Thursday, April 11, 2013

PANAS : RAHSIA JENERAL YANG MASUK PKR TERBONGKAR. #GE13

Sebelum ini, Jeneral Nyanyuk Jack Palance sudah kecut perut ekoran tindakan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis mengenai tindakannya yang telah membocorkan rahsia ketenteraan didalam ceramah-ceramah politik yang diberikan.


Hahaha... Pembohongan Jeneral Nyanyuk PKR yang kononnya telah menjadi HERO dalam menyelesaikan insiden Sauk terkantol lagi. Sebelum ini Tan Sri Md Hashim Hussien dikritik hebat kerana sanggup memanipulasi kes insiden Lahad Datu demi kepentingan politik pembangkang yang disertainya. Beliau telah menyamakan insiden Lahad Datu dengan insiden Sauk telah dikritik hebat mahalan ada yang menggelarkannya sebagai Jeneral Bangang.

Come on lah.. Orang awam pun rasanya boleh fikir dengan lurus bahawa kedua-dua insiden tersebut adalah berbeza dari sudut command, taktikal dan target. 



Dalam komennya mengenai insiden Sauk, beliau dengan bongkak dan CONFIDENTnya mendakwa:

"WE ACTUALLY MANAGE TO RESOLVE THE PROBLEM IN FOUR DAYS" 

Jeneral Nyanyuk Jack Palance (Bersara)

Fuuuuiiyyooooo.....

Tetapi, wira negara sebenar dalam insiden Sauk iaitu bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt jen Datuk Seri Mohd Zaini (Bersara) menempelak kenyataan Jeneral Nyanyuk Jack Palance. Rupa-rupanya Jeneral Nyanyuk Jack Palance tidak berada di lokasi insiden Sauk tetapi sudah siap sedia ke luar negara! 


Saya tidak pasti tujuan beliau ke luar negara, tetapi anda bayangkanlah...

Dalam pada masa negara dikejutkan dengan tindakan kumpulan Al Maunah mencuri senjata dari kem tentera dan mahu melancarkan serangan terhadap Yang Di Pertuan Agong, Jeneral Nyanyuk Jack Palance cepat-cepat packing barang dan siap sedia untuk terbang ke luar negara!

Ironinya, masih ramai macai di luar sana masih mengagung-agungkan Jeneral Nyanyuk Jack Palance yang akan bertanding di Parlimen Johor Bahru dan disebut-sebut sebagai bakal Menteri Pertahanan. Fuhhh....Tak dapat saya bayangkan sekiranya Ahli Parlimen JB dan portfolio MENHAN disandang oleh orang yang 'tak berapa lurus akalnya'... 


*MyMassa ingat Jeneral ni betul-betul hebat. Rupanya hebat menipu macam bos dia jugak.

DAP mau PM, Melayu jBOLEH JALAN LA.......

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

bakal Perdana Menteri ke 6 dan ke 7
"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

“Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika menyampaikan ceramah ‘Merungkai Kebenaran’ di Taman Skudai Kanan, di sini, malam kelmarin.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
bekas ahli PAS



Sementara itu, Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia turut menegaskan hasrat PR yang mahu menjadikan Malaysia dari negara mengamalkan sistem demokrasi kepada negara republik selepas berjaya menawan Putrajaya.

Presiden Jati
“Ia bukan lagi satu rahsia, sebaliknya akan menjadi kenyataan sekiranya orang ramai menabalkan Pakatan Rakyat selaku pemerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Melayu akan hilang langsung apabila PR menang dan berjaya menawan Putrajaya. Mereka akan menukar Malaysia bukan lagi menjadi negara bercorak kepada sistem demokrasi, tetapi menjadikan negara sebagai republik,” katanya.

Satu sesi bicara balas tentang perdana menteri bukan Melayu menemui titik persilangan menarik apabila satu-satunya tokoh sejarah negara berbangsa Cina menolak idea berkenaan sementara dua lagi ahli panel Melayu berpendapat ia mungkin berlaku.

Memulakan perbincangan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat jawatan perdana menteri akan sentiasa diisi seorang Melayu berdasarkan hakikat semasa orang Melayu sebagai majoriti di negara ini.

"Kalau rakyat Malaysia sekarang diminta mengundi sama ada orang bukan Melayu boleh menjadi PM atau tidak, apakah keputusannya? Bilangan penduduk negara ini 60 peratus lebih adalah orang Melayu. Jadi kalau orang Melayu tidak setuju?" katanya.

