Wednesday, April 17, 2013
warga Amerika disamun, dirogol pemandu teksi
gambar hiasan
Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat bukan sahaja disamun dan dikurung, lebih malang dia dipercayai dirogol bergilir-gilir selepas menaiki sebuah teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.
Sumber berkata, ketika kejadian wanita berusia 25 tahun itu baru selesai membeli barang di sebuah pusat beli-belah dan mengambil teksi untuk pulang ke hotel.
Menurutnya, selain mangsa dan pemandu teksi, terdapat seorang lagi 'penumpang' lelaki dalam kenderaan terbabit.
"Pemandu teksi dan lelaki terbabit dipercayai bersekongkol membawa mangsa ke sebuah homestay di kawasan Sungai Pelek, Sepang.
"Mangsa dikurung selama dua hari dan dirogol. Barangan berharga serta wang miliknya turut disamun," katanya.
Menurut sumber, mangsa berjaya melepaskan diri petang semalam, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek.
Katanya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan sedang mengesan beberapa individu lagi yang disyaki ada kaitan dengan kes tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed dan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin mengesahkan terima laporan berhubung kes tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan seramai lima pemandu teksi ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan culik penumpang bagi meminta wang tebusan di sekitar ibu negara baru-baru ini.
Beliau berkata, polis turut mengenal pasti tiga kumpulan pemandu teksi aktif melakukan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu dengan menyasarkan penumpang wanita yang menaiki teksi bersendirian sebagai mangsa.
Katanya, sebanyak 13 kes dilaporkan berlaku sejak Januari lalu dan modus operandi penjenayah adalah menyewa teksi dan berpura-pura mengambil penumpang sebelum menyamun atau menculik mereka
sumber...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.