Thursday, April 25, 2013

Hukum hudud kini jadi matlamat kedua Pas


 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran jelas bahawa hudud kini menjadi perkara kedua dalam perjuangan parti itu kerana keutamaan mereka sekarang adalah untuk membentuk kerajaan Pusat dengan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Nik Abdul Aziz memberikan gambaran itu kepada wartawan di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberikan 'restu' kepada penentang nombor satu hukum hudud Pas, Karpal Singh untuk menggunakan logo Pas dalam usaha Pengerusi DAP itu memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang.

Karpal selama ini bertegas menolak hukum hudud Pas. Malah, pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu beliau memberitahu kesediaan DAP menggunakan logo Pas tidak bermakna mereka menerima setiap dasar-dasar Pas. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.