Bercakap pada forum anjuran Radio Bernama 24 di ibu kota semalam, Khoo menegaskan bahawa jawatan itu juga akan sentiasa diisi orang Melayu berdasarkan perspektif sejarah yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.

"British datang (ke Tanah Melayu), kaji dan buat keputusan ini adalah tempat kerajaan Melayu.

"Jadi pada 1927, apabila Hugh Clifford dilantik sebagai gabenor dalam Federal Council ada dijelaskan dia kata bahawa tempat ini pernah, sememangnya, dan perlu kekal sebagai negeri Melayu," katanya.

Menurut Khoo (atas), perkara itu dikukuhkan lagi pada persidangan Raja-Raja Melayu dalam tahun 1961 apabila Gabenor British pada masa itu, Sir Cecil Clementi menegaskan sekali lagi bahawa "Malaya untuk orang Melayu".

Pendapat Khoo yang mengambil kira hakikat semasa dan sudut sejarah disanggah Ketua Pemuda PKR (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin: Menggamit sejuta kemungkinan

"Dalam kerangka Perlembagaan, siapa yang menikmati majoriti dalam Parlimen akan diangkat sebagai PM.

"Dalam konteks ini tidak dikhususkan sama ada dia Melayu atau Islam atau sebagainya. Kalau kita tidak ubah, itulah akan jadi pegangan dalam kita bernegara," kata Shamsul yang juga seorang peguam.

Namun, Shamsul berpandangan perbincangan sama ada jawatan itu boleh diisi oleh seorang bukan Melayu atau tidak hanya akan menguntungkan kerajaan sekarang yang dibentuk parti-parti berasaskan perkauman.

"Perkara ini bukan satu provokasi kecuali kerajaan BN hendak menggunakan perkara itu untuk menakutkan pengundi terutama majoriti pengundi Melayu.

"Apa-apa sahaja perbahasan dalam konteks ras, ia akan menguntungkan parti yang perkauman," katanya.

Menolak kenyataan Shamsul, Saifuddin menegaskan bahawa isu tersebut sebenarnya tidak pernah dibincangkan sama ada dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno atau Dewan Tertinggi BN.

Malah, beliau mendakwa Umno kini sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Saifuddin bagaimana pun bersetuju isu perdana menteri bukan Melayu perlu dikaji semula apabila senario semasa memerlukan ia dibincangkan dengan lebih serius.

"Ini akhirnya bergantung kepada pilihan raya akan datang yang kita belum tahu bila dan siapa akan mewakili siapa dan sama ada orang Melayu akan membentuk majoriti atau tidak. Itu semua persoalan menggamit sejuta kemungkinan," katanya.

Di Ipoh pada tarikh 4 Jun 2012 yang lalu pula, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkata, meskipun perjuangan Pas dan DAP berbeza, DAP masih menyanjung tinggi Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

“Dasar Pas jelas memperjuangkan Islam, DAP pula membawa negara sekular.

Namun dalam hal ini, kita tidak sesekali bertindak di luar batasan untuk mencemari Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Sejak dahulu lagi, DAP tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan apabila isu ini seolah-olah dibangkitkan, kita anggap ia hanya satu taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Kesimpulannya kenyataan Sivakumar ini jauh lari maksud dari kenyataan Karpal yang mahukan Perdana Menteri Pakatan Rakyat adalah dari bukan orang Melayu, bermaksud orang itu mestilah bukan Islam. Nampak gayanya macam tiada persefahaman antara pemimpin-pemimpin dalam parti DAP. Mula-mula yang si berkerusi roda OKU bercakap ikut sedap hati sahaja nakkan jawatan Perdana Menteri dari bukan Melayu manakala yang si speaker bawah pokok di Perak ini pula cakap DAP hormat Islam sebagai agama rasmi untuk ambil hati puak PAS supaya menyokong mereka. Dua-dua ni memang kaki putar alam, tak boleh pakai punya.

Mana mungkin Perdana Menteri dilantik seorang bukan Melayu (tidak Islam) untuk mengetuai negara yang perlembagaan agama rasminya adalah agama Islam. Yang Dipertuan Agung dari kalangan raja-raja dan sultan Melayu sahaja berhak menentukan dan memilih bakal Perdana Menterinya, bukan si OKU mulot celupar yang berkerusi roda setiap mas

Najmuddin Tolak Tawaran Jadi Calon Bebas

najmiuddin-pcc

ADUN Batu Kurau, Kpt (B) Datuk Mohd Najmuddin Alias Al-Hafiz yang mengumumkan tidak bertanding mempertahankan kerusinya mendedahkan menerima tawaran bertanding calon bebas pada PRU-13.

