Saturday, April 6, 2013

Wanita Dirogol Untuk Bebaskan Suami




 

MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.

Menurut sumber, sehari sebelum kejadian, mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.

“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.

Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.

“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu. 

Benarkah bentuk Payudara menggambarkan sifat wanita ?





Payudara adalah salah satu harta terbesar yang dimiliki oleh seorang wanita kerana itu wanita perlu menjaga dan melindunginya. Namun berdasarkan sebuah Survey, sifat dan keperibadian seorang wanita dapat dilihat berdasarkan bentuk payudara yang dimilikinya. Ini bukan ramalan namun hanyalah sebuah kajian khusus berdasarkan bentuk payudara yang dimilikinya. Setidaknya ada 10 Bentuk payudara yang mewakili sifat wanita pada umumnya.

Berikut 10 tips wanita dilihat berdasarkan jenis dan bentuk payudara nya

1. Jenis payu dara besar:
Wanita yang memiliki payudara besar adalah wanita yang tidak suka dikongkong kebebasannya, dia seorang wanita yang berdikari. Mudah bagi wanita ini untuk memulai hubungan dengan lelaki, kerana dia suka cepat mesra dengan semua orang, ramah dan terbuka. Anda pasti senang berbual dengan wanita ini meski baru mengenalnya. Selain itu, dia juga punya pemikiran luas, rendah hati, dan baik hati, sedangkan falsafah hidupnya adalah kehidupan ini pendek. Tapi dia tidak segan memaafkan orang lain yang pernah melakukan kesalahan padanya. Wanita ini bercita-cita menikah dengan lelaki yang menghormati kebebasan serta suka gaya hidup aktif. Lelaki idolanya adalah yang bertanggung jawab, dan bersedia berkongsi masalah bersama.

2. Jenis Payudara Montok :
Wanita berpayudara montok tidak pernah tahan dengan ikatan serius. Kadang-kadang dia tidak peduli dengan perasaan orang lain, tapi sebaliknya, jika wanita ini sudah terikat dalam komitmen, dia gemar bersama keluarganya termasuk memenuhi segala keperluan keluarga dan jujur pada suaminya. Dari luar wanita ini nampak seperti orang baik dan bertanggung jawab, namun di dalam hatinya emosinya akan meledak-ledak jika menghadapi walau sedikit masalah . Lelaki berbadan macho dan penurut adalah dambaan wanita berdada montok ini.

3. Jenis dan Bentuk Payudara Datar :
Wanita memiliki payudara datar ini sangat menghargai kebebasan dan percaya pada teori individual. Wanita ini kerap mengalami pertentangan dengan diri sendiri atau orang namun wanita ini dengan mudah mampu mencari penyelesaian dari masalah yang dihadapinya. Wanita ini berbakat dibidang seni, seperti dekorasi interior, kerja tangan, masak, dan memelihara binatang. Lelaki yang cocok dengan wanita ini adalah lelaki yang sabar dan tidak banyak bicara. Sebab wanita ini lebih suka sedikit bicara dan banyak bekerja, meski keras kepala wanita ini penuh kehangatan, cinta, dan bisa dipercaya.

4. Jenis dan Bentuk Payudara Naik Keatas : 
Wanita Payudara Naik Keatas sangat mudah diatur, setia pada pasangannya, selalu waspada, dan menyukai orang yang bicaranya direct to the point. Wanita ini cenderung memilih lelaki yang sesuai kriterianya. Ini kerana sekali dia jatuh cinta, maka dia akan setia pada pasangannya. bahkan dia tidak berkeberatan jika sang suami memintanya menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak. Lelaki ideal bagi wanita ini adalah yang punya rasa humor tinggi dan mempunyai kepribadian terbuka. Untuk memilih pasangan hidup, wanita ini tidak akan menilai dari harta, tapi latar belakang keluarga si lelaki.

5. Jenis dan Bentuk Payudara Kecut :
Kata gagal tidak pernah ada dalam kamus wanita berpayudara kecut ini. Wanita ini hobinya adalah bersukan, membaca dan amat minat pada seni, sehingga dia sangat teruja dan mengikut kata hati demi menambah pengalamannya. Wanita ini cocok berteman dengan orang yang bisa memahami dirinya, kerana dia memang mempunyai sifat besar kepala, egois dan bebas melakukan apa saja.

6. Jenis dan Bentuk Payudara Aerola Besar : 
Wanita yang mempunyai kawasan aereola besar, cenderung bersifat maskulin atau tomboy. Umumnya, sifat tomboy ini beransur menghilang ketika wanita ini meningkat remaja, dan dia kemudiannya mula menunjukkan sifat feminin. Tapi wanita ini tidak menyukai tekanan atau kekangan dari orang lain. Sangat sulit baginya untuk menjadi rendah hati di hadapan orang lain, kerana harga diri atau egonya yang tinggi. Dia suka membanding-bandingkan antara teman yang satu dengan yang lain. Lelaki yang cocok buat wanita ini adalah yang boleh dipercaya dan selalu berada di sisinya ketika susah dan senang.

