Friday, May 24, 2013

KALIMULLAH PEMBELOT NEGARA : SPY SINGAPURA






Nampaknya Kalimullah telah mengambil keputusan untuk menonjolkan semula dirinya selepas sekian lama mendiamkan diri. Kali ini Kalimullah memulakan serangan sinisnya kepada orang Melayu dan Islam di negara ini dengan mempertahankan CEO Air Asia X dengan turut serta memperlekehkan Utusan Malaysia dan seterusnya perjuangan orang Melayu mempertahankan survival bangsa kita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Semasa era Pak Lah, tatkala para pejuang bangsa Melayu bermati-matian mempertahankan Kerajaan Pak Lah, Kalimullah pula melangkah serong dalam gelap dengan menghancurkan kredebiliti kerajaan Pak Lah. Isu ini saya akan kupas dalam bahagian kedua.

Saya akan bongkarkan juga bagaimana Kalimullah memasukkan musuh-musuh politik orang Melayu ke dalam NST dengan memecat sesiapa saja ketua dan editor yang mengkritik Anwar Ibrahim. Sebab itulah ketika itu, NST dan Berita Harian tidak begitu menyerang Anwar.


Kemarahan Anwar kepada Kalimullah apabila akhbar-akhbar NST memainkan isu besar oleh YB Zahrain, YB Zulkifli Noordin , YB Wee Chee Keong dan lain-lain hingga mereka keluar PKR. Kalimullah telah membawa masuk ramai Editor dan Ketua Editor Pro Anwar ke dalam NST selepas membuang mereka yang menentang Anwar. Maka apakah kamu hendak hairan dengan NST yang agak liberal berbanding Utusan Malaysia! Saya huraikan dalam bahagian kedua nanti.

Oleh itu tidak hairanlah pendirian Kalimullah yang menunjukkan wajah sebenarnya yang lebih pro kepada bukan Melayu. Malangnya, Kalimullah ini bila nak lesen, nak bantuan DEB mengaku pula sebagai Melayu. Hipokrit bukan!


Inilah sikap Melayu, selepas menjadi musuh dalam selimut kepada Pak Lah dan mendapat pula kekayaan selepas mengaku Melayu, kini Kalimullah kembali menyerang Melayu, menyerang DEB dan menyerang Utusan gara-gara melutut bisnes dengan Kerajaan Singapura dan Pulau Pinang. Kalimullah adalah manusia separuh Melayu umpama kacang lupakan kulit.

Bukan rahsia lagi, Kalimullah adalah Agen Risik Kerajaan Singapura iaitu Singapore Intelligence Service. Sebab itulah Kalimullah gagal semasa tapisan halus untuk dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Tun Ghafar Baba suatu masa dahulu!

Beberapa meeting telah diaturkan di antara Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dengan PM Singapore dimana Kalimullah sendiri hadir sebagai apa? Tentunya sebagai spy dan orang suruhan bukan? Untuk apa Kalimullah membuat semua ini, Jawapannya mudah menjual bangsa dan negara ini kerana Wang Ringgit!

Tahukah anda Kalimullah juga terbang setiap 10 hari ke Singapura untuk membuat laporan dan menghantar laporan secara lisan. Maaflah semua ini adalah rahsia tetapi saya mahu rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan orang Melayu tahu siapa Kalimullah yang sebenarnya! Adakah kita berdiam diri sahaja!

Sebab itulah juga Kalimullah memberi sokongan kepada DAP dan Agen PAP, dan tidak hairanlah Kalimullah mengutuk PM dan UMNO semasa PRU-13!.

Kesimpulannya, Kalimullah sebenarnya adalah wartawan pelacur. Melacur sebagai wartawan dengan menjadi spy kepada Singapura. Bagaikan seorang pelacur, manusia ini tidak ada maruah apabila meminta dan menerima jawatan di NST sedangkan NST adalah milik UMNO!

Dalam bahasa kasar, Wartawan Kalimullah tidak ada kelas malah sebenarnya bodoh sebab itu perlu melacur untuk mendapat extra income.

Nasihat saya, bangunlah wahai Bangsa Melayu dari tidur kamu dan sedar-sedarlah hantu-hantu yang semakin menunjukkan wajahnya seperti Kalimullah ini.

(Artikel ini kiriman emel daripada Wartawan Sejati, Kuala Lumpur)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.