Najmuddin yang juga merupakan Penasihat Agama kepada Menteri Besar, berkata beliau telah menolak tawaran itu kerana masih setia bersama Barisan Nasional (BN) kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN negeri Perak pimpinan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, golongan tersebut membuat tawaran itu setelah beliau mengumumkan pada minggu lalu untuk tidak akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau pada kali ini.

"Jadi pada pagi ini saya menyatakan sekeras-kerasnya menolak andaian yang mengatakan bahawa saya akan bertanding atas tiket bebas,’’ katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di bangunan SUK, Ipoh hari ini.

Hadir sama Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Azhar Ahmad.

Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan yang dibuatnya hari ini dapat menyangkal dan mematikan andaian prasangka buruk pemimpin Pas kononnya BN menolak calon ulama dan berpendidikan agama.

Katanya lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa tawaran tersebut dibuat oleh golongan terbabit bagi memecahkan undi calon-calon yang bertanding bagi kerusi DUN Batu Kurau menjelang PRU ke-13 nanti.

Nizar Terus MEROYAN, Ikut Nga Yang Kering Idea


nizar-gila
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin kini mengikut jejak rakan mereka dalam DAP yang ketandusan idea untuk menghadapi PRU-13, dengan mereka-reka cerita yang tidak masuk akal.

Jika sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menimbulkan isu kononnya Barisan Nasional terlibat dalam sindiket perjudian haram, kali ini Nizar pula mereka-reka cerita kononnya bekas Menteri Besar yang pernah mentadbir Perak, bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Berdasarkan kepada rekod, sebelum Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara ramai-ramai mantan Menteri Besar, hanya Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Tajol Rosli dan Nizar sahaja yang masih ada manakala lain-lain telah meninggal dunia.

Menurut pemerhati politik, Ramli dan Tajol adalah dua watak yang cukup setia kepada UMNO dan tidak mungkin meninggalkan parti keramat itu.

Ramli adalah Menteri Besar kelapan dan paling lama iaitu dari tahun 1983 hingga 1999 dan pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat antara tahun 2004 – 2008.

Tajol pula Menteri Besar kesembilan antara 1999 – 2008 dan sekarang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Menurut pemerhati politik, jika difikir dari segi logik, adalah mustahil Ramli atau Tajol untuk menyertai PAS, sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan kerana sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada UMNO.

Baru-baru ini, Ramli telah dianugerahkan Tokoh Pasir Salak pada hari keluarga parlimen itu yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Selain itu, salah seorang anak beliau, Ramelle Ashram adalah Bendahari UMNO Bahagian Pasir Salak.

Tajol pula sentiasa menghadiri program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gerik, termasuk program walkabout Dr Zambry baru-baru ini.

Tambahan pula, menantu beliau, Mohd Ziad Zainal adalah Bendahari UMNO Bahagian Tambun.

Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan, kesimpulan yang boleh dibuat, Nizar semakin kering idea dan cuba membohongi rakyat kerana selama inipun beliau memang dikenali sebagai `Pembohong Bersiri’.

Calon Dan Kerusi BN Diumum Beberapa Hari Lagi







Najib-Razak
Penentuan senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (BN) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, proses terakhir dalam persediaan pilihan raya iaitu penentuan pembahagian kerusi dan calon adalah perkara yang kompleks serta perlu diberi penelitian serius sebelum pengumuman rasmi dibuat.

"Saya telah ambil kesempatan untuk menerangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam proses tersebut supaya mereka (pimpinan tertinggi BN) faham proses tersebut merupakan proses yang kompleks dan rumit.

"Tidak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai anggota parti untuk memahami hakikat ini.

"Kita terpaksa ambil pertimbangan secara keseluruhan sebab kita ada pelbagai parti komponen, yakni kita ada parti-parti utama, wanita, pemuda dan puteri yang masing-masing ada kehendaknya," katanya.

Jelas beliau, pembahagian kerusi masih lagi berdasarkan acuan pilihan raya 2008 tetapi terdapat sedikit penyesuaian kerusi yang akan dilakukan di beberapa kawasan.

