Wednesday, May 22, 2013

Pengkianat Bangsa Dan Agama Islam! Lihat Bukti-Buktinya! Bahagian 1

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 118:

" Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ' orang dalam ' (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun NYATA (tanda) KEBENCIAN mereka pada PERTUTURAN MULUT mereka,dan apa yang DISEMBUNYIKAN oleh HATI mereka lebih BESAR lagi.Sesungguhnya telah Kami nyatakan beberapa keterangan kepadamu,jika kamu memikirkannya."

Ayat di atas diturunkan berhubung dengan orang bukan Islam yang telah mengadakan Perjanjian Dhimmah dengan Nabi s.a.w.

Daripada pengertiannya,Allah SWT tidak melarang orang Islam bekerjasama dengan mereka(Orang yang bukan Islam iaitu Kafir Dhimmi) dengan syarat mereka itu tidak menyimpan hasad dengki dan niat yang buruk terhadap orang Islam dan Negara.

Dalam maksud yang lain,LARANGAN itu ditujukan kepada mereka(Orang yang bukan Islam iaitu Kafir Harbi) yang JELAS MEMUSUHI ORANG ISLAM.

Ini bermaksud bahawa HARUS bagi orang Islam mengambil mereka(Kafir Dhimmi) sebagai rakan sekerja untuk mentadbir dan membangunkan Negara. HARUS diletakkan kepercayaan dan mendapatkan fikiran mereka di dalam urusan-urusan penting Negara kecuali pada sebilangan kecil jawatan.

Berdasarkan kepada SAHIFAT AL MADINAH dan AQD AL DHIMMAH telah merumuskan HAK-HAK dan TANGGUNGJAWAB orang-orang bukan Islam. Disini saya ingin memaparkan pelbagai tanggungjawab mereka kerana dengan cara sebegini pembaca dapat melihat akan BUKTI terhadap LARANGAN Allah SWT itu MENGENA kepada orang-orang yang bukan Islam yang macam mana.

Tanggungjawab mereka ialah:-

1. Membayar cukai JIZYAH.
2. Membayar cukai KHARAJ.
3. Membayar cukai PERNIAGAAN.
4. MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.
5. MEMELIHARA PERASAAN ORANG-ORANG ISLAM.
6. MENGHORMATI AGAMA ISLAM. Ini termasuklah tidak menghina Allah,Kitab Suci Al Qur'an,diri Rasulullah s.a.w. dan keluarganya,pengajaran Islam dan seumpamanya.

Berdasarkan 2 perkara iaitu PERJANJIAN tersebut di atas serta dikuatkan lagi dengan LARANGAN AL QUR'AN dari surah Al Imran Ayat 118, maka orang-orang BUKAN ISLAM dari GOLONGAN DAP adalah golongan yang MENGINGKARI PERKARA 4,5 dan 6 bagi menunaikan TANGGUNGJAWAB mereka. Oleh itu, mereka sebenarnya tergolong ke dalam orang-orang bukan Islam yang MEMUSUHI ORANG ISLAM.

Pembaca yang budiman,

Pemimpin Umat Islam dari golongan UMNO yang menjadi TERAS PEMERINTAHAN UMAT ISLAM di negara ini bersama-sama 13 daripada golongan komponennya yang mentaati PEMIMPIN UTAMA UMAT ISLAM membangunkan dan mensejahterakan negara serta rakyat di negara ini. Komponen golongan bukan Islam inilah yang di sebut sebagai KAFIR DHIMMI yang dibenar oleh Allah dan Nabi dalam berkompromi.

Nabi s.a.w. bersabda:

" Sesiapa yang menyakiti seseorang KAFIR DHIMMI maka sayalah musuhnya dan sesiapa yang saya musuhinya nescaya saya akan musuhinya pada Hari Kiamat nanti." (Riwayat al Khatib al-baghdadi dan al Suyuti,al jami al Saghir.)

