Writ saman dan pernyataan tuntutan kes saman
fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
terhadap pemilik laman blog, Papagomo yang didakwa menyiarkan perkataan
dan imej berunsur fitnah, masih belum dapat diserahkan kepadanya.
Saman itu difailkan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung
dakwaan yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu dalam video seks sejenis
dengan seorang lelaki.
Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Anwar kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 April ini bagi pengurusan kes saman tersebut.
Pada pengurusan kes kali kedua saman itu di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong.
Menurut Mohd. Afiq, pihaknya akan menyerahkan writ saman itu dalam masa dua minggu sebelum tarikh pengurusan kes itu.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfailkan saman itu dengan mendakwa Wan
Muhammad Azri, 30, secara nyata atau tersirat menyatakan individu
dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan adalah Anwar.
Friday, April 5, 2013
Suami Terkejut Beruk!!!!
gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki Mesir, Ramadan telah pergi ke sebuah cafe internet dan membuka laman web porno buat pertama kali dalam hidupnya sekadar ingin mencuba.
Namun apa yang disaksikannya sangat mengejutkan apabila heroin filem lucah itu adalah isterinya sendiri.
Tidak menunggu lama, lelaki itu segera pulang ke rumah untuk bersemuka dengan kecurangan itu.
Pada mulanya wanita itu menafikan dia berlakon filem lucah dan meminta suaminya menunjukkan filem itu.Namun tidak lama kemudian isteri curang itu mengaku juga kesalahannya.
Menurut isterinya, dia tidak pernah mencintai Ramadan walaupun mereka mendapat 4 anak sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengaku melakukan aksi mesra itu dengan bekas kekasihnya.
“Saya melihat ada 11 filem lucah yang dilakonkan oleh isteri saya.Isteri saya mengaku masih cintakan kekasih lamanya kerana mereka masih sama-sama muda berbanding saya yang sudah tua.
Sebelum masuk ke web porno itu, perkahwinan saya bahagian saja” Kata Ramadan pada akhbar tempatan di wilayah Dakhalia.
Sumber kamuntingcentral.blogspot
Wayang si jubo Takut Kan Permatang Pauh Tolak PR
Beliau yang menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 penyokongnya di Kubang Semang petang tadi berkata, keputusan akan diumumkan di dalam ceramah umum di Taman Pauh malam ini.
"Saya akan menghubungi beberapa pemimpin tertinggi untuk berbincang sebelum membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu, JUBRI turut membayangkan akan bertanding di Parlimen Tambun bagi mengukuhkan tiga kerusi yang dikuasai PR iaitu Parit Buntar, Bagan Serai dan Gopeng.
"Ini bukanlah bermaksud yang saya tidak menghargai sokongan penduduk Permatang Pauh selama ini, namun tujuannya adalah untuk menguatkan lagi sokongan di sana," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengesyorkan Ketua Srikandi Keadilan Malaysia, Siti Aisyah Shaik Ismail sebagai calon sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun.
"Ia merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan kedudukan di sana dan saya percaya sokongan padu tetap akan diberi penyokong sempena pilihan raya kali ini," katanya.
sumber AKHBAR TEMPATAN
Petikan Soal Jawab Bukti Nik Aziz Sesat 4
8.
Soalan : Satu ketika dulu semasa UMNO menjadi kerajaan di negeri Kedah
berlaku kemarau panas hingga memusnahkan semua tanaman padi. Ketika itu
ada penceramah PAS berkata bahawa Allah telah turun bala ke atas rakyat
negeri Kedah kerana tidak mengundi PAS. Beberapa tahun selepas kejadian
itu, berlaku lagi kemarau panas semasa PAS menjadi kerajaan di negeri
Kedah. Penceramah PAS yang sama berkata bahawa Allah hendak menguji
rakyat negeri Kedah. Apa komen saudara Airborne ? mana satu yang betul
?.
