Showing posts with label Nuar jubri. Show all posts
Showing posts with label Nuar jubri. Show all posts

Friday, May 3, 2013

Jubri jual Ugama Islam


Tidak lama dulu, kita diberitakan dengan dakwaan bahawa Anwar mendapat restu daripada Ulama Besar mesir Dr. Yusuf Qardawi untuk menjadi Perdana menteri.Ini menyebabkan pandangan tertumpu kearah beliau (Dr. Yusuf). ekoran tindakan Anwar Ibrahim itu, beliau tampil ke hadapan menafikan kenyataan Anwar Ibrahim.


Prof. Dr. Yusuf Qardawi, seorang ulama besar Mesir yang tidak asing kepada umat Islam di Malaysia. Beliau seorang yang dihormati kerana ilmu agamanya, kredebilitinya dan disiplin ilmu yang tinggi.

Dalam keadaan terdesak, Anwar Ibrahim telah berjumpa Dr. Yusof Qardawi untuk meminta sokongan dan mengadu kononnya dia dianiaya, maka tanpa menyiasat penipuan Anwar itu, berkatalah Dr. Yusof Qardawi secara umum bahawa orang yang teraniaya perlu ditolong. 

Kita harus ingat Anwar bukan fasih berbahasa Arab, kalau hendak dibandingkan dengan Dato’ Nasharudin Mat Isa bagai langit dengan bumi. Selepas menipu Dr. Yusuf Qardawi, maka dicananglah kononnya Dr. Yusof Qardawi menyokong Anwar walhal kenyataan Dr. Yusof Qardawi itu merujuk kepada sesiapa sahaja yang teraniaya secara umum. Betullah dalam kes mangsa-mangsa Anwar, memang benar iaitu mangsa-mangsa seks Anwar telah teraniaya dengan wang ringgit Anwar dan janji-janji Anwar!

Setelah mengetahui pembohongan Anwar, Dr. Yusof Qardawi membuat kenyataan tegas bahawa beliau tidak menyokong Anwar, sebaliknya Dr. Yusof Qardawi memberi Sokongan Terbuka kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim ditinggalkan ramai sahabat bertaraf ilmuan seperti Dr. Chandra Muzaffarkerana kegiatan seks Anwar yang luar biasa.Begitu juga ilmuan lain seperti Ustaz Ismail Mina, Dato’ Dr. Hassan Ali, Dato Nasharudin Mat Isa, Mufti Perak, Dewan Ulama PAS, Majlis Syura PAS malah tokoh-tokoh agama di dalam PAS sendiri menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Mereka mahukan Hj. Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang.


KENYATAAN AKHBAR PROF. DR. YUSOF QARDAWI MENYOKONG DS NAJIB SEBAGAI PM, BUKAN ANWAR.

Anwar Cipta Surat Palsu Dr. Yusof Qardawi
Selepas kegagalan membeli Saiful Bukhari, juga gagal membawa orang Thai kononnya seiras dengan wajahnya, juga gagal mendapatkan sokongan PAS untuk menerimanya sebagai PM, dalam keadaan terdesak Anwar mencipta satu lagi pembohongan maha besar iaitu menipu surat Palsu Dr. Yusof Qardawi! Anwar sanggup menipu siapa saja hatta Ulama!

Apakah Dr. Yusof Qardawi boleh menerima seorang pejuang LGBT, bolehkah Dr. Yusof Qardawi menerima seseorang yang mempermainkan Kalimah Allah yang suci, Apakah Dr. Yusof Qardawi boleh menerima seorang yang kaki seks, logikkah Dr. Yusof Qardawi menyokonh Anwar yang membela si Murtad Lina Joy. Sudah tentu dalam keadaan terdesak Anwar sanggup menipu siapa sahaja termasuk Dr. Yusof Qardawi dan rakyat Malaysia.

Pada 25 Febuari 2013, semasa pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat, mereka bergaduh lagi di mana PAS dan Haji Hadi Awang tidak mahu dan tidak bersetuju dengan pernyataan “Anwar sebagai PM Pakatan Rakyat”. PAS dan Haji Hadi Awang tidak mahu tandatangan deklarasi dan perjanjian Anwar sebagai PM kerana mereka sendiri menolak kaki seks menjawat jawatan PM!.

Malah Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura PAS iaitu dua badan tertinggi dalam PAS, menolak Anwar sebagai PM dan mereka tetap dengan pendirian mahukan Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Dalam satu pertemuan tertutup, Haji Hadi Awang dilapor berkata, “Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” (Sumber:Utara News).




