Monday, May 20, 2013

PAS DIJANGKA DIKUASAI SEMULA KUMPULAN PRO-ULAMA, SATU LAGI LANGKAH KE ARAH PERPADUAN

Pas dijangka akan menyusun semula barisan kepimpinan partinya ekoran Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) lapor sumber Akademi Al Quran yang bakal dibarisi oleh kumpulan kumpulan pro-ulama.  

Dalam PRU 13, beberapa pemimpin tertinggi Pas telah tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

“Info diterima: Husam Musa sebenarnya banyak masalah dengan pihak istana bukan hal politik sahaja, beliau tahu dia dipulau oleh Pas Kelantan, cuma sekarang kita tunggu Muktamar nanti. 

“Dengar ceritanya Pas akan struktur balik semua ahlinya akan menyokong golongan Ulama dari golongan pro Pakatan Rakyat (DAP dan PKR), sekarang pun kalau kita tengok anggota dewan ulama PAS sudah menyusun orangnya yang menyebabkan Tuan Guru Nik Aziz sendiri rasa bersedih dan tidak mahu memegang jawatan Mursyidul Am Pas, tapi Presiden PAs masih memujuk beliau.

“Apapun angin bertiup mengatakan sokongan ulama Pas lebih memihak kepada pertukaran baru pada Mursyidul Am Pas, jika tidak berlaku sekarang akan berlaku pada Muktamar nanti sokongan ahli kepada Ulama Pas memerintah dalam Pas itu sendiri. 

“Mat Sabu mungkin akan kalah besar kali ini dan diganti oleh orang lain Timbalan Presiden Pas begitu juga beberapa ahli PAS yang pro Pakatan rakyat bakal jatuh kali ini,” kata sumber dari laman sosial akademi Al Quran

Dalam PRU 13, walaupun Pas menghantar calon lebih ramai daripada DAP, iaitu Pas 73 dan DAP 51, namun keputusan PRU memihak kepada DAP 38 dan Pas 21. 

Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas paling tinggi menghantar calon iaitu seramai 236, namun DAP berjaya memintasnya, apabila DAP memenangi 95 orang daripada 103 calon yang dihantar.

Sebaliknya Pas menang 85 orang dan kalah kepada calon BN seramai 151 orang.




Sumber...

Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing..


 Keghairahan pembangkang menuduh rakyat Malaysia sebagai pengundi asing terus memakan diri selepas satu persatu pembohongan mereka didedahkan kepada umum.
Selepas lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan baru-baru ini mengaku melakukan tuduhan melulu terhadap seorang penyokong pakatan pembangkang sendiri dengan mendakwanya seorang warga Bangladesh, Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming pula tampil memohon maaf atas tuduhan serupa.
Dalam laporan yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Kian Ming dikatakan mahu berjumpa secara peribadi dengan Chua Lai Fatt dan keluarganya bagi memohon maaf kerana menuduhnya sebagai warga asing.
Kian Ming sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dilaporkan menjadikan Lai Fatt yang secara fizikalnya kelihatan seperti orang India sebagai salah satu kes penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya memberikan MyKad kepada warga asing.
Walau bagaimanapun, Lai Fatt sebenarnya merupakan rakyat Malaysia berketurunan India tetapi dipelihara keluarga Cina di Klang yang turut memberikannya nama tersebut.
Sejak menyedari kesilapan itu, menurut laporan tersebut, Kian Ming telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar Cina kerana secara salah menuduhnya sebagai pengundi asing.
Awal bulan ini, Suara Keadilan mengaku melakukan tuduhan melulu terhadap seorang penyokong pakatan pembangkang sendiri dengan mendakwanya seorang warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu.
Ahli PKR itu, Ali Mydin turut dituduh gagal menyanyikan lagu Negaraku melalui laporan bertajuk 'Bangla gelabah tunjuk dua kad' pada edisi 120 akhbar dwimingguan itu dengan menyiarkan gambarnya.



Sumber utusan ...