Sabdanya lagi,

" Sesiapa yang menyakiti seorang DHIMMI sesungguhnya dia telah menyakiti saya dan sesiapa yang menyakiti saya sesungguhnya dia telah menyakiti Allah..." ( Riwayat al Tabarani di dalam al Ausat)

Disebaliknya, golongan bukan Islam yang diketogerikan sebagai KAFIR HARBI adalah golongan yang MEMUSUHI ORANG-ORANG ISLAM dan AGAMA ISLAM itu sendiri. Mereka mengingkari perkara 4,5 dan 6 yang tersebut di atas. Golongan tersebut di negara ini disebut sebagai golongan DAP.

Siapakah para pemimpin ini dan apakah buktinya bahawa mereka sememangnya memusuhi Islam dan penganutnya.








Bukti-bukti mereka memusuhi perkara-perkara dibawah; sepatutnya mereka mematuhinya:-

4. MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.

4.1 Mengadakan demonstrasi jalanan dengan melakukan banyak kerosakan dan keadaan tidak aman.
4.2 Merendah-rendahkan sistem kehakiman negara.
4.3 Berlaku biadap dan kurang ajar kepada Raja-Raja.

5. MEMELIHARA PERASAAN ORANG-ORANG ISLAM.

5.1 Memperjuang kebebasan dan hak asasi melampau.
5.2 Memperjuang isu murtad dan LGBT.
5.3 Memperjuang IFC dan mengkristianisasi serta membantah bidang kuasa makamah syariah.

6. MENGHORMATI AGAMA ISLAM. Ini termasuklah tidak menghina Allah,Kitab Suci Al Qur'an,diri Rasulullah s.a.w. dan keluarganya,pengajaran Islam dan seumpamanya.

6.1 Menghalang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam.
6.2 Membaca ayat Al Qur'an sewenangnya dan mentafsirkan mengikut kehendaknya.
6.3 Memperjuang kalimah Allah bagi diguna-pakai oleh orang-orang bukan Islam.

Pembaca yang budiman,

Apa yang menyedihkan bagi majoriti umat Islam di negara ini ialah golongan bangsa Melayu yang mengaku memperjuang Islam kerap kali mendakwa bahawa golongan KAFIR HARBI ini telah menerima Islam. Mereka mendakwa bahawa mereka telah berjaya menarik minat mereka kepada Islam. Demi untuk memenangi pilihanraya serta menjatuhkan Pemerintah Umat Islam, mereka sanggup BERKOMPLOT dengan KAFIR HARBI ini. Sahinggakan mereka sanggup memberi ruang bagi menggunakan lambang parti mereka. Percaturannya disini ialah besar kemungkinan umat Islam yang menjadi PENGUNDI dapat dikelirukan atau terkeliru. Hal ini boleh dikatakan sebagai PERANCANGAN JAHAT mereka.

Inilah yang dikatakan golongan bangsa Melayu yang menjadi PENGKIANAT kepada bangsanya sendiri sekaligus MELAKUKAN PENGHINAAN terhadap agama anutannya sendiri. Merekalah yang menjadi SUMBER dan PUNCA PERPECAHAN terhadap BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM di negara tercinta ini. Siapakah mereka ini?







Janganlah hendaknya UMAT ISLAM itu terpengaruh kepada PENGKIANAT BANGSA dan PENGKIANAT AGAMA ISLAM.

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 8 - 12

8.   Diantara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan hari yang kemudian,pada hal mereka itu bukan orang-orang beriman.

9.   Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman,pada hal mereka tiada menipu hanya diri mereka sendiri,tetapi mereka tiada sadar.

10. Dalam hati mereka ada penyakit(syak wasangka),lalu ditambah Allah penyakit itu;dan untuk mereka itu siksa yang pedih,kerana mereka berdusta.

11. Apabila dikatakan kepada mereka:Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi,maka jawab mereka: Hanya kami berbuat kebaikan.

12. Ingatlah,sesusngguhnya mereka itu berbuat bencana,tetapi mereka tiada sadar.


Sumber ..tablighblogsport.com


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.