Tuesday, April 16, 2013
PKR kalah 9 kerusi Parlimen, Kedatangan Mu Tak Di Undang Jika Rasa Ragu Sila Lah Pulang........
Kedatangan Mu Tak Di Undang
Jika Rasa Ragu Sila Lah Pulang........
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).
Anwar berkata, dua kerusi yang masih dirundingkan ialah Parlimen Sungai Siput dan DUN Manong.
"Adalah normal bagi parti dalam pakatan untuk mempunyai pendapat tersendiri dalam penentuan kerusi. Kita menjangkakan dapat mencapai keputusannya tidak lama lagi," katanya ketika berceramah di Jalan Pemimpin, Manjoi di sini.
Sembilan calon PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen ialah Dr. Muhammad Nur Manuty (Bagan Serai), Dr. Meor Ahmad Isharra Meor Ishak (Padang Rengas), Siti Aishah Sheikh Ismail (Tambun), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), K. Vasanthakumar (Tapah), Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid (Lumut), Madhi Hassan (Bagan Datoh) dan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Tanjung Malim).
Selain itu, 19 kerusi DUN yang menjadi pertaruhan PKR ialah Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang.
Pakatan pembangkang masih belum menentukan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Siput selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan untuk bertanding di situ menerusi penyandangnya, Dr. Jeyakumar Devaraj yang menggunakan tiket PKR pada 2008
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.