7. Jenis dan Bentuk Payudara Melebar : 
Wanita Payudara Melebar bersifat periang dan seorang yang berdikari. Sayangnya, wanita ini suka bercakap dan membesar-besarkan masalah. Lebih gilanya lagi, wanita ini mudah sekali marah, tidak suka dikongkong tapi cepat menolong orang lain yang perlukan pertolongan. Wanita ini selalunya jujur dan berterus terang ketika mereka berurusan dengan hal yang berkaitan dengan emosi. Meski wanita ini biasanya tidak hidup dalam kemewahan, tapi dia termasuk wanita yang pandai berjimat cermat. Ini kerana dia mudah merasa bosan jika harus berada di samping pasangannya setiap saat, makanya dia suka berdikari. Pada saat yang sama wanita ini selalu bermuka-muka. Lelak sulung tidak sesuai dengan wanita ini. Anak sulung selalunya bersifat suka mengarah. Wanita ini merasakan perkahwinan adalah satu benda yang menyusahkan tetapi setelah menikah wanita ini selalunya akan berubah.

8. Jenis dan Bentuk Payudara Turun :
Wanita payudara ini sangat sensitif. Dia akan merasa dikhianati jika kekasihnya tidak memberi perhatian yang diberikannya melalui isyarat-isyarat tertentu. Selanjutnya dia akan menangis dan kehilangan kepercayaan pada hubungan cintanya. Pola pemikiran wanita ini sangat naif dan seperti seorang yang tidak berpengalaman, wanita ini agak lambat dalam hal-hal yang berkaitan perhubungan seksual. Tapi jangan risau kerana pengetahuan dan pengalaman seksnya akan meningkat selepas menikah. Dalam rumah tangga, wanita ini sangat digemari kerana sifatnya yang baik hati, terutama dalam menyambut suaminya setelah bekerja. Lelaki yang menjadi pilihan wanita ini adalah lelaki yang bertanggung jawab, berani dan tegas dalam pendirian.

9. Jenis dan Bentuk Payudara Bentuk Lonceng : 
Wanita pemilik payudara yang bentuknya seperti lonceng adalah seorang yang berfikiran praktikal dan jujur. Kelemahannya adalah pelupa dan malas bekerja. Dia seringkali berperang dengan perasaan sendiri jika membuat sebarang pilihan dan mudah melenting jika ada sesuatu yang membuat mereka marah. Ini yang membuat orang tidak berani mendekati wanita ini yang mudah moody jika ada sedikit masalah yang berlaku. Walaupun begitu wanita ini mempunyai daya tarikan yang mampu membuat lelaki tertarik dan merasa bahagia disampingnya.

10. Jenis dan Bentuk Payudara Kecil :
Wanita ini sukar menolak permintaan orang lain. Sifatnya yang terbuka, mampu memahami orang lain, dan sabar, membuat wanita ini dikenal sebagai orang baik hati dan penolong. Mungkin kebaikan ini muncul kerana dia suka mencampuri urusan orang lain. Wanita ini bercita-cita menjadi surirumah, isteri dan ibu yang bijak bagi anak-anaknya. Pasangan yang sesuai bagi wanita ini adalah lelaki yang mempunya pekerjaan tetap kerana wanita ini tidak tahan hidup susah dan akan menghadapi stress berpanjangan. Jika mengalami stress dia akan dengan mudah terkena penyakit.

sumber budakbenteng blogsport.com


Gempak!!!Undi Pas Adalah Haram



Wan Ismail Isytiharkan Haram Undi PAS



“Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram.”

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

“Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.

“Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

“Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran,” katanya

Manifesto BN malam ini dilancarkan PM



 Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diedarkan ke 7,531 pusat daerah mengundi (PDM) BN di seluruh negara mulai malam ini sebaik dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, semua pegawai PDM berkenaan akan diminta mengedarkan manifesto yang dicetak dalam pelbagai bahasa itu ke setiap rumah di kawasan masing-masing.

"Kita juga akan memanggil 2,500 penceramah BN menghadiri kursus tambahan khas berhubung dengan manifesto supaya mereka dapat memberi penerangan lebih jelas kepada rakyat.

"Jentera BN akan diminta mengedarkan manifesto pelbagai bahasa ini kepada rakyat mulai malam ini juga bagi memastikan mereka dapat memahami dan menghayatinya," katanya kepada pemberita selepas menemui jentera BN kawasan Parlimen Muar di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, di sini hari ini.

Beliau berkata, manifesto yang dilancarkan malam ini adalah yang terbaik dan dirangka oleh perdana menteri sejak setahun lepas setelah mengambil kira pelbagai faktor.

"Kita berharap rakyat akan dapat meneliti manifesto ini dengan baik dan menganggapnya sebagai satu janji yang akan ditepati," katanya.- Bernama

Pas Hanya Langsi Dengan Umno , Tapi Dengan DAP? YES BOSSSS!!!


 


Isu pengharaman judi di Kelantan oleh Kerajaan PAS sejak tahun 1990 hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Apabila digertak oleh DAP baru-baru ini, Kerajaan PAS menjadi takut dan bagaimanakah PAS nak wujud negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud ?

Hendak kekalkan pengharaman judi pun menjadi teragak-agak. PAS hanya berani dan nampak garang dengan UMNO sahaja tetapi menjadi penikus apabila berdepan dengan DAP. Inilah wajah-wajah buruk PAS yang perlu ditolak oleh seluruh orang-orang Melayu di negara ini demi untuk orang-orang Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.