Pengganas Kiram sewa senjata MNLF

Desas-desus mengaitkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam insiden pencerobohan di Sabah ternyata benar apabila hasil siasatan polis mendapati pengganas Kiram menyewa senjata api daripada kumpulan itu.
Menurut sumber, perkara itu didedahkan sendiri oleh kumpulan pengganas terbabit yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) baru-baru ini.
"Di Pulau Jolo, kumpulan pengganas Kiram merupakan kelompok yang paling lemah dari segi kewangan serta kekuatan senjata api berbanding kumpulan lain seperti MNLF, kumpulan Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah, lanun dan kumpulan penculik.
"Oleh sebab itu, mereka terpaksa meminjam senjata api daripada MNLF serta mendapatkan pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup," katanya ketika ditemui semalam.
Sumber itu berkata, selain pembongkaran itu, polis turut menemui carta organisasi 'kerajaan' pilihan mereka yang menampilkan Sultan serta Perdana Menteri pilihan mereka sekiranya berjaya menakluk Sabah.
"Carta itu ditemui ketika polis menahan Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali, 57, di Kota Kinabalu pada 4 April lalu," ujarnya.
Menurut sumber itu lagi, kumpulan pengganas yang miskin tersebut mendapat pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup selain menjual pingat 'Darjah Kebesaran' mereka.
"Mereka menjual pingat kebesaran tersebut dengan harga antara RM10,000 ke RM15,000 mengikut kedudukan.
"Dianggarkan berpuluh individu daripada pelbagai latar belakang seperti peniaga yang membeli pingat Datuk atau Datuk Seri daripada mereka. Dipercayai wang hasil penjualan pingat itu turut digunakan bagi membiayai gerakan kumpulan pengganas," ujarnya.
Kata sumber itu lagi, kumpulan pengganas Kiram yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) ini, sanggup berbuat apa saja termasuk menceroboh Sabah demi mendapatkan pengiktirafan.
"Mereka ini hanya ada nama sahaja namun tiada daulat," ujarnya.




Sumber  utusan 

Nasihat Nalla kepada Anwar

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.
Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.
Malah, beliau secara sinis menyeru seluruh rakyat Malaysia 'menghadiahkan' Anwar sebuah kerusi dari rumah masing-masing bagi mententeramkan keadaan mental Anwar yang terus kemaruk menjadi Perdana Menteri.
"Sebelum ini Anwar dakwa sakit belakang dan mendapat rawatan di Jerman, jadi saya syorkan Anwar jalani pemeriksaan mental di Perancis kerana negara itu mempunyai kemudahan rawatan sakit mental yang hebat dan sesuai dengan kes teruk seperti dialaminya sekarang.
"Saya ingin sekali lagi mengingatkan Anwar jangan mengheret rakyat turun ke jalan raya hanya kerana ingin memenuhi nafsu sendiri yang terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri. Anwar boleh terus mencuba dalam lima tahun lagi tetapi perlu mengikut peraturan sesuai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) mengulas tindakan Anwar meneruskan usaha mengajak rakyat menyertai demonstrasi di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang jelas tidak memihak kepada pembangkang.
Anwar juga secara berterusan mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dibantu siri penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggunakan alasan tersebut bagi menghasut rakyat berdemontrasi.
Lebih malang, Anwar juga menidakkan kemenangan BN dengan alasan pakatan pembangkang memenangi lebih banyak undi popular sedangkan sistem demokrasi Malaysia memperuntukkan kemenangan kepada BN yang memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak (first-past-the post system).
Nallakaruppan menambah, langkah Anwar mengadakan siri perhimpunan haram seperti di Stadium Kelana Jaya, dekat ibu kota 8 Mei lalu menyebabkan kesesakan lalu-lintas teruk di kawasan sekitar sekali gus menyusahkan rakyat.
"Jangan kerana hendak memuaskan nafsu sendiri, Anwar sanggup mencabar sistem demokrasi negara, menganggu pentadbiran kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyusahkan rakyat kerana ini sangat kebudak-budakkan," katanya.



Sumber


AZMIN BETUL DI BELAKANG, ZAHID HAMIDI BETUL DI DEPAN

Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan,atau pun Azmin yang kepura-puraan bergaduh jawatan dengan Khalid Ibrahim supaya jawatan MB terus kekal kepada PKR walaupun PAS lebih berhak dan layak. Bukankah Azmin sengaja berlakon bergaduh dengan Khalid Ibrahim supaya PAS tidak ada kesempatan mencelahkan diri mereka sebagai MB Selangor? Bijak sungguh kepura-puraan Azmin menuruti plot cerita yang diarah Anwar Ibrahim, dalam diam menikam PAS.


"Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'? kata Azmin, atau kah soalan itu berbunyi begini "Adakah ini cara Anwar menunjukkan 'nilai kenegaraannya dengan malu untuk menerima kekalahan?".



