Tuesday, April 9, 2013

Anwar punya hal lagi?



 

Azizan, Phahrolrazi dan Salleh kekal, PAS tubuh panel elak kemelut berulang
KUALA LUMPUR,

5 Mac — PAS Pusat hari ini membuat keputusan Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah, dan dua exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, perlu kembali semula sebagai exco negeri tersebut.
Malah parti berkenaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi mengelakkan kejadian di Kedah berulang di negeri pimpinan mereka.

Keputusan tersebut diputuskan selepas PAS Pusat mengadakan mesyuarat di Alor Setar pada malam Sabtu lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“PAS Pusat telah membuat keputusan bahawa Azizan akan kekal sebagai menteri besar, sementara Phahrolrazi dan Ismail perlu kembali semula kepada jawatan exco masing-masing,” kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali (gambar), ketika sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini.

“PAS juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama memantau, memberi pandangan untuk setiap negeri yang diterajui PAS.”

Menurut Mustafa, keputusan itu sudah dimaklumkan secara lisan kepada ketiga-tiga individu berkenaan, namun kenyataan rasmi belum diserahkan kepada mereka.

“Keputusan ini dibuat sendiri oleh Presiden PAS dalam mesyuarat tersebut,” katanya lagi. “Kami sudah maklumkan secara lisan kepada mereka yang terlibat, tetapi PAS Pusat belum mengeluarkan kenyataan rasmi kepada mereka.”

Bagaimanapun, menurut Mustafa, Ismail tidak hadir ketika mesyuarat di kediaman rasmi menteri besar Kedah itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang turut hadir ketika sidang media, berkata mesyuarat malam itu berjalan lancer dengan suasana harmoni dan kedua-dua pihak berhujah secara profesional.
“Kedua-dua pihak berhujah secara profesional dalam pertemuan itu, dan mereka bersetuju untuk menyerahkan segala keputusan kepada pimpinan PAS Pusat, dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk mematuhi setiap keputusan,” katanya.
Salahuddin telah ditugaskan untuk menyelesaikan kemelut di Kedah, dan beliau telah pergi ke negeri berkenaan pada 28 Febuari lalu bagi berjumpa dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat.

Phahrolrazi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.
Dr Ismail, Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, turut merupakan Timbalan
Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Difahamkan mereka enggan menerima lantikan itu kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.
PAS pusat sebelum ini telah memutuskan untuk campur tangan dalam krisis pentadbiran kerajaan negeri Kedah dengan menghantar Salahuddin sebagai perantara bagi menyelesaikan kemelut itu.

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.