Dulu, menjelang PRU-12 pemimpin tertinggi PAS ada berkata, UMNO tidak perlu datang ke Kelantan untuk membela Melayu Kelantan. Melayu Kelantan dikatakan o.k oleh Nik Aziz dan semua penceramah upahan PAS, dan meminta UMNO pergi sahaja ke Pulau Pinang untuk membela Melayu Pulau Pinang. Hari ini bagaimana ?

Apa-apa penindasan oleh DAP kepada Melayu di Pulau Pinang, PAS hanya menjeling mata sahaja dan tidak berani menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dalam mana-mana ceramah PAS di Kelantan, pemimpin tinggi PAS langsung tidak timbulkan isu tersebut dan sentiasa mendakwa dengan perasaan syok sendiri sambil berkata bahawa DAP sudah menerima kefahaman Islam. Tetapi tidak menyatakan pula sudah berapa ramai ahli DAP yang bukan Islam telah memeluk Islam.

Pada PRU-12 (2008) di Pulau Pinang, Melayu Pulau Pinang memberi undi kepada pakatan pembangkang kerana PKR dan PAS telah berjanji akan menjaga Melayu Pulau Pinang dengan sebaik-baiknya. Hari ini apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut ? Satu negeri Pulau Pinang yang kecil pun tidak terjaga kepentingan Melayu dan bagaimana pula PAS mampu jaga Melayu seluruh Malaysia ?  Nik Aziz sentiasa memuji KM P. Pinang LGE @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tetapi seorang Y.B DUN daripada PAS tidak pula dilantik sebagai exco negeri.
Pembaca hendaklah sedar, ulama politik PAS, pemimpin lain dalam PAS, penyokong PAS dan semua ahli PAS adalah penduduk pribumi @ penduduk asal negara ini tetapi bertuankan bangsa lain dalam DAP. Logik ke ? dimanakah letaknya maruah bangsa Melayu dan maruah agama Islam ? PAS sebenarnya perlu dihapuskan dalam peta politik tanahair demi untuk bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam.

Di ruangan ini saya sebenarnya tidak mahu meninggalkan apa yang pernah saya perkatakan sebelum ini. Saya mahu ulang! ulang! ulang! dan terus mengulanginya sehingga perkara yang diulang-ulang itu dapat difahami oleh orang-orang Melayu. PAS sebenarnya sentiasa berkorban demi untuk DAP.

Hasrat DAP untuk melihat kaum Cina menjadi tuan besar di bumi Melayu ini seperti di negara Singapura pasti akan terlaksana jika bangsa Melayu itu terus memberi undi kepada PAS pada mana-mana PRK atau PRU-13 kelak. Ingat ! PAS ialah rakan kongsi DAP dalam gabungan pakatan pembangkang yang sangat arkab seperti isi dengan kuku. Awaslah wahai orang-orang Melayu sebelum Melayu hilang kuasa. 



Pas Tipu Untuk KUASA !!!






NIK AZIZ KATA, KERJASAMA PAS DENGAN DAP ADALAH UNTUK MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM. NAK TIPU SAPA (siapa) ? DAH BERAPA PULUH RIBU ORANG-ORANG CINA DAP YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM. SILALAH KELUARKAN SENARAINYA. DAP NAK MURTAD ORANG MELAYU MEMANG ADA LAA.

Sebenarnya kelahiran parti politik yang bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak baik untuk orang-orang Melayu. Saya berpendapat, hukum orang-orang Islam terlibat dalam politik adalah harus kerana ia ada kaitan dengan kuasa memerintah yang diterima pakai di negara ini. Namun jika bergabung dengan mana-mana parti politik yang menentang agama Islam seperti DAP itu, ia adalah HARAM atau BIDAAH. Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap BIDAAH (perkara-perkara yang baharu diada-adakan) itu adalah sesat.
-       Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi.

Gabungan PAS dalam pakatan pembangkang bersama DAP sebenarnya boleh merugikan politik orang-orang Melayu sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang di negara ini, juga merugikan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Fikir-fikirkanlah di mana letaknya pemikiran orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Itu ulama politik bertopengkan agama Islam.

Malaysia, negara kita, makmur sejahtera di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Jangan sekali-kali kita memperjudikan nasib masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita, keseluruhan generasi kita hanya untuk kepentingan PAS.

Hanya kepada UMNO sahaja yang perlu kita berikan mandat untuk terus memerintah negara ini, dan hanya pertolongan Allah s.w.t. sahaja yang kita harapkan selama-lamanya. Tanpa pertolongan Allah dan petunjuk hidayah Allah pastilah kita akan sesat selama-lamanya, dan menjadilah kita orang-orang yang rugi.

Sebelum kita menjadi manusia rugi, hendaklah kita sentiasa bersyukur apa yang kita perolehi daripada kurniaan Allah.

Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah dengan harapan Allah membawa kita ke jalan kejayaan di dunia dan di akhirat bertunjangkan kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w., dan bukannya Islam yang di bawa oleh Nik Aziz atau yang di bawa oleh PAS. Janganlah kita berkata bahawa Nik Aziz dan semua penyokong-penyokong PAS itu akan dimasukan ke syurga.

