Monday, April 22, 2013

#GE13:Pengundi Diminta Berhati-hati Dengan Pemerhati PRU Yang Ditaja Pembangkang! @IDEASMalaysia @tindakmalaysia






JK ternampak kelibat beberapa orang berkemeja putih dengan sticker 'Pemerhati PRU' tersemat pada baju mereka semasa hari penamaan calon tempohari. JK ada terdengar tentang perihal beberapa NGO yang kononnya menegakkan keadilan dengan menganjurkan sesi kursus untuk menjadi pemerhati PRU. Antara yang JK tahu ialah Tindak dan juga IDEAS. Namun satu persoalan yang berlegar-legar di pemikiran JK ialah tentang keneutralan pemerhati ini kerana beberapa rakan JK yang mengikuti kursus ini telah dapat melihat betapa 'biased'nya pemerhati ini ke arah pembangkang. Malah, semasa kursus, pemerhati ini siap diajar untuk mempertikai dan mempersoalkan sekecil-kecil tindakan SPR menjelang pilihanraya nanti. Dan yang paling mengejutkan adalah apabila Bekas Penyelaras Pemerhati dari IDEAS iaitu Amin Ahmad sudahpun disahkan bertanding atas tiket PKR di Kuala Perlis! Jadi bagaimana mereka mahu menzahirkan bahawasanya pemerhati pru ini bersih daripada sebarang kecenderungan politik?

Suka JK terangkan di sini bahawa PDRM dan SPR tidak melantik sebarang pemantau atau pemerhati sepanjang pilihanraya nanti, sila lihat kenyataan rasmi dari PDRM di sini:

POLIS TIDAK MELANTIK INDIVIDU ATAU KUMPULAN SEBAGAI PEMANTAU PRU13 

Kuala Lumpur, 15 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melantik individu atau kumpulan untuk menjadi pemantau insiden keganasan berkaitan politik, mahupun sebagai pemantau pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf menegaskan pemantauan sepanjang pilihan raya umum hanya dibuat oleh anggota polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

"Polis telah menerima banyak permohonan untuk menjadi pemantau PRU13 dan pemantau insiden keganasan politik. Saya tegaskan bahawa pemantauan sepanjang PRU13 hanya dibuat oleh polis, dan di mana perlu dan di mana terpakai oleh pihak SPR. 

"Tidak ada pemantauan dari mana-mana indvidu atau kumpulan atau mereka yang mengisytiharkan diri mereka sebagai pemantau untuk membuat pemantauan. Sama ada secara beruniform atau tidak adalah tidak dibenarkan," katanya pada taklimat PRU13 kepada wakil media di Bukit Aman di sini, hari ini. 

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan kepada PDRM untuk menjadi pemantau kerana PDRM mempunyai sistem dan mekanisme tersendiri. "Penugasan adalah mencukupi dan sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan keganasan atau ancaman, boleh buat laporan polis untuk disiasat dan sebagainya,' katanya.

Katanya, semalam sahaja, polis menerima sebanyak 70 laporan polis manakala sebanyak 16 tangkapan telah dibuat sejak Dewan Rakyat dibubar 3 April lepas.

Jika kita amati amanat dari PDRM ini nampak sangatlah NGO yang kononnya menubuhkan skuad pemerhati ini hanyalah sandiwara untuk menghalalkan kekecohan semasa PRU nanti. Dan JK sudah pasti puak pembangkanglah yang berlindung di sebalik NGO ini hanya untuk menimbulkan huru hara dan kontroversi supaya kekecohan ini boleh dilaporkan ke seluruh dunia. JK nasihatkan pengundi berhati-hati dengan pemerhati ini dan jika terdapat sebarang keraguan bolehlah segera melaporkan kepada pihak SPR ataupun PDRM.



Khas buat IDEAS, JK dengar akan ada beberapa kedutaan yang hanya menanti untuk diberi taklimat laporan oleh pemerhati pru ini. Adakah ini menunjukkan bahawa sememangnya ada campurtangan kuasa asing dalam kem pembangkang? Tidakkah ini akan melacurkan sistem raja berpelembagaan kita? JK tinggalkan anda dengan campurtangan tidak langsung dari Singapura terhadap pilihanraya Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.