Lagi Pendedahan Timbulkan Huru Hara Ketika PRU13


Bekas Pengerusi Transperancy Malaysia Tunku Abdul Aziz  menggesa Bersih dan Pakatan Rakyat nyatakan pendirian mereka terhadap strategi yang dikatakan direka untuk mewujudkan suasana huru-hara pada hari pengundian.
“Kami telah menerima dokumen-dokumen yang berkaitan menunjukkan bahawa terdapat rancangan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan mewujudkan keadaan huru-hara dan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melemahkan keyakinan orang ramai terhadap intergriti proses pilihan raya.
“Satu sesi latihan yang dikenali sebagai PACABA, telah dijalankan untuk mengundi dan ejen mengira oleh NGO Tindak Malaysia. Salah satu daripada aspek latihan adalah  mengajar pengundi untuk menjaga kerahsiaan undi mereka, "katanya.
Tunku Aziz mendakwa, mereka juga dilatih supaya meminta kertas undi secara rawak.
Katanya, meminta kertas undi rawak bermakna bahawa pengundi akan meminta kertas undi dari tengah-tengah atau di bawah timbunan dan tidak daripada susunan yang betul.
“Mereka yang menghadiri latihan tersebut digalakkan untuk mencabar pegawai undi sekiranya mereka enggan mengeluarkan kertas undi secara rawak kerana agen pengundian telah dilatih untuk melakukannya atas permintaan pengundi.
“Mereka telah dilatih khas untuk menyebabkan masalah dan apabila pihak polis datang untuk campur tangan dan mengeluarkan orang yang terlibat, mereka akan membuatkan ia kelihatan seperti pilihan raya kotor dan video rakaman keadaan itu akan dijadikan bahan untuk menarik perhatian pihak antarabangsa, " tambahnya.
Beliau berkata, sesi latihan tersebut telah dijalankan di pelbagai tempat, termasuk di tempat-tempat tertentu milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat".
“Mereka mengajar orang ramai untuk membuat satu penghinaan terhadap sistem demokrasi. Ia juga strategi untuk menjatuhkan SPR dan menjadikan Malaysia kelihatan seperti sebuah negara yang dikendalikan oleh sekumpulan diktator.
“Kita juga telah melihat dokumen dalaman PKR bertarikh  15 Dis 2012 yang menyenaraikan pelbagai langkah untuk mewujudkan keadaan huru-hara dan rasa tidak puas hati terhadap SPR pada hari mengundi dengan mewujudkan protes berulang di tempat mengundi yang menyebabkan pengundi menunggu lama sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR,” katanya.
Beliau berkata, ini adalah untuk melambatkan proses pengundian keseluruhan sekali gus menyebabkan pengundi beratur panjang di pusat-pusat mengundi.
“Semua ini adalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap SPR, dan ia pastinya akan membawa keburukan.
“Berdasarkan daripada apa yang telah dibentangkan melalui dokumen tersebut, Tindak Malaysia telah berjaya menunjukkan bagaimana mudah mewujudkan huru-hara di tempat mengundi menjelang PRU-13,” katanya.
Tunku Aziz juga menggesa Pengerusi Bersih, S Ambiga bersama ahlinya tampil untuk mempertahankan pendirian mereka dalam isu ini.
“Ambiga perlu tampil dan membuat kenyataan secara terbuka samada beliau terlibat ataupun tidak didalam usaha untuk menghuru-harakan proses pilihan raya nanti,” katanya.
“Oleh kerana ahli-ahli Tindak Malaysia berkait rapat dengan Bersih, dan Bersih juga sangat dekat dengan pemimpin-pemimpin dari parti Pakatan Rakyat, ingin saya bertanya Bersih, adakah Bersih menyediakan sesi latihan yang melibatkan pengambilan kertas undian secara rawak seperti yang dibuat oleh Tindak Malaysia?
“Jika ya, adakah Bersih meletakkan hal ini sebagai salah satu daripada tuntutan untuk reformasi pilihan raya kepada SPR? jika tidak, adakah mereka mempunyai agenda tersembunyi? soalnya.
Bekas Naib Pengerusi dan juga senator DAP itu mencabar semua parti politik untuk menyatakan pendirian mereka mengenai pengambilan kertas undi secara rawak.
“Pengambilan kertas undi secara rawak ini tidak pernah pun berlaku di dalam 12 pilihanraya sebelum ini dan ia boleh diibaratkan seperti merosakkan keseluruhan proses demokrasi dan pilihan raya di negara ini.
“Kita mencabar semua parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk menandatangani satu perjanjian yang mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam apa jua keadaan yang boleh mengganggu proses pilihan raya pada hari mengundi nanti.
“Kita mencabar semua parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk menandatangani pengisytiharan awam bahawa mereka tidak akan dalam apa jua keadaan terlibat dalam apa-apa langkah untuk mengganggu proses pilihan raya pada hari mengundi,”katanya.