Sebab Prof. Dr. Yusof Qardawi Tolak Anwar
Bagaimana Dr. Yusof Qardawi seorang ulama tersohor boleh menerima seorang manusia kaki seks yang telah membalun bukan sahaja wanita Melayu Islam, tetapi juga wanita Portugis Melaka, China Doll, malah lebih dasyat lagi lelaki pun ditaroknya sebagaimana dialami oleh seorang Driver bernama Azizan Abu Bakar, adik angkat lembutnya Sukma Darmawan, tukang bancuh kopinya Saiful Bukhari, malah Rahimi Osman budak pejabatnya pun hampir diliwatnya kata Rahimi sebelum dia cabut meninggalkan Anwar.(Rujukan:AIDC)

Ulama Dr. Yusof Qardawi menentang keras serangan Israel ke atas Palestin khususnya Semenanjung Gaza, walhal Anwar terang-terang menyokong kuat segala kepentingan Israel di dalam dunia. Kata Anwar, “I support all efforts to protect the security of Israeli’(Wall Street Journal). Hingga ke hari ini Anwar tidal pernah menarik balik sokongannya ke atas Israel yang telah membunuh jutaan umat Islam di Palestin!

Ternyata Anwar terdesak dan desperate untuk melakukan apa sahaja, termasuklah membuat surat Palsu Dr. Yusof Qardawi! Apatah lagi selepas Anwar gagal membawa masuk konon lelaki Thai yang seakan-akan wajahnya baru-baru ini. Menjelang 5 Mei 2013, Anwar akan melakukan apa sahaja hatta menulis surat Palsu Dr. Yusof Qardawi.

Dr. Yusof Qardawi amat benci kepada musuh-musuh Islam yang memainkan peranan di belakang tabir seperti Pertubuhan-pertubuhan Yahudi di Amerika dan di Jerman. Namun siapa tidak kenal Anwar menjadi ahli kepada barua-barua Yahudi, apakah kamu fikir Dr. Yusof Qardawi akan memberi sokongan kepada Anwar yang didalangi Yahudi dan Nasrani.

Anwar adalah ahli International Crisis Group (ICG) yang dinaungi Woodrow Wilson International Center sebuah NGO agung Yahudi yang melancarkan Deklarasi Belfast. Deklarasi ini memberi sokongan untuk membina Negara Haram Yahudi di atas tanah Palestin dan akan menyerang siapa-siapa yang mengkritik Yahusi dan Israel.

Fikir secara Islam, apakah Dr. Yusof Qardawi tergamak member sokongan kepada Anwar sedangkan dia tahu Anwar adalah proksi Yahudi dan Israel? Anwar menyokong Deklarasi Belfast itu, sebab itulah Anwar mempertahan Israel!


AHLI PAS TURUT BERSAMA HADI AWANG TOLAK PKR, SOKONG NAJIB


Dr.Yusof Qardawi Doakan Najib
Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak (11 Mac 2013).

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qardawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.


ANWAR BERSAMA KAKI ARAK JOSEPH ESTRADA


Anwar Cetak 1 Juta Surat Palsu Dr. Yusof Qardawi
Kepada seluruh umat Islam di Malaysia, ternyata surat yang sedang diedarkan oleh PKR itu adalah palsu dan penipuan untuk memaksa rakyat mengundinya. Dr. Yusof Qardawi tidak mungkin menyokong pelaku seks edict apatah lagi Anwar terang-terang berkata “I support all efforts to protect security of Israel”! Ianya bertentangan dengan sifat ilmuwan dan kredebiliti Dr. Yusof Qardawi.

Kita di Kelantan, dan menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia, supaya “jangan undi Anwar, jangan undi PKR kerana di belakang mereka ialah Yahudi, Israel, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Norman Fernandez yang kesemuanya satu pakej untuk menjatuhkan Islam dan Aqidah ummah”.

Di Kuantan, satu Malaysia terkejut bila Haji Hadi Awang dalam acara Simbolik memberi sokongan kepada Calon Bebas, dan Menolak Calon PKR/Anwar di Damak. Fahamilah signal Hadi Tolak Anwar!

Fahamilah, Dr. Yusof Qardawi telah ditipu Anwar. Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS menolak Anwar, Haji Hadi Awang menolak PKR. Kita kini bersatu menolak Anwar dan PKR. Jangan tunggu lagi, mari kita bersama-sama tolak PKR tolak DAP tolak Anwar. Selamatkan maruah Ulama Dr. Yusof Qardawi dari ditipu lagi oleh Anwar Ibrahim.