Melayu mesti ingat, DAP (ketua), PKR dan PAS (askar DAP) dalam pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu untuk memecah-belahkan dan mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu dengan harapan parti terbesar dan terkuat orang-orang Melayu iaitu UMNO dapat dimatikan, dan di masa yang sama berjaya menyatukan kaum Cina. Hasrat kaum Cina untuk melihat orang Cina menjadi TUAN BESAR di negara ini seperti apa yang terlaksana di negara Singapura hanya akan tercapai jika orang-orang Melayu itu sendiri memberi undi kepada PAS terutamanya pada PRU-13 kelak.

UNDI PAS BERMAKNA MENYOKONG DAN MEMBERI UNDI KEPADA PARTI DAP YANG MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM DI NEGARA INI.  Hukumnya adalah HARAM. Dalam Al-Quran tidak ada disebut MESTI TUBUH NEGARA ISLAM.

Perkara utama yang menjadi KEKESALAN kita di akhirat kelak ialah jika SYURGA yang dijanjikan oleh Nik Aziz dan PAS itu tidak muncul-muncul dan Nik Aziz pula tidak dapat dikesan sama ada sudah dimasukan ke syurga atau sedang berada didalam neraka. Perkara ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua sebelum kita memberi undi kepada PAS, dan janganlah kita menyesal dikemudian hari kelak.
Ulangi! mesti ulangi beberapa kali sebab Melayu mudah lupa dan Melayu mudah terkena tipu, wahai pembaca sekalian, setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke 10 pada 16 Apr 2011 yang lalu, seorang pemimpin tertinggi dalam PAS iaitu Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong dengan berkata bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang PAS langsung tidak menang apa-apa kerusi yang dipertandingkan? Janganlah membuat kenyataan yang “malu alah” seolah-olah otak pemimpin tertinggi PAS itu mengalami tekanan dan kerosakan saraf serta gagal berfikir secara rasional sebagai seorang Islam mu’min.

Janganlah ada perasaan SYOK SENDIRI wahai pemimpin tertinggi dalam PAS !

Ulangi! walaupun PAS menawarkan SYURGA kepada pengundi Sarawak, namun orang Sarawak menolaknya secara baik.

Mustafa Ali, NA, HH, HD, HT, HM (bakal MB Kelantan), NANA (bakal Tim. MB), MM dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS hendaklah sedar bahawa PAS sudah tersungkur di Sarawak, namun parti politik perkauman kecina-cinaan yang menjadi RAKAN KONGSINYA iaitu DAP menang 12 kerusi. Jadi, tidak perlulah mengatakan satu tamparan bagi BN tetapi sebenarnya tamparan K.O. buat PAS. Malulah sikit!

Sebenarnya, PAS telah rebah dan koma bahana libasan ekor si Bujang Senang kerana mengamuk tidak mahu menjadi si Bujang Susah seperti Melayu dan kaum India lain di Pulau Pinang. Karung guni berisi fitnah yang cuba dijual murah-murah semuanya habis tenggelam di Sungai Sarawak. Syabas rakyat S!

Dengan keterangan-keretangan di atas dan fakta-fakta yang ada tersebut dalam Al-Quran, saya meminta pertimbangan pembaca sekalian, sayangkanlah kepada agama Islam kita. Hapuskan pengaruh Nik Aziz yang sentiasa berimej Islam yang tinggi serta penampilannya sebagai ulama berserban besar, dan juga pengaruh PAS dalam peta politik tanah air SEBELUM TERLEWAT demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam. Sendiri fikir la!

Sekarang nilailah sendiri perjuangan PAS yang diterajui oleh Nik Aziz & Haji Hadi.

Kedua-dua yang bergelar ulama politik PAS itu boleh membohongi kebanyakan orang-orang Melayu yang jahil Al-Quran pada kebanyakan masa, tetapi tidak boleh membohongi semua orang-orang Melayu pada setiap masa.

Akhir sekali, rugi orang-orang Islam di Thailand, Kamboja, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, juga di Arab Saudi kerana tidak dapat direct masuk ke syurga kerana parti PAS tidak wujud di negara-negara tersebut. Maknanya tidak berpeluang untuk mengundi PAS.



Gempar!!!! Surat Puaka Buat Wali Selipar 3






Di ruangan ini saya akan menghuraikan makna perkataan “politik”, dan perkataan politik itu adalah berbeza di antara sesebuah negara. Perkataan politik ini jika diterjemahkan oleh negara Republik Rakyat China adalah berbeza dengan negara Taiwan, atau negara Romania, atau di Amerika Syarikat atau pun di Britain.

Di negara Republik Rakyat China ada aktiviti politik tetapi hanya satu parti politik sahaja iaitu Parti Komunis China. Di Amerika Syarikat hanya ada 2 buah parti sahaja yang terlibat dalam politik. Di Britain lebih daripada 2 parti politik terlibat. Di negara Arab Saudi ada aktiviti politik di kalangan pemerintahan beraja hingga wujudnya  beberapa jawatan Penasihat Politik kepada Raja atau Penasihat Politik kepada Putera Mahkota atau lain-lain.

