Sunday, April 28, 2013

Wanita Malaysia paling banyak curang.



Laporan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mendakwa wanita Malaysia menduduki tempat ketiga di dunia daripada segi bilangan yang curang terhadap pasangan masing-masing, dikatakan bercanggah dengan perolehan beberapa kajian yang pernah dijalankan di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon berkata, laporan itu dianggap mengejutkan kerana Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati perceraian yang berpunca daripada kecurangan suami atau isteri adalah tidak begitu serius.
Jelas beliau, kajian tersebut secara khusus mendapati punca utama perceraian adalah tiada persefahaman (41.8 peratus), tidak bertanggungjawab (11.4 peratus), curang (enam peratus) dan enggan dimadu (enam peratus).
Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas 3,312 pasangan pada 2005 pula mendapati hanya 1.8 peratus isteri dan 0.6 peratus suami berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Selain itu, berdasarkan kes-kes kaunseling yang pernah dikendalikan kaunselor LPPKN, antara punca perceraian adalah kurang perhatian dan penghargaan terhadap pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan laman sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas dan masalah lemah tenaga batin," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Dalam perkembangan sama, Noriah berkata, penyalahgunaan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menjalinkan hubungan sulit merupakan satu perkara yang menjadi kebimbangan memandangkan perbuatan itu sukar dikesan oleh pasangan.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.