Inilah yang berlegar di blog-blog Umno yang mengatakan Azeez Rahim, ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mungkin ada benarnya kerana Najib kini sedang mem’bedak’ jawatan-jawatan sedemikian di kalangan Umno seperti juga dilaporkan TMI. Antara sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan – Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad.
Blogger Rocky Bru juga bercerita tentang Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mengikut maklumat dari laman web Tabung Haji, pada tahun 2011 dia dilantik Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji.
Munasabahlah kalau dia akan dinaikkan ‘pangkat’ oleh Najib sebagai Pengerusi Tabung Haji. Maka akan bersepahlah muka-muka 47 persen dalam syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan. Duit Tabung Haji pun banyak juga untuk dikebas atas nama projek dan elaun, insyaallah boleh senyum sepanjang masa.
komen di rockybru.com.my:
Saya kenal Azeez. ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di sk bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian. Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama. kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb. Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA. Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.