Dalam bahasa mudah, perkataan “politik” yang diterjemahkan di beberapa negara adalah berbeza di mana ada negara yang tidak mengamalkan demokrasi, dan ada pula negara yang mengamalkan demokrasi. Yerjemahan perkataan “demokrasi” juga adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Perkataan “demokrasi” biasanya dikaitkan dengan sistem Pilihan Raya di sesebuah negara.

Sebelum kita memahami sistem Pilihan Raya di negara ini dengan lebih lanjut, kita hendaklah mengkaji dan memahami sistem pemerintahan dan pentadbiran yang menjadi amalan di negara ini. Tanpa memahami apa yang penulis perkatakan di sini maka kita tidak akan memahami perkataan “politik” di negara kita yang mengamalkan “Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan”.

Sehubungan dengan itu, apabila kita ingin mengaitkan bahawa Rasulullah pun terlibat dalam politik maka kita hendaklah mengaitkan juga aktiviti Rasulullah. Adalah dakwah itu selari dan mempunyai persamaan dengan aktiviti-aktiviti politik PAS di negara ini yang suka maki hamun orang, pakai serban dan kupiah putih sambil mengibarkan bendara DAP yang menentang penubuhan negara Islam dan berbagai-bagai lagi?

Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS hendaklah sentiasa takut akan kemarahan Allah dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama Rasulullah terlibat dalam politik. Ini kerana dibimbingi Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS tidak berpeluang dapat meminum air dari kolam Nabi s.a.w. di akhirat kelak kerana sering mengaitkan nama Baginda untuk mencapai kemenangan dalam perjuangannya yang sememangnya salah di sisi ajaran Islam.

Berdakwah adalah berdakwah. Berdakwah dalam politik adalah BIDAAH dan perlu ditolak kerana Bidaah yang membawa keburukan perlu ditolak, sementara Bidaah yang membawa kebaikan boleh diterima atau diamalkan. Ini bermakna PERJUANGAN PAS DALAM POLITIK TANAHAIR ADALAH “BIDAAH” mengikut fahaman saya.

Berikut ialah terjemahaan secara standard makna politik yang dikeluarkan oleh International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway:

Sebuah pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu tumbang.

Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak terlibat dalam mana-mana pertubuhan politik seperti mana yang sentiasa diperkatakan oleh Nik Aziz itu. Itu hanya rekaan Nik Aziz sahaja supaya orang-orang Melayu menyokong perjuangannya untuk menjadi PM yang ke 7 selepas PRU-13 kelak.

Di negara ini huraian di atas boleh di terima pakai dan dakwaan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS bahawa Rasulullah s.a.w. pun terlibat dalam politik adalah tidak benar dan karut semata-mata. Jika benar Nabi Muhammad s.a.w. terlibat dalam politik, apa nama parti politik Rasulullah? Rasulullah bertanding di kawasan Parlimen atau DUN mana? Berapa penggal Rasulullah menjadi Ahli Parlimen atau DUN?

Jika kita ingin kaitkan Rasulullah juga terlibat dalam politik, maka kita hendaklah kaitkan juga salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dihuraikan di atas mengenai perkataan politik pernah dilakukan oleh Rasulullah, dan yang sebenarnya Rasulullah hanya berdakwah sahaja tanpa terlibat dengan politik.

Begitu juga dengan Nabi Musa, Allah utuskan Nabi Musa supaya berdakwah kepada Firaun dengan perkataan-perkataan yang baik dan lembut. Allah tidak pula mengutuskan Nabi Musa supaya merampas kuasa pemerintahan daripada Firaun. Ini sangat berbeza dengan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang mengutamakan kuasa pemerintahan dan bukannya untuk tujuan berdakwah.

Cuba Nik Aziz fikir, kenapa Allah s.w.t. takdirkan Firaun menjadi Raja Mesir setelah beribu-ribu tahun wafatnya Nabi Yusuf? Jika begitu, tak payahlah Allah wujudkan Firaun menjadi Raja Mesir, lantik saja Nabi Musa sebagai Raja Mesir ! Itu semua ada hikmah disebalik kewujudan Firaun, Raja Namrud dan Raja-Raja lain di zaman sebelumnya. Nik Aziz perlu banyak belajar lagi.

Saya ingin membawa pembaca sekalian, cuba kita renong semasa kita di awal usia dulu iaitu ketika berada di darjah 1 atau darjah 2 atau darjah 3, atau darjah 4, atau darjah 5, atau pun di darjah 6. Ibu bapa kita atau penjaga kita atau diri kita sendiri sudah mempunyai cita-cita untuk kita menjadi apa apabila besar kelak.

Ada yang ingin jadi seorang doktor, atau guru, atau misi (jururawat), atau polis, atau tentera ataupun juruterbang tentera, atau saintis. Terdapat juga ibu bapa atau penjaga ingin mencorakan anak-anak mereka sebagai ustaz atau imam dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, dan tidak terdapat langsung dalam kepala, senarai cita-cita masa depan untuk menjadi “penceramah politik Pas”, atau menceburi di bidang politik.

Setelah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, anak-anak mereka membesar dan memasuki universiti di bidang agama. Ringkas, di universiti anak-anak mereka itu didedahkan dengan politik ala Islam oleh pemimpin tertentu dalam PAS dan begitulah seterusnya hingga mereka tamat pengajian.

