Friday, April 5, 2013

Wayang si jubo Takut Kan Permatang Pauh Tolak PR





Anwar Ibrahim
  
  Ketua umum PKR,  AL JUBRI memberitahu yang beliau mempunyai masa kira-kira tiga jam lagi untuk berfikir sebelum mengumumkan kerusi yang akan ditandinginya.

Beliau yang menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira  300 penyokongnya di Kubang Semang petang tadi berkata, keputusan akan diumumkan di dalam ceramah umum di Taman Pauh malam ini.

"Saya akan menghubungi beberapa pemimpin tertinggi untuk berbincang sebelum membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu, JUBRI turut membayangkan akan bertanding di Parlimen Tambun bagi mengukuhkan tiga kerusi yang dikuasai PR iaitu Parit Buntar, Bagan Serai dan Gopeng.

"Ini bukanlah bermaksud yang saya tidak menghargai sokongan penduduk Permatang Pauh selama ini, namun tujuannya adalah untuk menguatkan lagi sokongan di sana," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesyorkan Ketua Srikandi Keadilan Malaysia, Siti Aisyah Shaik Ismail sebagai calon sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun.

"Ia merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan kedudukan di sana dan saya percaya sokongan padu tetap akan diberi penyokong sempena pilihan raya kali ini," katanya.

sumber AKHBAR TEMPATAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.