Thursday, May 2, 2013

PAPA HEBAT ANAK PON HEBAT !!! [VIDEO AKSI TERLARANG]




Tengok sendiri dan enjoy. Nurul dah mula lancarkan "Arab Spring" part-1untuk menghancurkan Malaysia.Boleh KlikSINI untuk tonton video tersebut

DOA daripada JERUSALEM buat @AnwarIbrahim dan Pakatan Rakyat!





Anda semua ingat lagi berita di atas? Masih lagi percaya label Anwar kawan baik Zionis itu adalah propaganda UMNO?


Mari kita sama-sama doakan kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU ini kerana penyokong mereka kini bukan sahaja ramai di Malaysia, malahan melimpah sehingga ke Israel. Selepas ini, bolehlah jemput mereka yang berdoa dalam GEREJA YAHUDI di bawah ini untuk berdoa bersama-sama, terutamanya penyokong PAS sebelum memulakan ceramah caci-maki pemimpin sesama Islam.


Sekarang ini, apa beza penyokong Pakatan dengan tentera Israel ya?


Jom sama-sama kita berdoa dengan GEREJA YAHUDI ini. AAAMEEEENN...

 
*Macai kata PAS tiada kena mengena dengan video di atas? Cuba tengok apa Presiden kamu kata tentang penyembelih kanak-kanak Palestin ini.

Wednesday, May 1, 2013

11 Orang Kuat PR Bakal Tumbang?!







Mungkin di kalangan sesetengah penyokong pembangkang, mereka agak teruja mendengar dan membaca pelbagai propaganda murahan PR yang mendabik dada bakal menang selesa dalam PRU-13 seterusnya menjadi Kerajaan Pusat pada keesokan harinya.

Hakikatnya, kebenaran amat pahit untuk ditelan apabila hasil tinjauan pendapat yang dilakukan sendiri oleh jentera PR menunjukkan gabungan tidak berdaftar itu bakal tewas teruk selain menyebabkan 11 orang pemimpin utamanya kalah di kawasan yang ditandingi.

Info ini didedahkan sendiri oleh sebuah blog pro PR, suarapakatanrakyat.com yang menyenaraikan semua 11 kerusi yang berisiko besar untuk kalah termasuklah 7 daripadanya merupakan kawasan yang dimenangi PR pada PRU 12 2008. Sumber asal maklumat ini datangnya dari pusat operasi PR di Tropicana.

11 kawasan yang dimaksudkan itu ialah Parlimen Putrajaya, Pulai, Pokok Sena, Shah Alam dan Pendang yang ditandingi pemimpin utama PAS, manakala bakinya ialah kawasan Parlimen ditandingi pemimpin utama PKR iaitu Kuantan, Lembah Pantai, Ampang, Padang Serai dan Bukit Katil. Satu lagi ialah Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP).

Maklumat yang didedahkan ini bagaimana pun tidaklah begitu mengejutkan kerana sebahagian besarnya memang diketahui umum sukar untuk dimenangi oleh PR apatah lagi di saat mood dan trend sokongan rakyat tika ini yang cenderung bersama BN.

Di mana-mana saja majlis atau program PR diadakan, kemeriahan sebenar sukar dirasai memandangkan rata-rata hadirin bukannya orang tempatan sebaliknya merupakan penyokong kerahan yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat semata-mata untuk menunjukkan PR masih berpengaruh.

Pendedahan oleh suarapakatanrakyat.com ini boleh dianggap satu pengisytiharan mengaku kalah. Itu secara umumnya.

Apa pun, ini bukan maksudnya BN sudah boleh goyang kaki kerana masih banyak yang perlu dilakukan samada untuk mengekalkan momentum sekarang atau pun bagi meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada BN sementara menantikan tiupan wisel penamat PRU-13 yang masih berbaki beberapa hari lagi. - Ziad Hasani

Saturday, April 27, 2013

Gambar Yang Penyokong Anwar Nak Sorok Dari Rakyat.





Makan sorang-sorang. Cakap sorang-sorang. Rakyat pun tengok dari jauh je.

Bandingkan dengan gambar dengan DS Najib.



Sumber : http://bumiyang.blogspot.com/2012/08/mengapa-anwar-dan-nik-aziz-suka.html

Makan dengan keluarga. Mudah disapa oleh rakyat yang ada dekat situ.

Jadi secara ikhlasnya, siapa sebenarnya yang mesra rakyat dan mudah didekati?

*Lu pikir la sendiri bro.