Sunday, April 7, 2013
Aksi Bogel Berani Mati Shayne Ward Di Majalah
Penyanyi yang lahir daripada program bakat The X Factor itu telah tampil dengan berani bersama beberapa aksi bogel untuk sebuah majalah di United Kingdom (UK).KL, 5 MAC 2013: Baru-baru ini seorang teman Murai Batu telah berkunjung ke kota London bagi menghadiri pertunjukan fesyen di sana. Meriah sungguh Murai Batu mendengar cerita pengalamannya di sana. Siap dapat jumpa pereka fesyen Paul Smith lagi. Tapi apa yang membuatkan Murai Batu terkejut bukan kepalang apabila dia berkongsi cerita mengenai penyanyi popular Shayne Ward.
Bukan sekadar untuk halaman dalam majalah berkenaan, tetapi tubuh maskulin dan wajahnya yang komersial telah membuatkan pihak majalah itu telah meletakkan Shayne Ward untuk menghiasi muka hadapan.
Apakan daya, Murai Batu tidak dapat berkongsi lebih jelas atau sepenuhnya dengan pembaca murai.com.my untuk melihat foto tubuh Shyane Ward yang boleh disifatkan sebagai eksplotasi bagi daya penarik untuk majalah berkenaan.
Sebenarnya Murai Batu tidak hairan sangat apabila penyanyi antarabangsa seperti Shayne Ward bergambar aksi bogel. Kerana sebelum ini pun sudah ramai selebriti, sama ada lelaki mahupun wanita yang berbuat demikian.
Mungkin itu sudah menjadi kemestian atau tradisi industri di luar negara.
Malah ada yang menggunakannya sebagai strategi untuk menaikan semula nama mereka di dalam industri atau mungkin sebagai langkah bagi mempromosikan lagu, album mahupun filem terbaru.
Tapi apa yang membuatkan Murai Batu kesal, adakah ini satu-satunya cara Shayne Ward untuk membuatkan dirinya diingati? Ataupun mungkin kerana namanya sebagai penyanyi lelaki di UK sudah hampir tenggelam?
Padahal ada banyak cara lagi yang boleh Shayne Ward gunakan untuk terus popular. Bukan dengan publisiti murahan seperti ini.
Kerana setahu Murai Batu, nama Shyane Ward semakin suram dan semakin dilupakan di rantau ini. Tapi mana tahu dengan cara ini namanya akan boom semula. Kita tunggu saja. Shayne Ward dan Ronan Keating datang dari negara yang sama dan turut miliki tatu di lengan.
SUMBER MURAI BATU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.