"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh. Atau sebenarnya ayat Azmin berbunyi begini, "Tahniah, Anwar! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai kegagalan pengisyhtiharan sebagai Perdana Menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap jelek dan tolol kamu.



"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara,” kata Azmin. Atau Azmin berhajat bercakap begini "Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan AnwarDAP yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara, jadi dengarlah seruan Agonng supaya menghormatikeputusan PRU13, janganlah berbuat bodoh Anwar di jalanraya, menyusahkan rakyat saja".



Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas termasuklah di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, juga di Permatang Pauh dan Gelang Patah.



“Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar,” katanya. Maksud Azmin ialah "Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistematik DAP dalam CEC dan juga penipuan sistematik Anwar yang sengaja tidak faham mana lebih besar di anntara 133 dengan 89. Penipuan sistematik berskala besar yang dilakukan Anwar dan DAP ini disembunyikan dengan mendiamkan diri dan menuduh orang lain pula, maksud di sebalik kata-kata Azmin.

Naib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya. Anwar memang pun nak jadi Presiden Malaysia pertama dengan sistem Republik, kerana Anwar tidak yakin sistem berparti membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Untuk menyelamatkan not-not RM500 dan RM1000 yang masih disimpannya di luar negara hanya dengan satu cara, menjadi Presiden pertama Malaysia dengan apa cara sekalipun, termasuklah cara Anwar Spring yang sedang diusahakannya sekarang ini.


Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.



Apa pandangan anda, di harap para pembaca setiap kali mendengar ucapan pembangkang hendaklah mentafsirkannya di belakang kata-kata mereka, kerana sudah menjadi tabiat mereka suka ikut belakang, suka rasa belakang dan suka main belakang. 

1 MALAYSIA: APA AGENDA DAP HINGGA TERLALU BANYAK RAHSIA? SEHIN...

1 MALAYSIA: APA AGENDA DAP HINGGA TERLALU BANYAK RAHSIA? SEHIN...: Rupanya DAP ni adalah sebuah parti yang bergerak macam pertubuhan haram juga. Apa tidaknya, kalau parti tu sememangnya untuk umum, tentun...

Siapakah Mereka Ini Yang Menjadikan Nik Aziz Sebagai Tuhan Selain Allah? Siapa! Lihat Buktinya.




Para pembaca yang budiman,

Mari kita lihat dan baca beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya,yang mana jika kita menyokong atau mengiyakan beberapa kesalahan dia, membawa kepada implikasi PENYEMBAHAN KEPADA NIK AZIZ.

Ini yang pertama dan yang terbaru. Persoalannya,bagaimana dia tahu! 1.Tolak Islam! 2. Tak dapat pahala!


2. Nik Aziz kata bahawa Nabi Muhammad serupa aje dengan Mat-Mat di kampung. Ini dikira menghina Nabi.Saya ada terangkan dalam tulisan saya yang lepas.

3. Dia ada menghina Allah bahawa pemilihan Nabi Muhammad itu seolah-olah secara Ad Hoc. Saya ada terangkan perkara ini dalam tulis saya yang lepas.

4. Sepertimana kenyataan yang dibuat oleh saudara Saidi; yang melihat akan kejadian KHALWAT didalam keretapi,bekas pengikut Parti PAS bahawa Allah telah mengampunkan dosanya. Bagaimana Nik Aziz tahu!

5. Semasa kemenangan Parti PAS di Kelantan sedikit masa dulu,Nik Aziz ada menyebut bahawa para malaikat membantu dan memberi kemenangan kepada Parti dia. Persoalannya,bagaimana dia tahu!

Pembaca yang budiman,

Ada banyak lagi kesalahan Nik aziz ini yang tidak perlu rasanya disebut, cukup sekadar 5 ni saja. 5 perkara yang saya sebutkan ini, jika PARA PENGIKUT dan PENYOKONGnya mengIYAkan atau memBENARkan dengan LISAN atau PERBUATAN maka tergolonglah mereka itu kedalam apa yang DISEBUT oleh Allah SWT dan DI PERJELASKAN oleh Rasulullah s.a.w.

Lihat bukti-buktinya:

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 31

" Mereka mengangkat pendeta-pendeta dan 'alim 'ulamanya menjadi Tuhan selain daripada Allah,begitu juga Al Masih anak Maryam,sedang mereka tiada disuruh,melainkan supaya menyembah Tuhan yang Esa,tiada Tuhan kecuali Dia. Mahasuci Tuhan daripada apa yang mereka persekutukan itu."

