Monday, April 1, 2013
Dunia pelacuran alam gengster. . . .
Salah satu kegiatan organisasi gengster ialah melacur wanita wanita asing mahu pun tempatan . Maka akan wujud lah kepala bapak ayam ,ibu ayam untuk mempromosi kan anak-anak belaan mereka.Dan hasil dari lendir ini suku ke anak anak suku ke Bapak, Ibu, dan separuh hasil lendir ini diserah kan kepada Master Mind gengster.
Benarlah industri pelacuran merupakan satu industri tertua di dunia dan dikatakan mendapat sambutan tanpa mengira di mana saja ia dijalankan.
Sama ada ia dijalankan di hotel-hotel besar bertaraf lima bintang atau hanya beroperasi di lorong-lorong gelap dan hanyir, industri tidak bermoral ini tetap mendapat sambutan yang amat mengalak kan.
Bak kata pepatah ekonomi, di mana ada permintaan di situ ada penawaran’
Peliknya nafsu manusia ini, mereka sanggup melanggan pelacur di mana saja ia ditawarkan, walau berapa bayaran yang dikenakan atau bahaya penyakit yang menanti mereka.
Lorong Hj. Taib yang terletak di antara Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Laut ,hotel hotel bertaraf lima bintang menjadi sasaran pelacuran oleh bapak dan ibu ayam .
Namun setelah lorong yang hanyir itu kerap diserbu pihak berkuasa, diubah suai suasananya untuk menjadi lebih terang dan selamat, kawasan panas itu boleh dikatakan agak ‘bersih’ dari sindiket menjijikkan itu.
Nota: Ilustrasi dibawah hanya hiasan sahaja.
Gila!!!! 20 Tahun Dirogol....
KUALA LUMPUR – Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah.
Sepanjang tempoh itu, dia dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki yang berusia lewat 20-an yang bagaikan mendapat kerelaan daripada kakak angkat mangsa sendiri.
Malah, setiap kali mangsa dinodai lelaki durjana itu, wanita berkenaan yang juga kekasihnya turut berada di lokasi sama. Itulah nasib malang terpaksa dilalui seorang remaja berusia 14 tahun akibat melarikan diri dari rumahnya selepas diperangkap pasangan kekasih itu.
Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu.
Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota.
Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang.
“Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa.
“Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu.
“Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman.
Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya, pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota.
Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu ‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula. “Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya.
Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan.
Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut. – Maklumat.my
Naluri Lelaki Menyukai Perempuan Buah Dada Besar
Daripada kajian sains. Adalah naluri lelaki menyukai perempuan buah dada besar kerana ia menandakan kemampuan untuk mengandung dan menyusukan anak.
Bahagian tubuh seperti buah dada dan punggung adalah kawasan dimana lemak DHA iaitu lemak untuk kecergasan otak disimpan. Sebab itu isteri anda akan membesar badan di kawasan-kawasan buah dada dan punggung. Yang penting, galakan isteri untuk makan ikan dan lebih baik lagi sekiranya minyak ikan. Ibu sihat, otak anak pun sihat.
Sebab itu adalah penting kepada ibu yang membesarkan bayi, sedaya boleh menyusukan anak selama yang boleh. Lemak simpanan dikawasan payu dara dan punggung boleh susut dengan sendiri kerana ia ditukarkan kepada susu ibu dan diberikan kepada anak melalui susu ibu.
10 GENSTER POPULAR
Aryan Brotherhood (AB,The Brand)
Mexican Mafia (La eMe)
The Mungiki (Kenyan Mafia)
Primeiro Comanda da Capital (PCC)
Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard)
La Nuestra Familia
Texas Syndicate (Texas 7)
Crips
Bloods
Mara Salvatrucha (MS-13)
|
AL CAPONE MAFIA ITALY US
Siapa yang minat nak tahu pasal Al Capone, boleh tengok semula filem Untouchables. Boleh cari DVDnya. Tak pun boleh juga dow…..errrm…ehem. Dalam filem tersebut, Robert De Niro memegang watak sebagai Al Capone. Memang brutal habis filem tersebut dan paling pentingnya karakter Al Capone itu sendiri yang cukup dikenali sebagai penjenayah yang amal kejam dan brutal.
Satu lagi filem Godfather yang mana Mario Puzo memegang watak sebagai Al Capone. Kalau dekat laman-laman review filem di luar negara sana, inilah filem paling gangster sehingga ke hari ini. Itu kata mereka. Pendapat kami memang terbaik. Dah…dah kami bukan nak cerita pasal filem.
Gambar senjata api yang cukup terkenal dikalangan mafia sekitar tahun 30-40 an. Thompson Submachine Gun ‘Tommy Gun’ namanya.
