Saturday, April 20, 2013

KESILAPAN SPR TELAH MENGAKIBATKAN BARISAN NASIONAL KEHILANGAN PERAK & SELANGOR PADA PRU-12





Keputusan piliharaya 2008 telah menyaksikan dua negeri ini jatuh ke tangan pembangkang. Sekiranya diperhatikan dari carta diatas kemenangan sebenarnya memihak kepada BARISAN NASIONAL.


sumber dari laman spr.gov

BARISAN NASIONAL TELAH MEMENANGI 28 KERUSI DI PERAK
DAN 20 KERUSI DI SELANGOR.

Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.

Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.

Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.

Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.


*Amaran MyMassa kepada SPR, jangan ulangi kesilapan tahun 2008 kerana sampai penamaan calon pun PKR dan PAS masih bertanding menentang satu sama lain.

Tahukah Anda......?: Petikan Akhbar Cina

Tahukah Anda......?: Petikan Akhbar Cina: Petikan Dari Nanyang Siang Pau 1 Disember 2012 Opinion Yuanlun Persidangan UMNO kali ke-63 ini memang sudah dijangkakan menjadi manifest...

Tahukah Anda......?: Berubahlah.... Kalau Mahu Kekal Kuasa

Tahukah Anda......?: Berubahlah.... Kalau Mahu Kekal Kuasa: Keluar parti adalah jalan terakhir buat seorang ahli politik yang mempunyai perancangan untuk diri nya. Seorang ahli politik yang bercita c...

Kinta Menjerit : GEMPAR : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertand...

Kinta Menjerit : GEMPAR : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertand...: Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar hari ini mengu...

AZLI SHUKRI TODAY: Yang Tinggal Hanya Seluar Dalam..

AZLI SHUKRI TODAY: Yang Tinggal Hanya Seluar Dalam..: Nama Mustafar Ali tiada dalam senarai calon PAS. Dia tidak bertanding di mana-mana kawasan pun. Tak logik, jika tanpa isu besar - seorang...

Isteri Berkhalwat dengan Warga Myanmar






AMPANG - Akibat rumah tangga sedang retak, seorang isteri sanggup memenuhi keinginan nafsunya bersama lelaki lain.

Tindakan jijik mereka itu tidak bertahan lama apabila dihidu pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Pegawai masjid itu, Ahmad Nawi Osman berkata, dalam serbuan jam 3 pagi semalam, mereka dapati wanita berkenaan, berpakaian baju tidur, bersekedudukan dengan lelaki terbabit dalam rumah di Taman Kencana, dekat sini.

“Ketika kehadiran penguat kuasa, lelaki berkenaan yang hanya berseluar panjang, cuba meloloskan diri melalui pintu belakang, tetapi ditangkap sewaktu memanjat pagar di rumah teres itu,” katanya.

“Wanita itu warga Indonesia dan mempunyai dua anak, manakala pasangannya warga Myanmar bukan Islam dan bujang. Mereka bekerja kilang,” katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.

Tahukah Anda......?: Husam Lari Dari Tanggungjawab

Tahukah Anda......?: Husam Lari Dari Tanggungjawab: Mesti ramai yang rasa Dato’ Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya. Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan akan bertanding ...

AZLI SHUKRI TODAY: Lim Kit Siang Menangis : Air Mata Bohong!

AZLI SHUKRI TODAY: Lim Kit Siang Menangis : Air Mata Bohong!: Mengapa DAP bersungguh-sungguh mendakwa kononnya ROS (Pendaftar Pertubuhan) tidak membenarkan DAP menggunakan logo mereka sendiri dalam P...

Tukang masak dipenjara 17 tahun, sebat kerana ceroboh, samun dan rogol














PETALING JAYA - Seorang tukang masak dihukum penjara 17 tahun dan empatan sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas tiga kesalahan termasuk merogol seorang pekerja butik, dua tahun lepas.




Hakim Balqis Aini Mohd Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yosouf Mohd Haflan, 28, di akhir kes pembelaan.




Beliau menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama iaitu menceroboh dan penjara enam tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan menyamun.




Tertuduh dikenakan penjara sembilan tahun dan tiga sebatan atas tuduhan merogol.




Mahkamah juga memerintahkan Yusouf membayaw kos pendakwaan sebanyak RM1,000 serta wang pampasan RM2,000 kepada mangsa.




Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Yusouf didakwa bersama dua lagi yang masih bebas menceroboh sebuah premis di sini dan menyamun pekerja butik berusia 20-an, antara 3 pagi hingga 11 malam, 31 Julai 2011.


Dia juga didakwa merogol wanita itu pada pukul 4 pagi di tempat dan tarikh sama.




Bagaimanapun, Yusouf hanya perlu menjalani hukuman sembilan tahun selepas hakim menetapkan semua hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini.




Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam tertuduh, Abdul Rashid Tasin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan selesai.




Sebaliknya, mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM19,500 kepada RM22,500 dengan seorang penjamin.




Terdahulu, Abdul Rashid memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan isteri dan dua anak.




Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah memohon hukuman berat kerana ia merupakan kesalahan serius serta memberi kesan trauma kepada mangsa. - Bernama

DAP P. Pinang sembunyi pelaburan 'misteri'?










PULAU PINANG 18 April - Barisan Nasional (BN) negeri mendedahkan laporan media di China mengenai pelaburan 'misteri' bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di Wuhu yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Ketua Penerangan BN negeri, Tan Cheng Liang berkata, berdasarkan laporan akhbar Wuhu Daily dan sebuah stesen televisyen negara itu pada 2011 dengan jelas menyebut Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang mewakili kerajaan negeri telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pelaburan dalam bidang ekonomi, perdagangan, pertukaran budaya dan beberapa bidang lain.


Sehubungan itu, tegas Cheng Liang, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjawab tidak tahu sedangkan ia merupakan urusan rasmi kerajaan negeri.


Selain Mansor turut menyertai rombongan ke negara itu ialah dua Exco iaitu Law Choo Kiang dan Ong Kok Fooi di samping Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Hock Leong.


"Mansor pernah menjawab kepada media tempatan kunjungannya ke sana sekadar menandatangani MoU tanpa melibatkan jumlah pelaburan.


"Ini bukan perkara main-main kerana media China melaporkan perkara berbeza," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.


Sebelum ini Guan Eng mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai pelaburan berkenaan dan meminta soalan berkenaan diajukan kepada Mansor yang kemudiannya memaklumkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terlibat kerana ia merupakan urusan 'rasmi' kerajaan negeri.


Mengulas lanjut, Cheng Liang berkata, rakyat berhak tahu mengenai perkara berkenaan kerana melibatkan duit rakyat sebagai pembayar cukai.


"Selama ini kerajaan DAP Pulau Pinang sering melaungkan konsep slogan 'Cekap, Akauntabiliti dan Telus' (CAT) namun tidak mempraktikkan apabila menyembunyikan hal pelaburan yang bernilai cukup besar.


"Kami juga mahu Mansor menerangkan apa status terkini pelaburan berkenaan sama ada diteruskan, berjaya atau gagal. Apa pulangan yang diperoleh kerajaan negeri selepas dua tahun membuat pelaburan berkenaan," ujarnya.


Cheng Liang berkata, pihaknya memberi tempoh selama seminggu kepada Mansor untuk menjawab perkara itu.

Sanggup bawa 'pelakon' tetapi enggan sumpah



 





PULAU PINANG 18 April - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menampilkan seorang lelaki menyerupai beliau yang dikatakan 'pelakon' sebenar dalam rakaman video seks yang tersebar sebelum ini menimbulkan tanda tanya.


Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, beliau hairan kenapa Anwar sanggup membawa 'pelakon' dari Thailand dan tidak mahu bersumpah laknat jika benar tidak bersalah.


Selain itu, Aminah turut mempersoalkan kenapa Anwar mengambil masa begitu lama untuk membawa 'pelakon' berkenaan dan melakukannya ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dekat.


"Jika dia (Anwar) merasakan dirinya tidak melakukan perkara sumbang itu, kenapa tidak melakukan sumpah laknat? Kenapa perlu bawa 'pelakon' tersebut ke sini?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Malam esok, Anwar dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang menyerupai wajahnya di Madrasah An-Nahdhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, Permatang Pauh.


Ketua Pembangkang itu cuba membuktikan bahawa lelaki berkenaan merupakan individu sebenar dalam rakaman video seks yang tersebar sebelum ini.


Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan diri beliau dipercayai dengan seorang pelacur dari China dibuat 'Trio Datuk T' pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.


Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara.


Aminah menambah, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan perancangan Anwar itu.