Jawapan
: Itu penceramah upahan PAS. Penceramah lidah bercabang dan tiada
pendirian. Penceramah seperti itu memang banyak dalam PAS. Penceramah
hanya cari makan dalam politik PAS. Jangan percayalah.
9.
Soalan : Apa hukumnya seorang pemimpin tertinggi PAS di negeri Perak
membakar lilin bertakafur seperti orang beragama Buddha di majlis
memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh pada satu ketika dulu di
mana Nik Aziz kata tak apa, dan ia dibenarkan oleh Islam kata Nik Aziz.
Apa komen saudara Airborne ?
Jawapan
: Hukumnya adalah haram dan mesti bertaubat. Jika perkara sama
dilakukan oleh pemimpin UMNO sudah pastilah Nik Aziz kata haram. Jika ia
dilakukan oleh pemimpin PAS pastilah Nik Aziz kata “tak apa” untuk
membelanya. Itulah wajah-wajah Nik Aziz yang bertopengkan Islam. Jangan
percayalah cakap Nik Aziz tu ! rosak nanti.
10.
Soalan : Semasa hari majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak
oleh Dr. Zambry pada tahun 2009, terdapat rusuhan kecil dilakukan oleh
penyokong PAS, dan ada yang baringkan badannya di atas jalan raya untuk
menghalang kereta pembesar Perak bergerak. Katakanlah, jika mati
dilanggar kereta ketika itu, adakah mati syahid? Apa komen saudara
Airborne ?
Jawapan : Tak adalah, itu “mati katak” namanya.
11. Soalan:
Apa hukumnya penyokong-penyokong PAS di hari penamaan calon PRK yang
memakai jubah dan berkopiah putih mengibarkan bendera DAP sambil
melaung-laungkan ucapan takbir, sedangkan parti DAP ialah sebuah parti
yang diterajui oleh orang-orang kafir dan secara langsung menentang
penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Apa hukumnya saudara Airborne?
Jawapan
: Hukumnya adalah haram kerana berusaha untuk menaikkan imej serta
kemenangan kepada parti DAP yang memang terkenal anti-Islam,
anti-peruntukan masjid, anti-laungan azan waktu Subuh dan berbagai-bagai
lagi.
12.
Soalan : Saya lihat imej Islam yang ada pada Nik Aziz, Haji Hadi dan
Ketua Pemuda PAS Pusat sangat tinggi. Namun serban yang mereka pakai itu
sangat berlainan di antara satu sama lain. Serban siapa yang lebih baik
di antara mereka bertiga? Adakah itu sunnah Rasulullah s.a.w.?
Jawapan :
a. Hari
ini tidak siapa tahu macam mana bentuk serban Rasulullah s.a.w. Jika
benar serban Nik Aziz, atau Haji Hadi atau pun Ketua Pemuda PAS Pusat
itu benar-benar ada persamaan dengan serban Rasulullah, kenapa pula
serban jenis itu langsung tidak dipakai oleh penduduk Madinah atau
penduduk Mekah? Ketahuilah bahawa orang-orang Islam di kedua-dua Kota
Suci itu sangat kuat atau sangat tebal mengamalkan sunnah Rasulullah.
Izzah gagal dapat perintah mahkamah
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan nama-nama pengundi yang meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai.
Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh Nurul Izzah.
Naib Presiden PKR itu menuntut suatu perisytiharaan bahawa keenggan Ketua Pendaftar SPR membatalkan nama-nama pengundi dalam senarai daftar pemilih induk Lembah Pantai 2011 dan daftar pemilih tambahan suku kedua 2012 di kawasannya adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.
Pada 22 Mac lepas, Nurul Izzah dan seorang pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai, Kadir Sultan Abd Majid memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pendaftar SPR, SPR, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan daripada peguam Nurul Izzah, Edmund Bon dan Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Suzana Atan yang mewakili pihak responden.