Ayat ini dijelaskan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At Turmudzi dan Ibnu Jarir:

Penduduk Madinah banyak membicarakan tentang kedatangan orang penting iaitu pemimpin Thaif bernama Adi bin Hatim. Sebenarnya Adi dipengaruhi oleh saudara perempuannya yang ditawan oleh tentera Islam lalu memeluk Islam kerana kebaikan ajaran agama Islam itu. Oleh itu, Adi bersetuju untuk bertemu dengan Rasulullah bersama rombongannya. Pada dadanya masih terjuntai KALUNG SALIB daripada perak. ketika dia masuk mengadap Rasulullah,KEBETULAN pula Baginda sedang membaca ayat seperti di atas.

Dari Adi bin Hatim: ' Ya Rasulullah,mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (Pendita-pendita dan Rahib-rahib). Rasulullah s.a.w. menjawab: "Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (Pendita-pendita dan Rahib-rahib) MEMBENARKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BENAR,dan mereka (Yahudi dan Nasrani) MEMATUHI MEREKA dan DENGAN BERBUAT DEMIKIAN MEREKA SEBENARNYA TELAH MENYEMBAH MEREKA (Pendita-pendita dan Rahib-rahib)." '

Penjelasan:

Dari segi PERBUATAN orang-orang Yahudi dan Nasrani memakai SALIB dileher. Mengapa? Ini kerana mereka mematuhi arahan Pendita dan Rahib mereka.

Dari segi LISAN pula, mereka MEMBENARKAN bahawa Nabi Isa Al Masihi itu ANAK TUHAN. Bahkan mereka MEMPERCAYAI konsep TRINITY iaitu 3 dalam 1.

Pembaca yang budiman,

Hanya dengan MEMBENARKAN dan MEMPERCAYAI sahaja, mereka telah DISABITKAN oleh Rasulullah telah MENYEMBAH TUHAN LAIN selain ALLAH.

Al Qur'an itu diturunkan BAGI MEMPERJELASKAN sesuatu kejadian bukan hanya khusus bagi KAUM TERTENTU sahaja bahkan menjadi PEDOMAN bagi umat Islam sahingga kiamat. Oleh itu, bagi mereka yang MEMBENARKAN dan MEMPERCAYAI perkara-perkara yang tidak benar yang disuarakan oleh PEMIMPIN PAS atau PKR seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim,BOLEH DISABITKAN dengan MENYEMBAH para Pemimpin ini. Dengan lain kata, PARA PENGIKUT dan PENYOKONG yang MEMBENARKAN atau MEMPERCAYAI perkara-perkara yang TIDAK BENAR yang disebut oleh Para Pemimpin mereka sebenarnya telah MENYEMBAH TUHAN LAIN selain Allah.

Nak Jadi Musyrik Ke?


Sumber..

Tabligh: Pengkianat Bangsa Dan Agama Islam! Lihat Bukti-Buk...

Tabligh: Pengkianat Bangsa Dan Agama Islam! Lihat Bukti-Buk...: Assalamu'alaikum. Pembaca yang budiman, Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 118: " Wahai orang-orang yang beriman,jang...

Tabligh: Semua Blogger Wajib Muat Naik Video Ini! Pengkiana...

Tabligh: Semua Blogger Wajib Muat Naik Video Ini! Pengkiana...: Assalamu'alaikum. Pembaca yang budiman, Hari ini saya ada menyiarkan postings terbaru, mendedahkan bukti-bukti daripada Al Qur'a...

Kepimpinan Ditaktor Dap...

Kiri Tan Tuan Tat, R. Ramanan, David Dass, Tunku Abdul Aziz

Kedegilan pemimpin DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) menunjukkan mereka khuatir akan kalah dalam pemilihan tersebut.

Berikut adalah kenyataan pemimpin-pemimpin akar umbi parti dan bekas pemimpinnya sebelum ini yang mempertikaikan tindakan kepimpinan DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berdolak-dalik dalam mengadakan semula pemilihan CEC:

Bimbang kalah

l Guan Eng didakwa takut kalah jika pemilihan CEC diadakan semula ekoran wujud keraguan dalam pengiraan undi pemilihan parti itu Disember lalu.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dilihat sengaja melengah-lengahkan masa juga menunjukkan sikap angkuhnya.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi tempoh yang panjang kepada DAP untuk menyelesaikan perkara tersebut, namun parti itu tidak memberi sebarang maklum balas.

l Guan Eng didakwa lebih rela melihat Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu daripada mengadakan pemilihan semula CEC.

