Monday, April 15, 2013
PANAS #GE13 : Sejarah Hitam Ketua Pemuda PAS Ada Kaitan Dengan Video Stopa Ali.
Adakah sejarah hitam Ketua Pemuda PAS ada kaitan dengan hobinya?
MyMassa masih ingat lagi pada tahun 2009. Tahun tersebut merupakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di mana terdapat 7 PRK yang berlangsung pada tahun tersebut. 2 daripada PRK pada tahun tersebut berlangsung kerana wakil rakyatnya meletak jawatan (Penanti dan Bukit Selambau), selebihnya kerana meninggal dunia termasuk PRK Permatang Pasir yang berlangsung pada bulan Ramadan.
Bagi pengkaji politik tempatan seperti MyMassa, PRK Permatang Pasir adalah subjek yang menarik untuk diperhati. Ini kerana ianya berlangsung pada bulan Ramadan. Seperti yang kita tahu, pilihan raya penuh dengan aib mengaib, maki memaki dan fitnah dan menfitnah. Adakah parti-parti yang bertanding tidak memaki, mengaib atau menfitnah ketika berkempen kerana menghormati bulan Ramadan? Mari kita imbas kembali apa yang terjadi.
Oleh kerana DUN Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS, maka PAS menggunakan pelbagai cara untuk menang. Dan salah satu yang digunakan oleh PAS adalah mempersoal MORAL CALON BN ketika itu iaitu Rohaizat Othman. Disebabkan calon BN kali ini adalah calon yang BERSIH, maka PAS mencipta isu yang paling bodoh yang boleh difikirkan iaitu memainkan isu calon BN kahwin dua.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/111061
Mengapa MyMassa kata isu ini isu bodoh ? Kerana kita boleh bilang berapa ramai pemimpin PAS sendiri kahwin lebih dari satu. Malahan Presiden PAS sendiri secara terangan kahwin dua. Dan individu yang membawa isu ini tidak lain dan tidak bukan iaitu ketua pemuda PAS sendiri, Nasrudin Tantawi.
Biodata Haji Hadi menunjukkan dia mempunyai 2 isteri dan 13 orang anak
Sepanjang kempen tersebut berlangsung dalam bulan Ramadan, topik isteri kedua calon BN menjadi modal berkempen pemimpin PAS. Persoalannya, adakah benar calon BN berkahwin dua atau hanya fitnah Ketua Pemuda PAS?
Di sinilah kaitannya dengan video skandal Stopa Ali. Jika Stopa Ali menafikan, calon BN juga menafikannya. Mengapa perlu diungkit-ungkit sepanjang tempoh berkempen? Lebih menjengkelkan, modal Ketua Pemuda PAS hanya air liur. Langsung tiada gambar atau apa-apa bukti yang menunjukkan calon BN berkahwin dua. Berbeza dengan kes Stopa Ali, ada video yang jelas menunjukkan individu mirip Setiausaha Agung PAS melakukan perkara yang tidak bermoral!
Jadi kepada MACAI-MACAI PAS yang cuba menuduh kami para pejuang siber pro Kerajaan menfitnah, selidik dulu parti anda. Tanya kepada Ketua Pemuda PAS, adakah dia menfitnah Rohaizat Othman atau tidak kerana ianya menjadi modal Nasrudin Tantawi hanya semasa berkempen. Lepas menang PRK, tiada lagi kedengaran isu ini dibangkitkan. Jika benar Ketua Pemuda PAS pejuang nasib isteri kedua di Malaysia, mengapa tidak ditubuhkan sahaj NGO untuk meneruskan perjuangan 'suci' Nasrudin?
Berbalik kepada isu moral. Kami pejuang siber pro Kerajaan juga menggunakan prinsip yang sama digunakan oleh Ketua Pemuda PAS semasa menyerang calon BN. Jika benar pemimpin itu tidak bermoral, tidak kira apa parti pun, dia tidak seharusnya diangkat menjadi pemimpin.
MACAI dah kaji ke belum video tu seperti mana PAS kaji video Anwar?
Sebagai penutup, MyMassa nak tanya MACAI-MACAI PAS, apa hukum menfitnah pihak lawan di BULAN RAMADAN?
*Sebarkan sejarah hitam Ketua Pemuda PAS supaya MACAI tahu bulan Ramadan pun PAS masih menfitnah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.