Amarjeet memberitahu pemberita bahawa hakim berpendapat bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak, menolak atau mengetepikan daftar pemilih selepas ia diwartakan mengikut Seksyen 9(A) Akta Pilihan Raya 1958.
Beliau berkata, hakim juga berpendirian bahawa tidak ada alasan untuk semakan kehakiman oleh pemohon (Nurul Izzah dan Kadir Sultan) kerana Ketua Pendaftar tidak membuat keputusan atau menggugurkan nama dalam senarai daftar pemilih.
"Pemohon telah menghantar tiga pucuk surat kepada Ketua Pendaftar bertarikh 4 Mac dan beliau (Ketua Pendaftar) membalas surat itu dengan menyatakan beliau sedang meneliti perkara itu. Jadi tidak ada keputusan daripadanya," kata Amarjeet.
Sementara itu, Edmund berkata beliau akan membincangkan dengan anak guamnya sama ada mahu merayu terhadap keputusan itu.
Dalam permohonannya, Nurul Izzah mendakwa semakan daftar pemilih menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 4,637 pengundi dengan alamat tidak lengkap, 133 pengundi bukan menetap di Lembah Pantai dan tiga pengundi meninggal dunia masih tersenarai sebagai pemilih di kawasannya. - Bernama
Rahsia Langsingkan Badan
Rata-rata wanita Jepun memiliki tubuh yang langsing. Bukan hanya itu. Mereka juga memiliki kulit putih yang tampak bersinar. Apa sebenarnya rahsia cantik dan langsing mereka? Ternyata, turutan makan dan cara mereka makan menjadi rahsia di balik tubuh indah yang dimiliki wanita Jepun. Berikut adalah cara membentuk tubuh indah ala wanita Jepun, seperti dinyatakan Healthypro.org.
1. Menikmati makanan
Warga Jepun memiliki bentuk makan sihat yang meliputi pemggunaan makanan rendah kalorinya yang lazat. Selain itu, makanannya pun disajikan dengan cara yang menarik dan sedap dipandang oleh mata. Inilah yang membuat mereka makan dengan perlahan dan betul-betul menikmati makanan mereka. Menikmati makanan yang anda makan dapat menaikkan nafsu makan.
2. Disajikan dalam bahagian kecil
Di Jepun, makanan selalu disajikan dalam piring dan mangkuk kecil. Hal ini disebabkan orang boleh makan 45 persen lebih banyak dari bahagian biasanya, ketika sebuah makanan disajikan dalam bahagian lebih besar.
3. Sangat senang dengan sayuran
Jepun merupakan salah satu negara yang gila dengan sayuran kerana hampir semua jenis makanan di Jepun mencampurkan berbagai-bagai sayuran. Sebanyak 4-5 jenis sayuran bahkan dapat disajikan dalam satu kali makan.
4. Lebih memilih ikan daripada daging
Orang Jepun lebih suka makan ikan daripada daging. Jenis ikan segar seperti salmon, tuna, mackerel, sardin dan herring segar adalah makanan kegemaran warga Jepun. Dan ini merupakan sumber utama asam lemak omega-3 yang dikenali baik untuk jantung.
5. Pencuci mulut
Hidangan pencuci mulut khas Jepun adalah beragam jenis buahan yang dikupas, diiris dan diatur di atas piring cantik. Sedang menyantap buah-buahan yang segar, mereka biasanya menikmati secawan teh hijau Jepun yang kaya degan antioksidan.
6. Suka jalan kaki atau naik basikal
Naik basikal dan berjalan kaki merupakan sebahagian dari kehidupan seharian di Jepun. Jadi, tidak hairan jika mereka kuat berjalan jauh dan berusia lebih panjang.
Inilah cara sihat yang dilakukan wanita Jepun untuk mendapatkan tubuh yang menarik. Mari galakkan pola makanan hidup sihat yang baik untuk kesegaran tubuh bdan dan dapat memanjangkan usia.
Subscribe to:
Posts (Atom)