gambar sekadar hiasan .
seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di Ipoh, Perak, hidup dalam keadaan tertekan setelah abang kandungnya bertindak menjual gambar bogelnya kepada pemilik laman web lucah.
Lebih malang, dia kini 'dikurung' oleh keluarganya kerana enggan perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan alasan tidak mahu mengganggu abangnya yang berusia 20 tahun itu.
Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata, bagaimanapun dengan bantuan ibu saudaranya, mangsa berjaya melaporkan perkara itu kepada pihaknya.
"Gadis itu memberitahu gambar bogelnya dirakamkan secara rahsia oleh abangnya sejak beberapa tahun lalu ketika dia sedang mandi.
"Dia hanya mengetahui perkara itu apabila abangnya yang kini berada di Eropah telah mengirim gambar tersebut kepadanya melalui laman sosial Facebook dan mengakui sudah menjual gambar-gambar itu kepada pemilik laman web lucah di Eropah bagi mendapatkan wang," katanya dalam sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.
Menurut Michael, mangsa turut mendakwa yang abangnya itu sering membuat gangguan seksual sejak dia berusia sembilan tahun dan pernah cuba memperkosanya dua tahun lalu.
Beliau berkata, mangsa bersama abangnya itu tinggal dengan nenek mereka sejak ibu bapa mereka bercerai ketika masing-masing berusia lima dan dua tahun.
"Sejak itu mereka tidur sebilik, bagaimanapun ketika sudah meningkat remaja abangnya sering melakukan gangguan seksual kepada adik perempuannya itu," ujarnya.