Sunday, April 14, 2013
Sampai Sekarang Nik Aziz Tak Menjawab Persoalan Ini
Nik Aziz ada berkata bahawa UMNO telah memisahkan agama dan politik, di mana agama dan politik tidak boleh dipisahkan, katanya.
Sesungguhnya agama dan politik tidak boleh dikaitkan. Kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh kaitkan bahawa politik itu satu tuntutan agama. Jika kita mengatakan politik itu satu tuntutan agama maka ia adalah bidaah kerana politik sebenarnya dilahirkan oleh orang-orang Barat dan ia tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak berlaku di zaman sahabat Baginda. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, dan juga Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah. Hanya Nik Aziz sahaja yang tidak faham istilah “politik” itu.
Demi untuk menarik sokongan orang-orang Melayu kepada PAS atas kepentingan politik, Nik Aziz pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w.juga terlibat dalam berpolitik. Jika benar Baginda terlibat dalam politik sebagaimana yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu, sila jawab dengan jelas soalan-soalan berikut di bawah:
(a) Rasulullah memimpin parti politik bernama apa?
(b) Di mana Baginda bertanding?
(c) Baginda bertanding di kerusi DUN atau Parlimen atau keduaduanya sekali seperti Haji Hadi yang pernah bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rusila?
(d) Berapa penggal Baginda menjadi wakil rakyat.
(e) Adakah parti Rasulullah itu bergabung dengan mana-mana parti politik orang-orang kafir yang menentang penubuhan negara Islam atau hukum hudud seperti DAP?
(f) Adakah ceramah politik Baginda dan orang-orang yang Baginda pimpin itu suka mencaci dan memfitnah sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh penceramah dan penyokong PAS selama ini?
(g) Adakah Baginda sentiasa menurut keputusan politik yang dibuat oleh orang-orang kafir yang merugikan Islam seperti apa yang dituruti oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS apabila diputuskan oleh DAP?
(h) Adakah penyokong-penyokong parti politik Rasulullah ada mengibarkan bendera parti politik orang-orang kafir seperti apa yang dibuat oleh penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera DAP, sebuah parti politik yang menentang penubuhan negara Islam dan menentang hukum hudud, anti-Islam, anti-peruntukan masjid dan anti-anti lain?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.