Ini kerana beliau dikatakan bimbang tersingkir bersama konco-konconya jika DAP diarah mengadakan semula pemilihan itu melibatkan sebanyak 2,576 perwakilan termasuk 753 perwakilan yang tidak mengundi sebelum ini.

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, beliau ada mendengar khabar angin tentang Guan Eng yang risau keputusan pemilihan itu mungkin tidak akan berpihak kepadanya.

Takut disiasat

l Tindakan Guan Eng memanipulasi isi kandungan surat ROS kerana takut ROS meneruskan siasatan terhadap aduan oleh ahli-ahli DAP mengenai penipuan dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, sandiwara sama turut dimainkan bapanya, Lim Kit Siang yang menangis sebaik sahaja membaca surat ROS itu.

"Guan Eng berbohong mengenai isi kandungan surat ROS dan tindakan Kit Siang menangis ketika membaca surat ROS adalah taktik kotor mereka.

"Mereka takut jika ROS meneruskan siasatan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh ahli DAP mengenai penipuan dalam pemilihan CEC pada 15 Disember lalu," katanya.

Tutup pekung cauvinis

l Kemenangan Zairil Khir Johari dengan alasan kesilapan kiraan undi dalam pemilihan CEC DAP yang didakwa untuk menjaga hati orang Melayu terhadap parti itu gagal selepas ramai mempersoal status keturunan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu.

Persoalan itu timbul kerana jika dilihat daripada paras rupa, Zairil langsung tidak menampakkan ciri-ciri orang Melayu.

Sehubungan itu, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencabar Zairil mengadakan sidang akhbar berhubung keturunannya bagi mengelak kekeliruan orang ramai tentang status serta nama sebenarnya.

l Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak boleh mendabik dada dengan menjadikannya contoh untuk menafikan fakta parti itu bersifat cauvinis Cina.

Sebaliknya, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham meminta Karpal melihat di sekelilingnya bagaimana kaum lain disingkirkan daripada kepimpinan parti itu satu persatu.

David Dass berkata, Karpal sendiri tidak boleh berasa terlalu selamat kerana beliau sendiri mungkin disingkirkan tanpa belas kasihan pada suatu hari nanti selepas tidak lagi diperlukan.

Guan Eng angkuh

l Guan Eng digesa bertanggungjawab dan menjelaskan kepada semua ahli DAP mengapa selepas 40 hari beliau masih belum menyerahkan keputusan pemilihan CEC kepada ROS untuk pengesahan.

David Dass berkata, perkara itu menunjukkan sikap angkuh dan sombong Guan Eng yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.

l Keangkuhan pucuk pimpinan DAP semakin terserlah selepas mengetepikan desakan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli parti yang meminta pemilihan semula CEC dijalankan.

Bekas Naib Presidennya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu tidak peduli tentang tindakan ramai ahli-ahlinya mempertikai kesahihan lantikan anggota-anggota CEC selepas berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Walau bagaimanapun, jelasnya, DAP berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun proses pemilihan CEC parti pada Disember lalu dicemari kesilapan.



Sumber ...

ERA ZAHID TIADA AMARAN, TERUS TANGKAP JIKA MENGHASUT, KOO HAM KETAKUTAN

KOO HAM MULA KETAKUTAN DENGAN KETEGASAN ZAHID HAMIDI: "SAYA BUKAN MAHU MEMPERTIKAI INSTITUSI RAJA, SAYA TUJUKAN KEPADA MCA"
Adam Adli Abd. Halim  ditahan polis  mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan. 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Adam Adli ditangkap  tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsa.

Difahamkan, penahanan Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengajak orang ramai gulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU-13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.

Berikut di bawah kata-kata hasutan budak tak habis sekolah di Universiti tetapi berlagak pandai politik,

"Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen UMNO, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd. Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.

"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada,".

JAWAPAN KEPADA ADAM ADLI YANG TAK HABIS SEKOLAH (HAIWANMANUSIA) SEUMPAMANYA YANG TIDAK MENERIMA QADA DAN QADHAR ILAHI

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya, sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya betul-betul bersedia,''.

Tahniah diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri, bukan sahaja Anwar Ibrahim berdesingg telinga dan akal jumudnya, Adam Adli sudah ditangkap, kini Koo Ham belum disindir sudah ketakutan. Teruskan Dato Zahid, sejarah generasi akan datang akan menjadi saksi memuji ketegasanmu menjaga keselamatan dan ketenteraman negara kita. 