Sebenarnya, dengan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu adalah tidak cukup kelayakan untuk memerintah negara tanpa ilmu-ilmu lain seperti pengurusan pentadbiran atau kewangan, perkembangan dunia semasa berkaitan politik, keselamatan, ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi.

Bagi melayakan seseorang itu menjadi juruterbang kapalterbang penumpang ialah lulus semua ujian penerbangan di samping mempunyai kesihatan badan yang baik termasuklah daya penglihatan demi hanya untuk menjaga keselamatan penumpang berjumlah di antara 300 hingga 1,000 penumpang sahaja dalam satu-satu penerbangan.

Ia berbeza dalam politik iaitu untuk menjaga keseluruhan rakyat termasuk pendatang asing seperti pelancong, pelabur asing dan lain-lain. Perkara ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang hanya mempunyai kelulusan pengajian agama. Kelulusan agama adalah tidak layak menceburi di bidang politik. Jawatan yang sesuai ialah menjadi pendakwah dan cita-cita untuk menjadi kaya dengan rumah besar, memakai kereta bapak Mercedes atau bapak BMW hendaklah dihilangkan dalam fikiran kita.

Sebenarnya saya tidak berasa pelik atau hairan apabila melihat seseorang  berimej Islam yang tinggi tetapi kuat menipu, atau membuat fitnah atau menyebar ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan ajara-ajaran sesat yang lain, dan berbagai-bagai lagi kerana syaitan-syaitan itu berada di mana-mana. Syaitan-syaitan itu boleh duduk di atas serban putih untuk mencuri dan menawan hati anak Adam yang lain dan begitulah seterusnya. Syaitan juga boleh duduk di atas kedua-dua belah bibir kita untuk mengawal tutur kata kita supaya sentiasa bercakap kotor seperti Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuklah ustaz-ustaz PAS.

Syaitan itu juga boleh masuk ke dalam aliran darah kita dan berbagai-bagai lagi. Sesiapa yang ada banteng Al-Quran dalam dirinya, pastilah syaitan itu akan berputus asa dan gagal memperdayakannya.

Mengenai perkataan ceramah, Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS berkata bahawa ceramah ialah berdakwah. Ini pun nak tipu lagi. Air kopi dikatakan air sirap. Penulis tidak berminat untuk menghuraikannya dengan panjang lebar.

Begitu juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS di Sarawak semasa menjelang PRU Sarawak Ke 10 (16 April 2011) yang lalu di mana mereka berkata penyertaan PAS dalam Pilihan Raya itu adalah untuk berdakwah. Pemimpin PAS berkata bahawa PAS meletakan calon kerana ingin berdakwah. Cakap pun tak pandai, bagaimana boleh orang mempercayainya?

Saya berpendapat bahawa makna ceramah ialah memberi ucapan atau syarahan mengikut pandangan atau pendapat seseorang itu sama ada apa yang diperkatakan itu adalah benar atau palsu. Dalam bahasa mudah makna ceramah ialah mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut sahaja, sementara makna dakwah ialah berkata benar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah melalui firmanNya iaitu Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w.

Jika benar berceramah itu adalah berdakwah, berdakwah apa yang Nik Aziz kata itu. Nik Aziz kata dalam ceramahnya bahawa kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ada niat baik untuk membantu kita menubuhkan negara Islam, syaitan mana? Ini bermakna dakwah PAS adalah dakwah bohong dan hanya untuk kepentingan politik sahaja.

Gempar!!!!! Surat Puaka Buat Wali Selipar 4






Seperti biasa penulis ingin mengingatkan orang-orang Melayu kerana masa masih belum terlewat. Tahukah orang-orang Melayu? Semua akhbar-akhbar berbahasa cina sentiasa memburukan orang-orang Melayu dan pemimpin Melayu daripada parti UMNO. Mereka berani berbuat demikian kerana PAS sentiasa memusuhi UMNO dan kesempatan ini pula diambil oleh akhbar-akhbar cina.

Peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar cina itu sebenarnya sudah berjaya sejak sekian lama, dan lihatlah keputusan PRU Sarawak Ke 10 (16 Apr 2011) yang lalu. Parti DAP berjaya menambahkan kerusi DUN Sarawak daripada 6 kerusi sebelum ini kepada 12 kerusi. Kejayaan DAP itu juga kerana disokong oleh pengundi-pengundi Melayu daripada PAS yang sentiasa mengibar bendera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Orang-orang Melayu mesti ingat, sehingga ini pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah-belahkan dan mengkucar-kacir orang-orang Melayu di negara Melayu ini, dan di masa yang sama telah berjaya dalam misi mereka untuk menyatukan kaum mereka iaitu kaum cina.

Hasrat mereka untuk melihat kaum cina menjadi tuan besar di negara Melayu ini pasti akan terlaksana jika orang-orang Melayu terus memberi undi kepada PAS yang berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Ingat Melayu ! sebelum kuasa Melayu menjadi layu di Tanah Melayu yang sentiasa layu dengan pujuk rayu PAS !

Kembali kepada perkembangan politik tanahair, sekali lagi penulis meminta para pembaca supaya jangan ada perasaan membencikan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain serta penyokong-penyokong PAS. Kita orang Islam dan hendaklah sentiasa menunjukan semangat persaudaraan yang tinggi sesama Islam. Penulisan ini hanya bermatlamatkan supaya orang-orang Melayu boleh berfikir dan mampu menggunakan otak yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita.

