Thursday, April 11, 2013
Calon Dan Kerusi BN Diumum Beberapa Hari Lagi
Penentuan senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (BN) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, proses terakhir dalam persediaan pilihan raya iaitu penentuan pembahagian kerusi dan calon adalah perkara yang kompleks serta perlu diberi penelitian serius sebelum pengumuman rasmi dibuat.
"Saya telah ambil kesempatan untuk menerangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam proses tersebut supaya mereka (pimpinan tertinggi BN) faham proses tersebut merupakan proses yang kompleks dan rumit.
"Tidak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai anggota parti untuk memahami hakikat ini.
"Kita terpaksa ambil pertimbangan secara keseluruhan sebab kita ada pelbagai parti komponen, yakni kita ada parti-parti utama, wanita, pemuda dan puteri yang masing-masing ada kehendaknya," katanya.
Jelas beliau, pembahagian kerusi masih lagi berdasarkan acuan pilihan raya 2008 tetapi terdapat sedikit penyesuaian kerusi yang akan dilakukan di beberapa kawasan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.