Fong Po Kuan Tidak Pertahan Parlimen Batu Gajah




Penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan daripada DAP tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum atas sebab peribadi.

Fong dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah menulis surat dan memaklumkan kepada penasihat parti, Lim Kit Siang dan pengerusi, Karpal Singh mengenai keputusannya pada September tahun lepas.

Fong menambah, beliau akan meneruskan sumbangan terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya.

“Ia merupakan keputusan saya dan saya berterima kasih kepada pengundi, parti dan para penyokong kerana memberikan saya peluang untuk mewakili mereka dalam Parlimen,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Fong mempertahankan kerusi Batu Gajah buat penggal ketiga dengan majoriti 24,627 undi.

Beliau memperoleh 39,922 undi ketika menentang Cheah Yoke Can dari BN-MCA yang memperoleh 15,295 undi.

Gempar !!! Dap Johor Berpecah Lagi !! Tak Percaya ke???










KULAIJAYA - Perpecahan dalam kalangan ahli DAP Negeri Johor di bawah pimpinan Pengerusinya, Dr. Boo Cheng Hau sememangnya berlaku pada masa ini.


Perkara itu disahkan sendiri Naib Pengerusinya, Ong Kow Meng.


Sehubungan itu, beliau meminta Cheng Hau mengotakan janjinya mahu melepaskan jawatan Pengerusi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuatnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada 7 April lalu.


Jika Cheng Hau gagal berbuat demikian, Kow Meng tidak teragak-agak menyeru ahli parti supaya tidak mencalonkan Pengerusi DAP negeri itu daripada bertanding pada pemilihan pemimpin DAP Johor, Oktober depan.


"Dalam negeri ini, memang berlaku pecah-belah dan ia harus diperbaiki. Justeru, kita berharap boleh dapat Pengerusi baru yang fleksibel dan bertolak ansur," katanya kepada pemberita di sini hari ini

AZMIN PERLU DEDAH GAMBAR SEDANG BERCAKAP DENGAN MAK TOM


Kenyataan terbaru Umi Hafilda Ali mengenai sifat munafik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dilihat begitu terdesak sehingga sanggup mengunakan ibu sendiri untuk membersihkan imejnya yang sebelum ini dilabel sebagai anak derhaka. Umi yang membuat kenyataan tersebut pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bandar Utama, Damansara Sabtu lalu menegaskan, tindakan abangnya itu sebagai munafik terlampau.