Jangan sekali-kali apabila kita berada dalam politik kita meletakan diri kita seperti  penyokong pasukan bolasepak di padang bola. Kita orang Islam, akal kita kena kuat dan bagus, mampu bezakan yang mana ulama politik dan yang mana ulama sebenar-benarnya. Rajin-rajinlah baca Al-Quran dan lihatlah tafsirnya supaya kita mengerti makna dan maksud dalam satu-satu Ayat Al-Quran itu. Berjumpalah dengan guru-guru Al-Quran yang diiktiraf supaya kita mendapat ilmu yang betul dan bukannya mendapat ilmu agama di setiap ceramah politik PAS.

Hari ini ulama politik PAS mempunyai ramai pengikut setia kerana kesemua penyokong-penyokong PAS itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ilmu dunia dan ilmu akhirat secukupnya. Mereka percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain, dan diburukan lagi kerana otak-otak mereka sebenarnya sudah tidak berfungsi lagi.

Sesungguhnya mereka bergantung hidup kepada pemikiran salah yang sampaikan kepada mereka oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang bergelar ulama politik PAS.

Contoh terbaik untuk pembaca menilainya, penyokong-penyokong kuat PAS hari ini dan sejak sekian lama sentiasa melaung-laungkan Islam! Islam! Islam!, tetapi tidak mampu mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran, sebaliknya menghantar anak-anak mereka belajar Al-Quran di rumah-rumah orang atau di pusat-pusat pengajian Al-Quran.

Kata berjuang untuk Islam, didiklah sendiri anak-anak kita. Masalah sekarang, penyokong-penyokong PAS itu sendiri tidak pandai ilmu Al- Quran dan bagaimana boleh mengajar anak sendiri. Inilah dikatakan perjuangan palsu yang bertopengkan Islam. Bagaimana pula mereka boleh hadir dengan ramai sekali dalam mendirikan solat HAJAT di padang bola atau di stadium atau solat JENAZAH kepada ahli-ahli mereka? Ini bukan tuduhan, di akhirat esok sendiri jawablah.

Apabila ulama politik PAS kata wahai penyokong-penyokong PAS, kibarlah bendera DAP maka dengan pantas mereka pun mematuhi perintah itu. Otak mereka sudah mati dan saya rasa malu dan geli apabila melihat penyokong-penyokong PAS yang memakai kupiah putih dan berjubah bersama muslimah PAS yang bertudung sanggup mengibarkan bendera DAP di hari penamaan calon PRK sambil melaung-laungkan takbir ! takbir ! takbir!

Nak katakan bodoh tidak, nak katakan pandai pun tidak kerana mereka itu adalah ahli parti politik berteraskan Islam. Kibar bendera DAP yang menentang penubuhan negara Islam itu boleh masuk syurga ke? Boleh ! syurga membeli-belah di KB Mall atau di TESCO Kota Bharu.

Adakah cara begitu disuruh oleh Nabi s.a.w. kita ? jawapannya adalah tidak. Begitulah rendahnya mutu kehidupan penyokong-penyokong PAS di negara ini yang dapat kita saksikan, terutamanya di Kelantan di mana pemikiran mereka sebenarnya sudah dirosakkan oleh Nik Aziz dan konco-konconya. Tak apa ! Itu hak masing-masing kerana manusia mempunyai kehendak yang berbeza.

Atas kesedaran inilah penulis hanya sekadar meminta supaya seluruh orang-orang Melayu di negara ini tidak lagi akan terus menyokong perjuangan PAS yang bertopengkan Islam dalam mana-mana PRK atau PRU-13 akan datang demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.




Gempar!!!! Surat Puaka Buat Wali Selipar

 


Hari ini dan sebelum ini Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuk penceramah upahan PAS lebih gemar mengaitkan cerita-cerita palsu seperti yang ada tersebut di dalam kitab-kitab yang pernah mereka baca di mana kitab-kitab itu di tulis beribu tahun lamanya setelah Rasulullah s.a.w. kita wafat.

Kebanyakkan kitab-kitab itu adalah merupakan pendapat penulis yang bergelar ulama di zaman itu yang berkesesuaian hanya di zaman itu sahaja, dan kitab-kitab itu pula tidak bersumberkan Al-Quran atau Hadis Rasulullah atau kedua-duanya sekali.

Sebagai contoh mudah, di zaman itu penulis mengagung-agungkan Kapal Nabi Nuh a.s., dan hingga kini ulama-ulama palsu di seluruh dunia termasuklah ulama PAS tidak terlepas daripada menghuraikan satu persatu mengenai kapal Nabi Nuh itu seolah-olah mereka tahu segala-galanya, dan banyak masa dihabiskan begitu sahaja. Kisah Nabi Nuh itu memang ada di sebut dalam Al-Quran di Surah Hud mulai Ayat 25 hingga Ayat 49.

Kemajuan dunia mengatasi segala-galanya. Kita masih bercakap kisah kapal Nabi Nuh sementara orang kafir pula maju ke hadapan dengan bercakap kisah “kapal boleh terbang” dan “kapal boleh menyelam”. Apabila hendak ke Mekah atau Madinah atau distinasi lain terpaksalah kita menaiki kapal terbang yang dibuat oleh orang bukan Islam. Kita masih bergaduh sesama sendiri dalam politik.

