk menyuruh Isterinya memakai tudung tetapi rupa rupanya pas sendiri lebih tercemar dengan berbagai insiden. Bukan sahaja insiden nik aziz yang mengampunkan dosa ahli nya yang berzina dengan isteri orang malah dosa meliwat juga dianggap sebagai masalah kecil apabila kroni mereka yang melakukannya.
Pas lupa bahawa sebenarnya jodoh, maut dan rezeki adalah terletak pada kuasa tuhan. Segala galanya memerlukan hidayah. Tanpa petunjuk dan hidayah tidak ada manusia mampu untuk berubah. Bagi pas setiap kesilapan perlu dihukum sekiranya pelaku dosa adalah orang umno. Tetapi kalau orang pas yang melakukan kesalahan dan dosa maka dengan pantas mereka menggunakan nama tuhan untuk mengampunkan dosa tersebut. Seolah olah mereka dapat berbicara dengan tuhan atau mereka menganggap diri mereka adalah tuhan dalam mengampunkan dosa dosa penyokong mereka.
Terkini ada kes dimana seorang pemimpin Pas di Perak yang cuba mensabotaj anaknya bernikah gara gara kerana anaknya itu menyokong umno. Berbagai cara digunakan untuk menjadikan supaya pernikahan tersebut tidak berjaya termasuklah memulaukan majlis akad nikah. Amat malang bagi si anak di mana mahu melangsungkan perkahwinan tanpa mendapat restu dan sokongan keluarga.
Nampaknya pemimpin pas tersebut lebih redha anaknya itu melakukan maksiat dan berzina seperti beberapa pemimpin pas yang lain daripada menggalakkan si anak bernikah secara sah.
Pemimpin pas ini selalu berceramah dengan menggunakan isu Tok Najib yang tak mampu mentarbiyah isteri untuk memakai tudung. Dan alasan itulah digunakan untuk memburukkan Tok Najib tidak mampu untuk menguruskan negara kerana tidak boleh nak mengurus isteri sendiri.
Dengan kuasa Allah taala kini si pemimpin pas tersebut juga di uji dengan kegagalan untuk mengurus keluarganya sendiri, oleh itu bagaimana dia bisa mampu untuk mengurus hal masalah rakyat, kalau anak sendiripun dia tak boleh nak didik?
Bukan isu masalah keluarga antara si ayah dan si anak yang mahu saya bangkitkan tapi isunya ialah pendekatan yang digunakan oleh si ayah dalam menguruskan masalah tersebut. Pemimpin pas tersebut sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih bijak dalam menguruskan masalah si anak dan bukannya menggunakan cara bodoh iaitu mensabotaj majlis pernikahan anaknya sendiri.
Kalau beginilah cara pengurusan dan pendekatan pemimpin pas tersebut saya sarankan semua pengundi pengundi tempat dimana pemimpin tersebut bertanding supaya berfikir semula adakah layak untuk dia menjadi Wakil Rakyat ditempat tersebut?
Nama pemimpin pro kumpulan Erdogan didalam pas itu akan saya dedahkan sekiranya mendapat lampu hijau dari si mangsa atau anak kepada pemimpin pas tersebut.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.