Ia ekoran dari tindakan Azmin yang cuba menipu dan menagih simpati masyarakat dengan memaparkan gambarnya bersama Mak Tom bagi membersihkan imejnya yang tercalar. Sebelum ini ibu kandungnya, Che Tom Yahaya atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Tom tampil meluahkan kekecewaan hatinya berhubung tindakan Azmin yang langsung tidak pulang ke rumah melawatnya walaupun tinggal berdekatan.
Tidak cukup dengan itu, Mak Tom juga merasakan kenyataan balas Azmin yang mengatakan dia menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri sebagai derhaka dan biadap.
Wahai Azmin, tiada mana-mana ibu dalam dunia ini yang sanggup memburuk-burukkan anak sendiri demi politik mahu pun wang. Apakah air mata ibu tua ini juga didalangi UMNO? Adakah hancur luluhnya hati seorang ibu tua ini juga didalangi UMNO?
Ekoran kenyataan Mak Tom itu, majoriti masyarakat mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mempersoalkan kredibiliti Azmin selaku pemimpin. Masyarakat mula memandang serong terhadapnya yang dilihat terlalu mengagungkan insan bernama Anwar Ibrahim berbanding ibu kandung dan keluarganya sendiri.
Umi turut berpesan kepada Azmin agar jangan cuba mempolitikkan isu ‘Tanggang’ ini, kerana telah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke rumah berjumpa dengan ibunya itu bermula dari bulan Ogos 2011.
Tambah menyedihkan ketika ibu sedang sakit terlantar di hospital, tindakan Azmin yang menyelinap dan mencuri masuk selepas jam 12 malam itu, bukan untuk memohon kemaafan tetapi hanya ingin mencari keuntungan politik. Lebih malang lagi, dia turut menghalau orang gaji Umi yang yang pada ketika itu sedang menjaga Mak Tom kerana telah diberikan ‘heavy sedation’ oleh doktor kerana retak di kepala.
Sandiwara Azmin seolah-olah tiada sempadan apabila langsung tidak menghormati ibu yang sedang menderita sakit semata-mata untuk memastikan jurugambarnya dapat mengambil gambar yang terbaik bagi membodohkan masyarakat. Malah dia turut mengunakan anak-anaknya yang dimasukan sekali di dalam gambar tersebut bagi menolak dakwaan yang dikemukan sebelum ini.
Tidak tahan dengan sandiwara dan drama yang cuba dipertontonkan oleh Azmin itu, Umi lantas tampil membuat kenyataan dan menyelar tindakan tersebut. Umi turut mengatakan sekiranya semua kenyataannya ini fitnah dan tidak benar, maka dia mencabar Azmin untuk membuat laporan polis atas dakwaan fitnah jenayah, mengemukakan saman terhadapnya atau membuat sumpah laknat berhubung isu yang dibangkitkan ini.
Andai diteliti gambar-gambar tersebut, semua dakwaan yang dikemukan oleh Umi  itu, ada kebenaranya. Tambahan pula, Azmin gagal memuatnaik sebarang gambarnya sedang berbual mesra dengan ibunya, bagi menolak dakwaan fitnah yang dikatakan kepadanya sebelum ini.
Rationalnya, sekiranya benar semua yang dikatakan sebelum ini adalah fitnah semata-mata, gambar-gambar yang dimuatnaik sepatutnya lebih memaparkan Azmin sedang berbual mesra bersama ibu tercinta. Dan seperti kata Umi, bersamalah kita tunggu kenyataan sebenar Mak Tom berhubung peristiwa ini yang nyata begitu kecewa dengan tindakan anak kandungnya itu.

Siapa Anwar Sebenarnya?


KEWUJUDAN kem-kem tertentu dalam PKR bukan cerita baru, tapi cerita lama. Semua orang tahu Wan Azizah dan Azmin sedang bersilang lengan untuk memastikan orang pilihan masing-masing sahaja yang dicalonkan dalam pilihanraya.

Tapi hebat macam mana, setia macam mana pun Wan Azizah kepada Anwar, masih lagi tak boleh lawan Shamsidar Taharin, bininya Azmin yang jauh lebih muda, jambu dan bergetah. Sebab itulah sekarang Wan Azizah sedang mengalami ‘kekalahan’, dengan orang pilihannya satu-satu gugur sebelum ke medan perjuangan dicantas Azmin.

Dia sendiri pun dinafikan Azmin, hak untuk bertanding kerusi DUN di Selangor.

Termasuk dalam senarai orang-orang Wan Azizah yang sedang gugur dan diketepikan ini ialah Badrul Hisham Shahrin atau lebih terkenal dengan nama Chegu Bard. Asal dia ni di Negeri Sembilan, Rembau tapi setelah diketepikan Azmin di negeri tersebut, dia dicampakkan ke kerusi DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Jauh tu, 5 ke 6 jam naik kereta dari Seremban.

Dia bukan orang kawasan itu pun, cakap pekat Negeri Sembilan pulak tu, harap nama PKR sajalah. Bagaimanapun, penulis tak rasa CheguBard dihantar ke situ untuk berkhidmat pun kalau menang, pasal polisi PKR bertanding pilihanraya hanya untuk kekalkan kuasa saja, dalam kes ini DAP.

Sudahlah Pulau Pinang, kawasan itu (Sg Acheh) adalah kerusi UMNO sekarang. Betullah 2008 dulu calon kawasan tersebut Datuk Mahmud Zakaria hanya menang dengan majoriti kecil (250 undi), tapi itu sebelum DAP memerintah dan menunjukkan kuku rasis mereka dan menindas orang Melayu.

Sekarang ni bertanding disitu, macam menyerah nyawalah. Nampak sangat Azmin nak tanam dia hidup-hidup.