Bab bercakap, ulama-ulama palsu di Kelantan memang pandai, pandai sungguh. Dulu, apabila Tentera Jepun mendarat di Kelantan di akhir Perang Dunia Ke 2, ulama-ulama kita terpaksa melutut meminta bantuan daripada Kerajaan British dan sejarah itu sangat panjang. Bunyi sahaja Islam tetapi tidak ke mana-mana pun.

Ringkas, di zaman penjajahan Jepun ulama-ulama hanya memerhatikan sahaja anak-anak gadis Melayu dirogol hingga sepuas-puasnya oleh tentera Jepun. Ulama-ulama ketika itu tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada ilmu untuk melawan mereka. Yang kena bunuh tak usah cakaplah.

Hari ini, setelah negara aman hasil perjuangan UMNO bersama Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis Di Raja Malaysia maka muncullah ramai manusia mengaku ulama-ulama PAS, atau mengaku ustaz-ustaz PAS dengan berkata perjuangan PAS adalah untuk Islam, dan perjuangan UMNO adalah untuk memisahkan agama daripada politik, dan bermacam-macam lagi. Pandai sungguh ahli tabligh PAS itu.

Saya berpendapat, daripada pergi ke ceramah PAS adalah lebih baik seseorang itu pergi ke masjid atau surau, dan selepas solat Isyak adalah lebih baik menghabiskan masa membaca Al-Quran hingga ke jam 12 malam. Lagi banyak pahala yang kita dapat daripada pergi ke ceramah PAS, silap haribulan dapat dosa kerana mendengar cacian untuk memburukan seseorang itu, lebih-lebih lagi memburukan pemimpin negara.

Di Manek Urai sempena PRK pada tahun 2009 terdapat banyak papantanda bersaiz besar menunjukkan Nik Aziz yang memakai serban seolah-olah ulama tulin sedang berdoa, dan di papantanda itu ada tulisan UNDILAH PAS berserta tulisan Ayat Al-Quran Surah Al-Hijr Ayat 46 berserta dengan maknanya: masuklah kamu ke dalamnya (syurga) dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.

Huraian kepada Ayat tersebut ialah di akhirat kelak malaikat mempersilakan orang-orang beriman supaya masuk ke syurga dengan rahmat Allah, dan bukannya mempersilakan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta semua penyokong-penyokong PAS, atau pengundi-pengundi PAS supaya masuk ke syurga.

Sebagai orang Islam, penulis rasa amat malu sekali apabila melihat papantanda itu. Kejinya seorang yang mengaku ulama untuk meraih sokongan murahan daripada pengundi Manek Urai melalui papantanda itu. Jika ya! pun nak cari glamour, carilah jalan lain, tak payahlah guna Ayat suci Al-Quran.

Minta siarkan gambar Nik Aziz yang sedang berdoa
seperti disiarkan oleh
Utusan Malaysia pada 4 Jul 2009 dan
boleh dapat dalam Utusan Malaysia online

Siapa masuk syurga. Syurga, neraka, rezeki, hidup, mati dan lain-lain adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dalam Al-Quran di:

Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bertanya: bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.

Huraian 1 : Macam mana Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS boleh masuk syurga? Mereka itu bukanlah golongan orang-orang yang bersabar, pegang dan kibar bendera DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam, nobatkan orang kafir yang makan daging babi 3 kali sehari sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, bakar lilin dan anggup kepala ikut telunjuk sami Buddha di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, keluar kenyataan boleh berkawan dengan syaitan, dikatakan Allah mencarut, dikatakan jika Rasulullah masih hidup tentulah Baginda seronok melihat negeri Kelantan di tadbir urus dengan baik sesuai dengan mengikut Islam, tidak diminta pun dilahirkan sebagai orang Melayu (melanggar Ayat 1 Surah Faatir – ciptaan Allah) dan lain-lain lagi.

Huraian 2 : Sebenarnya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS sangat bernasib baik kerana dicipta Allah dan dilahirkan dalam lingkungan bangsa Melayu, dan jika Allah cipta mereka itu dan dilahirkan dalam lingkungan bangsa Siam tentulah sekarang Nik Aziz itu barangkali berwajah lain, mungkin juga berjubah kuning pinang, dan kekal dalam neraka kerana mati di luar Islam.

Di Kelantan negeri Membangun Bersama Islam tidak popular jika mati dalam Islam. Mati yang sangat popular di Kelantan ialah mati dalam PAS. Masya’Allah, apalah nak jadi kepada kebanyakan orang-orang Kelantan termasuklah keluarga saya sendiri.

6 sebab rakyat perlu kekalkan mandat BN





Sebab Manifesto Satu
Manifesto BN menggariskan enam sebab harus memilih perikatan itu.
sebab manifesto BN
Manifesto BN menggariskan enam sebab harus memilih perikatan itu.
Sebab Manifesto BN 3
Manifesto BN menggariskan enam sebab harus memilih perikatan itu.- Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.
Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk "Menepati Janji Membawa Harapan" itu.
BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.
"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto bertemakan "Rakyat Didahulukan" itu.
"Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita."
Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.
"Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik".
Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.
BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu. - Bernama