Mereka berdemo dengan jumlah kononnya 30 ribu orang, 20 ribu orang, 120 ribu orang walhal mereka lupa di dalam negara kita ada 30 Juta penduduk, ada 10Juta pengundi jikalau dicampur semua yang hadir tertipu demo-demo mereka itu 1% pun tidak sampai!

Malaysia Anuar Punya?

Anwar dengan marahsombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir dengan sebuah tulisan sahaja.

Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" .

Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.

Tatkala pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, tatkala pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.

Siapa menipu rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit?

Siapa tipu rakyat menggunakan nama Ulama besar Dr. Yusof Qardawi kononnya dialah seorang manusia paling layak menjadi Perdana Menteri! Walhal surat itu surat palsu yang dikarangnya sendiri.

Jika Anwar Ibrahim bukan menipu, tidak mungkin Azmin Ali menyuruhnya "musahabahlah kau Anwar", tidak mungkin Azmin Ali berkata "sudah bosan mengheret rakyat berdemo demi kepentingan peribadi".

NEGARA INI KAMU PUNYAKAH ANWAR?
Kami rakyat sudah bosan dengan kerenahmu, menyusahkan kami rakyat jelata yang mahu hidup aman dan damai. Kamu tahukah berapa ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ponteng kerja, balik awal kerana dipaksa menguruskan dan melibatkan diri dalam demo kamu?

Kamu ingat ini negara kamukah Anwar sehingga mengganggu fikiran mulia anak-anak kami dengan kata-kata Rasis dan Menghasut kamu. Apakah di Malaysia ini kamu tidak pandai bercakap mulia, berucap mahabbah, bersantun dan bersopan tanpa perlu mengheret rakyat ke tengah padang lalu kamu kotorkan padang itu, kamu rosakkan tandas dengan segala macam sampah, di luar stadium busuk dengan bekas makanan dan rokok-rokok kamu, sehingga kami anak-anak geli dan nak muntah bila lalu di kawasan itu. Kamu ingat ini negara kamu kah kamu suka hati buat begitu?

Kami tahulah kamu pelajar Sastera dengan keputusan kelas 3, tak mengapalah saya pun bukanlah pandai sangat tapi saya tahu membezakan angka 133 dengan 89. Saya tahu siapa menang siapa kalah!Yang saya tidak faham kenapa orang kalah tidak mengaku kalah masih menjerit-jerit meroyan dia menang! Anak saya tahun 1 pun tahu angka 89 lebih kecil daripada angka 133!

Kamu memang penipu Anwar Ibrahim, kamu kata SPR menipu tapi dalam diam-diam kamu sedang menyusun langkah untuk menghantar petisyen kepada SPR?  

Kamu Anwar sangat ketingggalan zaman, ketika PRU13 sudah berlalu diteruskan dengan pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuklah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Raja-Raja di Perlis, Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu,Pahang dan SPB Yang DiPertuan Agong turut bertitah supaya rakyat kembali bersatu...kamu pula masih lagi gila-gila bayang di tengah padang!

Kenapa kamu tidak beritahu Lim Kit Siang "sudahlah bro Kit Siang, kita dah kalah tak payahlah demo-demo ne, saya malu ne, saya dah tua ne,"...kenapa kamu tidak beritahu penaja-penaja kamu atau orang-orang di luar negara yang barangkali kamu pinjam wang mereka dengan janji-janji manis kamu beritahu kepada mereka "saya sudah kalah, sorilah kita cuba next PRU". Senang dan mudah.

Kalau semua itu kamu tidak boleh buat, apakah kerana kamu fikir negara ini kamu punya wahai Anwar Ibrahim, kamu menghina rakyat yang mahukan keamanan dan kedamaian dengan tipudemo-tipudemo kamu itu?

Pesanan dari luar negara: "Anwar, we don't need RCI on general election. We need urgently RCI on Lahad Datu!". Apa kamu ingat negara ini negara kamu kah Anwar hanya nak buat RCI pilihanraya PRU13, apa pasal tak buat RCI Lahad Datu yang membunuh dengan kejam lebih 10 perajurit negara? Saja nak sampaikan pesanan ini kepada Anwar, sampaikanlah kepadanya.

(artikel ini adalah kiriman emel, oleh Datuk S.)