Ya…..Al Capone merupakan gangster terkenal Itali-Amerika sekitar tahun 1920 dan 1930-an
Menjelang akhir tahun 1920-an, Biro Siasatan Persekutuan telah meletakkan Capone pada senarai “Most Wanted”
Kejatuhan Al Capone bermula pada tahun 1931 apabila beliau didakwa dan akhirnya Al Capone berjaya disabitkan bersalah oleh kerajaan persekutuan di atas jenayah pengelakan cukai pendapatan padahal berapa ramai yang mati disebabkan kekejaman Al Capone
Al Capone ini jugalah di antara yang mula-mula mendapat idea mengenai money laundring. (Penjahat yang bijak mengambil peluang haram)
Gambar isteri Al Capone, Mae Capone.
Hotel Lexington yang terletak di Chicago. Apa kena mengena gambar ini dengan Al Capone? Inilah dia HQ Al Capone dahulu. (Siapa yang tengok filem Untouchables, macam sama sahaja kan hotel ini dalam filem? Ker sama tetepi tak serupa? Gambar hotel ini diambil pada tahun 1986. Sekarang kalau pergi, tak hilang menyembah bumi, dah roboh dah pun.
Ini pula gambar rumah Al Capone. Rumah ini dibeli semasa beliau berumur 20 an yang terletak di sekitar Florida. Selepas beliau keluar Alcatraz, Al Capone tinggal di rumah ini sampai mati. Mesti ada yang tertanya-tanya apa dia Alcatraz itu? Nah inilah gambar Alcatraz (dahulu, merupakan penjara yang terletak di San Fransisco, Florida, USA).
Semasa melawat Al Capone di Alcatraz, isterinya akan menutup muka dengan mink coat setiap kali ada jurugambar yang mahu mengambil gambarnya.
Al Capone aka al scarface Capone, selepas sahaja beliau keluar daripada penjara kebanyakan keluarga besar mafia tidak mahu menyokongnya disebabkan perlakuannya yang dianggap mereka terlampau ganas. Sampai macam itu sekali. Akhirnya, selepas beberapa lama Al Capone mati disebabkan penyakit sypillis.
Botak Chin gengster malaya!!
Wong Swee Chin.
Wong Swee Chin atau lebih terkenal sebagai Botak Chin (lahir 1951 di Kuala Lumpur) adalah seorang penjenayah terkenal di Malaysia.
Kehidupan awal
Botak Chin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpurpada tahun 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah Inggeris.
Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Di sinilah,Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap (Geng 360) yang menguasai kawasan itu.
Selepas emaknya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan-kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum dengan kehebatan rakannya sebagai gangster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertama pada 19 April 1969.
Geng sendiri
Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September 1969. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.
Dia cuba menjadi seperti orang lain, tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya. April 1975, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chin) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Sebulan kemudian, Botak Chin pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia membeli senjata api. Botak Chin tidak menunggu lama dan pada 2 Jun, sebuah pusat perjudian haram di Sentul dirompak RM5,800. Dengan duit itu, dia pergi lagi ke Thailand membeli lapan senjata api, menjadikan kesemuanya sebanyak 11 serta 100 butir peluru.
Kawasan lombong tinggal di Kepong menjadi medan dia berlatih menembak dengan anjing liar sebagai antara sasaran tembakan. Botak Chin berasa cukup hebat dan secara terang-terangan mempamerkan senjata apinya di pasar Sentul. Orang yang melihat tidak berani berkata apa-apa kerana takut menjadi mangsa balas dendam.
Pada 20 Julai, sebuah bank di Jalan Imbi menjadi sasaran rompakan dan RM95,000 berjaya dilarikan. Dengan RM25,000 sebagai bahagiannya, Botak Chin membeli sebuah kereta Datsun dan melalui rakannya, dia membayar RM3,600 sebagai deposit. Tetapi tidak diketahui sama ada dia membayar ansuran bulanan selepas itu.
Sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer kemudian menjadi sasaran. Beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga lain.
Kemunculan semula Botak Chin dengan siri rompakannya mendapat perhatian polis dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Kulasingam ditugaskan memburunya hingga ke lubang cacing.
Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala koboi.
Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya. Di Segambut Dalam, selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver. Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.
Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi ini tidak menghalang dia terus melakukan rompakan.
Rompakan terbesar ialah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.
Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.
Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom. Seterusnya selepas perancangan rapi polis, akhirnya Botak Chin sendiri terjerat pada malam 16 Februari 1976.
Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Peguamnya, Jagjit Singh, membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Majlis Privi yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.
Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah dia mendakwa dirinya sebagai Robin Hood moden, kononnya merompak orang kaya untuk menolong orang miskin. Ada juga yang berpendapat bahawa namanya- 'Botak' Chin- sebenarnya merupakan akronim untuk "Bantu Orang Tak Ada Kerja". Menurut pakar psikiatri dan bekas pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tan Sri Dr M. Mahadevan, Botak Chin merupakan seorang jenius sesat ("Misguided genius"). Inilah kesimpulan beliau setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan sama ada Botak Chin cukup waras untuk dibicara di mahkamah. Botak Chin akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.
Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981. Ironinya ialah Botak Chin akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sebab memiliki senjata api.
Subscribe to:
Posts (Atom)