Anyway, semua orang tau bukan taraf CheguBard nak bertanding di kerusi DUN. Mamat ni mana tau cakap hal-hal politik kawasan yang kecil-kecil ni. ’Padang’ permainan dia jauh lebih besar, di peringkat nasional. Buktinya, tengok sajalah isu apa yang CheguBard ni jadi jaguh? Altantunya, PTPTN, anak muda, mendiang Bala dan sebagainya, mana ada isu kecil?

Tapi bila Azmin letak dia untuk bertanding di DUN, itu faham-faham sudahlah. Tambah pulak lagi dengan hakikat yang dia masuk dalam group Wan Azizah, menunjukkan betapa lebarnya perpecahan dalam PKR dek perbalahan antara Azmin dan Wan Azizah ini.

Natijah dari perkara ini ialah, satu perkara orang perlu faham tentang PKR – bila Azmin dah nak, not even Anwar pun boleh kata tidak. Alangkah kehendak bini dan anak dia pun boleh buat tak tau saja demi Azmin, apa sangat CheguBard.

Lagi Ahli Pkr Kecewa Sertai UMNO !!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.
Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.
Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral kronik.
"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam ini. - UTUSAN

GEMPAR!!! AHLI POLITIK GILA SEKS DITANGKAP!!!

Photo
ASSAM 4 Jan. - Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.

Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.

Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.

Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.

Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.

Sementara itu, lima lelaki yang dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap pelajar berusia 23 tahun di New Delhi dibawa keluar dari mahkamah berikutan kebimbangan diserang penunjuk perasaan yang marah dengan mereka.

Semalam, suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, mengaku menarik keluar usus mangsa menggunakan tangannya, dedah kertas pertuduhan polis.

Suspek itu, dipercayai masih bawah umur dijangka akan dibicarakan secara berasingan, menjadi perogol paling kejam di antara kesemua suspek, termasuk mencadangkan gadis itu dicampak keluar dari bas tersebut selepas dirogol. - AGENSI

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_02/Ahli-politik-ditangkap-selepas-merogol

Modeling Mabuk Rempuh Polis ?


Dadah, arak dan pil seolah olah menjadi trend kepada masyarakat dunia kini sering kali dikaitkan oleh remaja, akibatnya ia mengudang persepsi negetive golongan muda mudi hari ini, ini berita dari seberang bilamana seorang model ini dikatikan dengan dadah sehingga mengundang musibah kepada orang lain dan dirinya sendiri
Anggota polis Taman Sari (Indonesia) yang didakwa memiliki foto model, Novi Amalia, yang hanya berpakaian dalam, mengaku memperolehi foto itu daripada seorang wartawan.
Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto, semalam berkata, selepas disoal siasat, anggota polis terbabit mengakui mendapat gambar itu daripada wartawan dikenali sebagai WO.

“WO berada di tempat kejadian ketika Novi ditahan selepas kereta dipandunya merempuh tujuh orang dalam kemalangan jalan raya pada 11 Oktober lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Rikwanto berkata, polis belum dapat memastikan sama ada WO atau orang lain yang mengambil gambar Novi. “Apa yang paling penting diketahui, siapa memuat naik gambar Novi itu ke Internet.

“Individu yang mengambil gambar dan bertanggungjawab memuat naik ke Internet mungkin bukan orang yang sama,” katanya. Polis Jakarta Barat menyoal siasat tujuh anggotanya yang bertugas di Taman Sari, termasuk ketua mereka, Maulana Hamdan.

Novi - disyaki di bawah pengaruh dadah dan alkohol - ditahan dalam keadaan separuh bogel selepas kemalangan jalan raya itu.

Dua daripada tujuh mangsa dirempuh Novi ialah anggota polis. - Sumber

BOMOH RABA-RABA - KANTOI DAN DIPENJARAKAN !!!












Macam-macam ada zaman sekarang ni, yang pelik tu, masih ada lagi orang yang hidup zaman ni percaya dengan bomoh ni ye...!!!



Seorang bomoh diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas dua kesalahan mencabul kehormatan rakan anak perempuannya yang datang berubat kerana diserang histeria, lapan tahun lalu.



Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian terhadap Mohd. Yazid Yahaya, 59, selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.



Dengan perintah itu, kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 1 September 2010 yang melepas dan membebaskan bomoh berkenaan daripada kedua-dua tuduhan tersebut.



Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali manakala responden diwakili oleh peguam S. Yagoo. - UTUSAN

NIK JISSSS berwajahkan FIRAUN








 

DIMANA ilmuan dakwah islam yang di perjuangkan oleh setiap lapisan ahli pas dan pemimpin mereka ,...dengan isu kalimah ALLAH" senang sentiasa dipermainkan oleh ugama asing yang berdamping sentiasa dengan ulamak ulamak yang diagung kan ahli pas,.Kemana hilang nya akal waras sebagai umat sunah waljamaah"yang senang sentiasa diingat kan oleh hadis dan sunah Rasulullah a.w.s.. pada umat nya.

Sehinga hari ini  ugama islam diperkotak katik kan oleh masyarakat yang bukan islam disebabkan kerakusan kuasa, adakah islam mengejar kuasa wang ringgit  sedang kan perjuangan islam itu berdakwah melebarkan syariat islam setiap lapisan masyarakat yang kurang memahami hal islamiah insani.SEBAGAI MANA mengeluarkan fatwa undi sini masuk syurga, undi sana keneraka,.sana murtad solat tidak sah saper kah manusia ini.Adakah ini prinsip sunahwaljamaah",apakah manusia ini yang berdiri kiri dan kanan bahu setiap insan ISLAM" ,benarkah manusia ini mampu mengubah QADA dan QADAR  manusia, Sebagaimana FIRAUN yang mengaku diri nya tuhan  yang memberi hukum dan fatwa.

TIDAK kah manusia ini sedar dan menghayati  dalam rukun ISLAM rukun IMAN dan tugasan nya sebagai ulamak. TERLUPAKAH manusia ini hal keagaman dan dakwah,terlupakah manusia ini memerangi musuh islam?...terlupakah manusia ini ALLAH telah menghapus umat nabi lud,terlupakah manusia ini murtad itu amat berat ,Apakah laungan takbir itu hanya di mulut seolah memperjuangkan islam. KEMANA erti laungan takbir bila kristian bersorak takbeer.Ini kah moral AQIDAH ahli pas dan pemimpinnya..Islamik ker parti pas ni wahai manusia FIRAUN.

MAMPOS...DAP main kotor kasi lambung harga rumah di Pulau Pinang .... MELAYU PERGI MATI ..LA



Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana mengenakan 'caj tersembunyi' terhadap orang awam yang ingin membeli rumah mampu milik yang bakal dibinanya. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah (gambar) mendakwa, caj tersebut dikenakan bagi pembeli rumah kos rendah berharga RM72,500 di mana mereka terpaksa membayar tambahan RM28,000 jika mahu mendapat satu petak letak kenderaan.

Menurutnya, syarat yang dikenakan itu menyebabkan pembeli terpaksa membayar jumlah keseluruhan lebih RM100,000. "Saya terkejut apabila mendapati harga rumah itu melambung menjadi RM100,000 sedangkan mereka mencanangkan tujuan projek berkenaan dilaksanakan adalah untuk manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri ini. "Caj tersebut tidak harus dikenakan kerana ia membebankan rakyat terutama golongan muda berpendapatan rendah di bawah RM2,000 yang kali pertama ingin membeli rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Aminah, beliau menerima banyak rungutan daripada orang awam yang menganggap tindakan kerajaan negeri menetapkan caj sedemikian seperti menindas rakyat miskin secara tersembunyi. "Inilah cara yang digunakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menekan rakyat.

"Saya mahu bertanya kepada Guan Eng, adakah kaedah serampang dua mata ini diamalkan supaya orang tempatan tidak mampu membeli dan mereka (kerajaan negeri) boleh menjual kepada rakyat asing dari Singapura, Taiwan atau Hong Kong?" soalnya.

Beliau menambah, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, sebanyak 770 unit rumah berharga RM72,500 akan dibina selain 303 unit rumah (RM200,000), 165 unit (RM300,000) dan 82 unit dijual pada harga RM400,000.

"Projek berkenaan dibangunkan di atas tanah milik kerajaan negeri yang bermaksud harus dibangunkan untuk faedah rakyat, jadi mengapa masih mahu menyelit bina rumah yang berharga hampir setengah juta di situ?" soalnya lagi.

Katanya, keikhlasan kerajaan negeri dalam hal itu boleh dipersoalkan kerana hanya bersungguh-sungguh membuat sidang akhbar menyatakan mahu membina rumah murah pada tahun terakhir mandat mereka memerintah negeri ini. "Sepatutnya pada tahun kedua atau ketiga berkuasa, mereka sudah laksanakan perkara ini dan bukan tunggu hujung-hujung macam sekarang," tegasnya.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan