Tuesday, April 16, 2013
Langkah-langkah mengundi
Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda.
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.
Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.