Thursday, April 11, 2013
Nizar Terus MEROYAN, Ikut Nga Yang Kering Idea
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin kini mengikut jejak rakan mereka dalam DAP yang ketandusan idea untuk menghadapi PRU-13, dengan mereka-reka cerita yang tidak masuk akal.
Jika sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menimbulkan isu kononnya Barisan Nasional terlibat dalam sindiket perjudian haram, kali ini Nizar pula mereka-reka cerita kononnya bekas Menteri Besar yang pernah mentadbir Perak, bakal menyertai PAS tidak lama lagi.
Berdasarkan kepada rekod, sebelum Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara ramai-ramai mantan Menteri Besar, hanya Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Tajol Rosli dan Nizar sahaja yang masih ada manakala lain-lain telah meninggal dunia.
Menurut pemerhati politik, Ramli dan Tajol adalah dua watak yang cukup setia kepada UMNO dan tidak mungkin meninggalkan parti keramat itu.
Ramli adalah Menteri Besar kelapan dan paling lama iaitu dari tahun 1983 hingga 1999 dan pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat antara tahun 2004 – 2008.
Tajol pula Menteri Besar kesembilan antara 1999 – 2008 dan sekarang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Menurut pemerhati politik, jika difikir dari segi logik, adalah mustahil Ramli atau Tajol untuk menyertai PAS, sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan kerana sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada UMNO.
Baru-baru ini, Ramli telah dianugerahkan Tokoh Pasir Salak pada hari keluarga parlimen itu yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Selain itu, salah seorang anak beliau, Ramelle Ashram adalah Bendahari UMNO Bahagian Pasir Salak.
Tajol pula sentiasa menghadiri program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gerik, termasuk program walkabout Dr Zambry baru-baru ini.
Tambahan pula, menantu beliau, Mohd Ziad Zainal adalah Bendahari UMNO Bahagian Tambun.
Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan, kesimpulan yang boleh dibuat, Nizar semakin kering idea dan cuba membohongi rakyat kerana selama inipun beliau memang dikenali sebagai `Pembohong Bersiri’.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.